Salam Aidilfitri kepada rakan-rakan DAP,
Parti Tindakan Demokratik (DAP) menjemput semua lapisan masyarakat ke
majlis Rumah Terbuka Kebangsaan DAP sempena sambutan Aidilfitri pada
27hb September 2009 (Ahad) dari jam 11.30 pagi hingga jam 2 petang,
bertempat di Dewan MPAJ Kg Cheras Baharu, Selangor.
Para tetamu turut berpeluang beramah mesra dengan saf pimpinan DAP
selain menikmati juadah Hari Raya.
Majlis ini juga akan dihadiri pemimpin Pakatan Rakyat seperti
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
Dato' Seri Anwar Ibrahim, dan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang.
DAP dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengalu-alukan kehadiran
anda bersama-sama keluarga anda untuk meraikan perayaan Aidilfitri
dengan penuh makna dan kemeriahan.
Maklumat Lanjut Rumah Terbuka Kebangsaan Hari Raya DAP
Tempat: Dewan MPAJ Kg Cheras Baharu, Jalan Kuari, Selangor
Tarikh : 27hb September 2009, Ahad
Masa : 11.30 pg - 2.00 ptg
Facebook :
http://www.facebook.com/event.php?eid=137726960898
Rujukan Lokasi dan Peta :
Peta :
http://dapmalaysia.org/newenglish/images/RayaMap.JPG
Google Maps :
http://locationmap.org/DAPRayaOpenHouse
Waypoint (untuk GPS) : N3 06.512 E101 45.078
Sebarang pertanyaan, sila hubungi
d...@dapmalaysia.org atau
03-42951267, 016-2781190 atau 012-2468539.
Sekian terima kasih.
DAP Malaysia
http://dapmalaysia.org
http://facebook.com/DAPMalaysia
http://twitter.com/dapmalaysia