Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia memberi penekanan bahawa standard kurikulum pendidikan negara perlu setanding dengan standard antarabangsa. Buku Aktiviti Matematik Tahun 2 SK KSSR diterbitkan berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR (Semakan 2017) yang terkini.
Pelbagai aktiviti dirancang berpandukan pembelajaran berasaskan inkuiri yang dapat mencetuskan pemikiran kritis dan kreatif murid. Pembelajaran kendiri adalah diutamakan dalam buku ini supaya murid dapat mentaksir pembelajaran sendiri.
Melalui penggunaan Buku Aktiviti Matematik Tahun 2 SK KSSR ini akan menggalakkan inisiatif murid dan menjadikan murid lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran. Pengenalan buku teks digital merupakan sebahagian daripada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bermula 2013 hingga 2025, dan diperkenalkan dalam tiga fasa oleh kerajaan sebelum ini.
Dengan buku teks elektronik, kos percetakan (kertas dan dakwat), penggudangan, pengangkutan dan banyak kos-kos kecil lagi telah ditiadakan. Malah masa yang diluangkan oleh guru-guru dan pengawas Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dapat dijimatkan. Adalah dijangka dengan peralihan buku teks daripada cetak kepada digital boleh menjimatkan belanja kerajaan sehingga 70% daripada kos penyediaan buku teks sekolah seluruh Malaysia.
Buku teks elektronik yang paling sesuai digunakan ialah buku teks berformat E-Pub. Ia merupakan format buku elektronik yang sangat ringan dan diterima oleh kebanyakan platform peranti. Dianggarkan saiz bagi sebuah saiz e-pub berbanding format PDF ialah sebanyak 10 kali ganda lebih ringan.
Buku-buku teks bercetak yang digunakan dalam kelas kini dianggap buku tetap yang tidak mudah diubah-ubah. Kandungan bercetaknya akan kekal statik sehinggalah ia rosak, dilupus dan diganti dengan edisi buku teks yang baru yang lain.
Apabila buku teks itu hidup, para pelajar lebih teruja untuk menelaah buku teks masing-masing dan seterusnya mencambah minat belajar di kalangan mereka. Daripada masa ke semasa bahagian kurikulum pendidikan juga masih boleh mengemaskini capaian-capaian yang ada dengan maklumat baru secara langsung. Jika ada kesilapan fakta pada buku teks, ia juga boleh diperbaiki serta-merta bukan perlu cetak dan cetak lagi.
Buku elektronik boleh menyesuaikan kontensnya berdasarkan profil pembacanya. Cara penyusunan bab dan capai-capaian tambahan boleh diubah secara fleksibel kepada pelajar yang laju ke hadapan manakala pelajar-pelajar yang minat pembelajaran cara visual, mereka boleh memperoleh buku-buku teks elektornik yang disesuaikan dengan capaian-capaian visual atau audio.
Buku elektronik pada zaman kini (bukan PDF) sangat selamat kepada para penerbit atau pemilik harta intelek dalam buku tersebut. Setiap buku elektornik tertakluk kepada Digital Rights Management (DRM). Melalui DRM, setiap buku harus dibaca dalam platform baca (reader) masing-masing dan sudah tentu tidak boleh disalin semula ke peranti lain kecuali dibenarkan oleh pemilik hak cipta kontens.
Buku teks elektronik berformat e-pub ini sebenarnya amat fleksibel. Selain daripada ia boleh disimpan dalam peranti guru dan boleh dipancarkan ke mana-mana dinding pada bila-bila masa, para ibu bapa juga boleh memilih untuk membeli terus buku elektronik tadi.
Jika ibu bapa membeli buku-buku teks elektronik tadi, mereka boleh muat turun buku-buku elektronik tadi ke mana-mana peranti yang mereka ada dan disimpan dalam pustaka digital masing-masing yang hanya boleh dicapai di mana-mana (secara awanan) dengan hanya log in masuk ke akaun mereka yang sedia ada.
Apabila bercakap tentang buku teks elektronik, sangkaan orang ramai ialah buku yang hanya boleh dibaca apabila ada capaian internet. Sangkaan ini adalah salah dan sesat. Memandangkan ciri-ciri buku teks elektronik yang boleh dimuat turun, ia bermakna capaian internet hanya diperlukan hanya sekali saja (ketika muat turun).
Buku-buku teks elektronik yang sedang dibangunkan menggunakan program pengaturcaraan HTML dan XML. fail-fail ini sangat fleksibel dan boleh digunakan oleh hampir semua peranti-peranti di pasaran tidak kira sama ada ia berasaskan iOS, Android ataupun Windows.
Penggunaan buku teks bercetak tidak flesibel dan memerlukan kos yang sangat tinggi. Penggunaan teknologi yang dibangunkan secara tempatan untuk membina platform buku teks digital tempatan ini wajar diraikan kerana ia akan membawa para penerbit masuk ke dunia masa depan. Guru-guru akan berasa lega kerana mereka juga bakal dibebaskan daripada terbeban dengan banyak masa yang tidak berkaitan. Apabila buku teks digital sudah interaktif, para murid sebagai pengguna utama sendiri berasa teruja untuk menggunakannya dan menjadi budaya mereka sehari-hari.
Teknologi buku teks elektronik ini mudah dipelajari dan boleh diamalkan oleh banyak pegawai-pegawai teknikal KPM dan guru-guru sendiri. Memandangkan ia bukan roket sains, tidak ada sebab lagi untuk kita bertangguh-tangguh dalam meninggalkan penerbitan buku teks bercetak yang mahal serta tidak fleksibel.
Penggunaannya Buku Aktiviti Matematik Tahun 2 SK KSSR ini sangat mudah kerana dengan hanya menaip judul buku atau isu berkaitan, dalam hanya beberapa saat maklumat daripada buku tersebut akan terpapar. Para guru hanya perlu bijak dalam mengendalikan buku teks digital untuk menarik perhatian pelajar supaya tidak hilang tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Dalam konteks penggunaan buku teks digital dalam pengajaran di sekolah, guru atau pendidik adalah pihak yang memainkan peranan penting untuk menjayakan dasar Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pendidikan.
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan adalah pada asasnya adalah sebahagian transformasi pendidikan melalui penggunaan teknologi. Melalui transformasi ini guru dapat melahirkan insan yang cerdas dari semua aspek demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
c80f0f1006