Harga Barang Naik atau Nilai Matawang Yang Jatuh?

2 views
Skip to first unread message

Mrn Krm

unread,
Oct 11, 2013, 11:31:51 AM10/11/13
to dinar...@googlegroups.com
Harga Barang Naik atau Nilai Matawang Yang Jatuh?

Titah Sultan Ternate

"[Matawang kertas] ... membawa kesan buruk keatas umat Islam dan hakikatnya telah berkontribusi menambah kekuatan musuh-musuh Islam, yang bersekutu dengan para bankir antarabangsa. "
- Sultan Mudaffar Sjah II

Baca sepenuhnya Titah Sultan Ternate di sini.

Apa itu As-Sultaniyya?

Ianya suatu usaha menegakkan tiang politik Islam, iaitu Kesultanan/Sultaniah. Melalui para Sultan, kita dapat sekali gus tegakkan tiang ekonomi Islam, iaitu Dinar Dirham. Kedua-dua tiang ini penting untuk mengembalikan daulah Islamiah dalam hal ehwal Muamalah seperti penempaan Dinar & Dirham, pengambilan & pengagihan Zakat, dan lain-lain institusi Muamalat. Sila 'LIKE'laman Facebook As-Sultaniyya.

Harga Barang Naik Atau
Nilai Matawang Jatuh?

pls enable image

Inflasi ada dua jenis. Inflasi semula jadi dan inflasi buatan. Dalam inflasi semula jadi, harga barang turun naik mengikut situasi semasa. Tetapi dalam inflasi buatan akibat penggunaan wang kertas, harga barang sentiasa naik, dan jarang-jarang sekali menurun. Ikuti kupasan dari Haji Awaludin, pengasas Wakala Fitrah pada:

Sabtu, 12hb Oktober, 2013
10AM - 1PM 
Masjid Saidina Umar Al-Khattab

Jalan Setia Murni, Bukit Damansara
Kuala Lumpur (peta)


DnD KINI adalah program syiar dinar emas dan dirham perak iaitu matawang syariah. Acara dwi-mingguan DnD KINImengemukakan ilmu pengenalan mengenai Dinar dirham dan menyediakan asas permulaan untuk bermuamalah menggunakan Dinar dirham. DnD KINI adalah agenda Muamalah Madinah yang diusahakan dengan dasar ketakwaan kepada Allah SWT serta ketaatan kepada Rasulullah SAW mengikut Al-Quran dan Sunnah.
HUBUNGI KAMI
T: 012.393.6268
E: dnd...@dinardirham.org
W: dnd.to/day
 

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages