Download Kumpulan Lagu Amy Search

0 views
Skip to first unread message

Kum Alcini

unread,
Jul 22, 2024, 8:56:30 AM7/22/24
to dersrodtheta

Bersama Polygram, Search telah menghasilkan tiga album studio terawal mereka, iaitu Cinta Buatan Malaysia (1985),[1] Langit dan Bumi (1986),[2] dan Mentari Merah di Ufuk Timur[3] yang mana telah dirakamkan di Lion's Studio, Singapura. Dengan album-album ini, mereka cepat mendapat perhatian peminat muzik Malaysia. Album studio pertama Search, Cinta Buatan Malaysia dibantu oleh Yan dan Man Kidal dari kumpulan Lefthanded sebagai pemuzik undangan setelah Hillary dan Nasir meninggalkan kugiran tersebut buat sementara waktu. Mereka berdua hanya terlibat dengan sesi rakaman album studio kedua dan ketiga Search selepas itu.

download kumpulan lagu amy search


DOWNLOADhttps://tiurll.com/2zDtZT



Kumpulan Search juga ditampilkan sebagai bahan penceritaan dalam filem dokumentari Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani yang ditayangkan pada 23 Februari 1986.[5] Anugerah utama sulung mereka sebagai kugiran ialah anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular di Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular Berita Harian pada tahun 1987, sehinggalah gelaran tersebut dirampas oleh kumpulan Iklim pada tahun 1990 dek kejayaan menerusi lagu Suci Dalam Debu.

Album Cinta Buatan Malaysia, Langit dan Bumi, dan Mentari Merah di Ufuk Timur, masing-masing terjual lebih 20,000, 30,000 dan 50,000 unit, membolehkan syarikat rakaman mereka memperoleh Anugerah Emas untuk dua album pertama dan Anugerah Platinum untuk album ketiga itu. Walau bagaimanapun, Polygram Records tidak menyerahkan anugerah-anugerah tersebut kepada Search sebaik sahaja mereka tamat kontrak mereka pada tahun 1987.[4] Walaupun Search sudah meninggalkan Polygram, Polygram sempat menerbitkan dua lagi 'album studio' (sebenarnya album himpunan) dengan nama Search, iaitu Di Pintu Sepi dan Berpaling yang memuatkan lagu lama dan lagu baru yang dirakam oleh mereka ketika sesi pembikinan album Mentari Merah itu, di samping dua jilid album himpunan Koleksi Terbaik, semuanya pada tahun 1988. Ini telah menyebabkan Search mengambil keputusan untuk membawa isu ini ke mahkamah dan mereka telah menang dalam kes tersebut biarpun ia memakan masa yang begitu lama untuk diselesaikan.

Selepas meninggalkan Polygram, kumpulan Search telah menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Go-Search Sdn. Bhd. dan memeterai perjanjian dengan Pacific Music Corporation (kemudian dikenali sebagai BMG Pacific) untuk mengedar semua album mereka sepanjang 1990-an. Mereka kemudiannya merakamkan album keempat mereka di bawah label Go-Search iaitu Fenomena untuk dikeluarkan pada tahun 1989. Album ini juga merupakan album studio pertama mereka yang dikeluarkan dalam bentuk cakera padat, setahun selepas versi kasetnya.[7]

Namun ketika proses rakaman album Fenomena sudah melebihi 50 peratus untuk disiapkan, Search berdepan dengan ujian getir apabila Hillary Ang terpaksa meninggalkan kumpulan ini kerana mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke luar negara dalam bidang muzik. Hillary kemudiannya mencadangkan agar posisinya digantikan dengan seorang gitaris muda berbakat yang pernah mencipta nama bersama kumpulan Gersang, Hamzah bin Mohd Taib atau Kid yang juga merupakan adik kepada Din.[7] Penyertaan Kid tepat pada masanya apabila beliau melengkapkan solo untuk tiga lagu yang tidak sempat disiapkan sebelum ini iaitu lagu malar segar Isabella, Purnama & Menara Kesesatan. Sentuhan gitar utama Kid yang 'berhantu' dalam lagu Isabella ternyata mencetuskan satu fenomena yang sangat luar biasa sepertimana judul album ini apabila terjual melebihi 220,000 unit di Malaysia dan melebihi 600,000 unit di Indonesia,[8] sekaligus album Fenomena adalah album terbaik dan terlaris di dalam sejarah album rock di Malaysia. Sehingga kini belum ada album mana-mana artis rock menyamai atau mengatasi pencapaian album Fenomena dan isytiharkan sebagai album lagenda di dalam sejarah rock Malaysia.

Pada Mei 1992, giliran kumpulan Search menjadi penerbit album sendiri dalam merakamkan album pertama dengan penglibatan M. Nasir sebagai penasihat penerbitan sahaja, bermula dengan album Rampage[14], yang juga diiringi oleh Konsert Rampage di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada bulan November. Pada tahun yang sama, mereka berkolaborasi dengan Wings untuk menghasilkan album Double Trouble.

Pada tahun 1994, Amy melancarkan kerjaya solonya dengan album berjudul Magic[19], sementara kegiatan kugirannya berkurangan dengan hanya satu konsert di Shah Alam, itu pun selepas selesainya Konsert Kumpulan Rock yang popular menerusi lagu Suci Dalam Debu iaitu kumpulan IKLIM di Tapak Ekspo Seksyen 15, Shah Alam, Selangor malaysia pada 19 Jun 1994 EP remix satu album himpunan tanpa lagu baru, iaitu Terbaik. Pada tahun berikutnya, Nasir kembali kepangkuan kumpulan Search untuk merakam album Gema di Timur Jauh[20] dan mengadakan dua konsert bersempena album ini di Shah Alam (9 Jun) dan Kuala Lumpur (18 Oktober) yang turut menyumbang kepada album live berjudul Gema di Timur Jauh Unplugged (yang banyak berbeza himpunan lagunya dari album Gema asal). Album unplugged pertama kumpulan Search ini telah terjual lebih dari 100,000 unit.[8]

Kugiran Search mengeluarkan album lagi pada Mei 1996 iaitu Rock 'N' Roll Pie sempena ulang tahun mereka yang ke-15, kali ini melibatkan hasil karya penulis lagu tempatan dan antarabangsa (termasuk Klaus Meine dari kumpulan Scorpions dari Jerman). Pada Oktober tahun itu, mereka bersama Ramlah Ram mewakili Malaysia di pesta muzik Hanoi-Asean Golden Song Festival yang disertai di Vietnam.[21] Pada tahun berikutnya, kugiran ini mengadakan Konsert Rock 'N' Roll Pie di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, yang menarik lebih 15 ribu penonton yang di rakam untuk siaran di TV3 dan keluaran album, di samping semenjak Amy disingkirkan dari Search untuk mengeluarkan album solo keduanya, Camouflage. Pada tahun berikutnya, Amy kembali sertai Search setelah satu tahun beliau meninggalkan kumpulan tersebut dari tahun 1996.

Walaupun tidak aktif pada awal dekad pertama alaf ketiga, tidak kurangnya album kompilasi yang dikeluarkan dengan nama Search, diisi lagu-lagu terpilih kumpulan rock ini, tidak lupa juga keluaran semula album Fenomena dan Gema di Timur Jauh yang menjalani usaha baik pulih digital. Yazid, Moq, dan Zam pula meneruskan perjuangan mereka dalam seni muzik tanah air dengan membentuk kugiran Rampage, sementara Amy giat mengusahakan kerjaya solonya yang melahirkan tiga album di bawah label Sony (kemudian menjadi Sony BMG): Aku, Suatu Masa dan IKON: A Rockstar Chronicle.

Pembubaran Search adalah satu sejarah paling pahit. Search ialah sebuah nama yang besar dalam sejarah muzik rock tanahair. Siapa sangka kumpulan yang begitu gagah ini tertewas setelah 18 tahun berentap di arena muzik malaysia. Akhirnya, Search tertewas setelah hampir 20 tahun berjuang dan telah dibubarkan secara rasmi pada 16 Januari 2001. Akhirnya Yazid mengistiharkan kepada wartawan hiburan dan seluruh peminat bahawa nama Search telah pun dimasukkan ke muzium seni. Namun Yazid mengulas bahawa Search tidak dibubarkan tetapi Search hanya dibekukan sementara waktu. Tidak lama kemudian Yazit selaku pengasas Search telah menukarkan nama kumpulan Search kepada Rampage yang kurang diterima oleh para peminat. Menjadi tanda tanya 'Adakah zaman kegemilangan Fenomena anggota Search akan dikembalikan?' namun Yazit enggan mengeluarkan sebarang kenyataan tepat kepada wartawan media hiburan.

Tanggal tarikh 07 Februari 2004 pada hari Sabtu jam 8.45 malam adalah malam Search mencipta sejarah di dalam indusri muzik tanahair. Nama Search dihidupkan kembali dengan dibarisi ahli kumpulan iaitu Amy, Kid, Din, Nasir dan Lola telah mengadakan malam bersejarah yang sambutan luar biasa di namakan konsert reunion Evolusi Lagenda Rock Search di Stadium Merdeka Kuala Lumpur telah dibanjiri lautan manusia lebih 30 ribu penonton dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Fenomena konsert Search sambutan yang sangat luar biasa itu belum pernah berlaku di mana-mana konsert Search sebelum ini dan sangat jarang berlaku di konsert artis-artis Malaysia sebelum ini adalah merupakan detik sejarah di dalam seni hiburan tanahair. Kumpulan Rock dari Indonesia Godbless telah muncul menghiburkan lautan manusia sebagai pembuka tirai dengan mendendangkan beberapa buah lagu mereka dan sempat berduet bersama Awie Wings dengan menghiburkan lagu bertajuk Setan Jalanan. Suasana menjadi kecoh apabila para peminat berang setelah menunggu lama dalam lebih kurang 45 minit untuk Search membuka tirai lagu pertama dari masa yang ditetapkan oleh penganjur tidak muncul-muncul lagi sehingga penonton bersatu bersorak mengungkap ' WE WANT SEARCH' berkali-kali. Akhirnya lampu pentas dipadamkan sedikit untuk memberi laluan kepada Amy muncul maka tepukan, sorakan dan keterujaan lautan manusia bergemuruh memuncak apabila Amy muncul dengan berjaket harimau bintang yang membawa lagu Fantasia Bulan Madu sebagai lagu pembuka tirai. Konsert yang berlangsung selama lebih 2 jam membuat para penonton sangat terhibur dengan lagu-lagu nostalgia Search seperti Serigala Segalanya, Fenomena, Gadisku, Cakap Memang Murah, Pelesit Kota, Pawana, lagu berhantu Search Isabella dan lain-lain. Konsert berskala besar bersejarah itu memberi sedikit kesan apabila terdapat sekumpulan penonton bergaduh di dalam lautan manusia ketika Search sedang menghiburkan lagu Gadisku namun kawalan berjaya di kawal oleh pihak berkuasa pada ketika itu. Di sebab kejadian di luar jangkaaan itu berlaku maka terpaksalah pihak pungurusan stadium Merdeka Kuala Lumpur menyalakan lampu limpah stadium itu bagi bersiap sedia sebarang kemungkinan lagi kejadian yang tidak diingini berlaku. Amy sempat memesan kepada penonton supaya kejadian yang tidak diingini tidak berlaku dan menyorak kepada penonton 'Kita Rockers Malaysia Harus Cintakan Keamanan'. Detik cemas juga berlaku ketika Amy sedang menyanyikan lagu secara tiba-tiba seorang peminat fanatik berjaya melepasi naik ke pentas yang adalah kawasan larangan oleh peonton semata-mata menghulurkan sebilah pisau kepada Amy. Namun pihak berkuasa Rela dengan tangkas berjaya menahan peminat itu. Sesudah tamat konsert masih lagi ada sebahagian besar penonton masih enggan berganjak semata-mata masih mahu melihat kelibat anggota Search di pentas. Yazit Search turut hadir memberi sokongan pada konsert malam bersejarah itu.[27] Tambah luar biasa tidak ketinggalan juga yang memberi sokongan untuk konsert tersebut adalah ratusan barisan artis-artis dari Malaysia seperti Dato Hattan, Dato M. Nasir, kumpulan Wings, XPDC, Lefthanded dan ramai lagi, barisan artis-artis dari Indonesia dan Singapura juga turut hadir memberikan sokongan kepada konsert Search. Sambutan luar biasa konsert itu diumumkan sebagai konsert berskala besar bersejarah malam itu adalah konsert terbaik Search sehingga kini sepanjang karier Search berkarya. Dato Hattan memberitahu kepada wartawan hiburan mengesahkan Search adalah kumpulan rock nombor 1 Malaysia dan sukar di cabar oleh mana-mana kumpulan rock Malaysia yang lain.

760c119bf3
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages