Dinar dirham ORG
unread,Oct 8, 2012, 5:12:59 AM10/8/12Sign in to reply to author
Sign in to forward
You do not have permission to delete messages in this group
Either email addresses are anonymous for this group or you need the view member email addresses permission to view the original message
to DdGg, DdOo, KAM - Lembaga, mar...@dinardirham.org, mark...@kgt.com.my
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Penyertaan Para Aktivis Dinar dirham di Halfest
Bagi pihak kumpulan sukarelawan bertugas (program promosi), kami ingin menjemput para aktivis Dinar dirham (DnD) terutamanya di kawasan Lembah Klang untuk turut menyertai aktiviti DnD pada acara Halfest di tapak yang dianjurkan oleh Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) di Booth 2098.
Program promosi DnD bertemakan "DnD Today" (atau "DnD Hari Ini") akan berpusat di kaunter yang akan didirikan di tapak anjuran KGT bersama penampilan Wakalah-Wakalah KGT. Program promosi & aktiviti berkaitan DnD Today diseliakan oleh World Islamic Mint (nota: secara berdikari daripada KGT atau mana-mana Wakalah KGT).
Bersempena program tersebut, kempen "
Is Your Money Halal?" ("Adakah Wang Anda Halal?") yang sedang giat dihebahkan melalui Facebook, dll. akan ditonjolkan bersama ceramah & taklimat berkaitan yang akan diadakan di lokasi. Kempen ini boleh dilanjutkan oleh para aktivis kepada pihak awam melalui lawan web
www.isyourmoneyhalal.com atau di Facebook:
http://www.facebook.com/events/101965289961853/
MAKLUMAT PENYERTAAN AKTIVIS
1. Penyertaan para aktivis adalah secara SUKARELA. (Tiada peruntukan/pembayaran disediakan.)
2. Para aktivis akan dibekalkan dengan bahan-bahan pemasaran DnD di lokasi seperti:
- Brosur & flier DnD
- Borang-borang perkhidmatan berkaitan DnD
- Stiker DnD
- Folder DnD
3. Datanglah bila-bila masa sewaktu Halfest dibuka - sila berdaftar sebagai pelawat (sekiranya perlu) setibanya di Halfest dan cari petugas di Booth 2098 untuk melaporkan diri sebagai aktivis - lihat pelan lantai yang disertakan.
4. Aktivis yang ingin terlibat sebagai ahli kumpulan sukarelawan bertugas program boleh menghubungi saya. Perjumpaan petugas akan diadakan Isnin malam 8PM di pejabat DnD, Damansara Perdana; dan juga Rabu pagi 10AM, di lokasi Halfest. Sila SMS untuk maklumat lanjut.
Pihak kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang akan bersama-sama kami di dalam program/aktiviti ini. Semoga penglibatan anda semua di dalam da'wah DnD ini secara ikhlas dirahmati & diberkati Allah SWT!
Sekian.
Irwan
Penyelia Program
LAMPIRAN
Poster kempen "Is Your Money Halal?"
Maklumat acara Halfest
|
| Acara | : |
Pesta Halal Malaysia Kedua 2012 (HALFEST 2012) | | Tarikh | : | 10-14 Oktober 2012 |
| Tempat | : | Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur | |
Waktu Operasi | : | 10 pagi - 9 malam (10 -13 Oktober 2012) 10 pagi - 7 petang (14 Oktober 2012) |
|
Pelan lantai Halfest