Sofistikated

0 views
Skip to first unread message

Luisa Rodocker

unread,
Aug 3, 2024, 1:13:24 PM8/3/24
to curisedcecp

Mungkin ramai daripada kita yang pernah mendengar tentang istilah Pelabur Sofistikated bukan? Kalau anda hendak tahu, selain layak memohon peruntukan saham IPO secara tawaran persendirian, pelabur sofistikated juga ialah satu-satunya kategori pelabur yang dibenarkan terlibat dalam transaksi jual beli saham syarikat yang tersenarai di Pasaran LEAP.

Pasaran ini merujuk kepada pasaran baharu yang diwujudkan untuk memberi peluang kepada syarikat-syarikat permulaan terutamanya syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mengumpul dana bagi tujuan untuk mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi.

Pelaburan dalam saham-saham di pasaran LEAP dianggap agak berisiko kerana kecairan yang rendah berbanding dengan saham-saham dalam pasaran lain. Oleh itu, pasaran ini hanya tersedia untuk Pelabur Sofistikated yang dikatakan mempunyai pengetahuan yang lebih baik mengenai potensi dan risiko pulangan pasaran ini.

Pelabur Sofistikated dikategorikan dalam beberapa kumpulan iaitu pelabur bertauliah, entiti bernilai bersih tinggi dan individu yang bernilai tinggi. Antara kriteria utama untuk menjadi Pelabur Sofistikated adalah seperti berikut:

Individu atau entiti yang ingin mendaftar sebagai Pelabur Sofistikated perlulah menyediakan dokumen berkaitan kepada broker saham untuk membolehkan broker tersebut melakukan proses penilaian dan semakan "Kenali Klien Anda". Jika mencukupi segala syarat yang diperlukan, Pelabur Sofistikated ini boleh mula berdagang di pasaran LEAP dengan menggunakan akaun CDS sedia ada.

Peruntukan saham IPO biasanya diagihkan kepada 4 pihak iaitu awam, Tawaran Persendirian, peruntukan saham khas Bumiputera di MITI dan pekerja syarikat yang terlibat. Sebagai contoh, anda boleh melihat struktur peruntukan saham IPO syarikat SFPTECH Berhad di bawah:

Pelabur Sofistikated yang juga dikenali sebagai "High Net Worth Clients" sebenarnya layak untuk memohon saham-saham IPO secara Tawaran Persendirian atau (Private Placement). Kebiasaannya, saham IPO jenis ini ditawarkan secara blok dan setiap blok mempunyai nilai saham terkumpul berjumlah RM 250,000 atau sebanyak 1,000,000 unit saham. Ini adalah jumlah minima yang perlu dilanggan oleh Pelabur Sofistikated.

Pelabur Sofistikated ialah salah satu kategori pelabur yang terlibat dalam pasaran saham Bursa Malaysia. Sesiapa juga boleh menjadi Pelabur Sofistikated dengan syarat mereka perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan seperti memiliki aset bersih peribadi bernilai RM 3,000,000 atau pendapatan kasar tahunan bernilai RM 300,000 dan ke atas.

Pelabur Sofistikated merupakan satu-satunya jenis pelabur yang mendapat akses untuk membeli dan menjual saham-saham dalam pasaran LEAP. Selain itu, mereka juga layak memohon saham IPO secara Tawaran Persendirian.

Pelabur sofistikated adalah pelabur yang sering berfikiran jauh ke hadapan dan berfikir di luar kotak. Mereka peka dengan undang-undang dan peraturan ketika melakukan apa sahaja transaksi saham. Sudah pasti kejayaan dan kekayaan adalah matlamat semua pelabur.

Menurut Robert T. Kiyosaki dalam bukunya yang berjudul Guide To Investment, Rich Dad berkata bahawa dengan belajar melalui pengalaman sehingga berjaya membina bisnes, akan menjadi seseorang itu pelabur sofistikated.

Perbelanjaan peribadi akan dianalisis dan ditukar kepada perbelanjaan bisnes bagi pelabur sofistikated. Ia dibuat untuk tujuan percukaian. Mereka akan mengurangkan perbelanjaan peribadi dan pembayaran cukai di samping melebihkan dana perniagaan dan pelaburan mereka.

Kawalan perbelanjaan dan urusniaga akan dibuat dalam bentukdokumentasi dan penyata kewangan. Pelabur sofistikated tidak akan mengalamimasalah kerana mereka memahami setiap satu masalah, undang-undang diperlukandan dapat menguasai ilmu kewangan. Pelabur bukan sofistikated akan mula mengalami masalah.

Sekiranya seseorang pelabur sudah menguasai terma dan syaratperjanjian, tidak mustahil mereka dapat mengelak daripada membayar cukai. Seseorang pelabur sofistikated haruslahmengawal terma-terma dan syarat perjanjian dalam sesebuah pelaburan yang merekasertai.

Sebagai contoh, Akta Section 103 (Undang-undang Amerika)digunakan dalam kes anda melakukan rollover atas jualan rumah kecil kepada sebuah bangunan pangsapuri kecil. Aktatersebut akan membenarkan anda menangguh atau roll over keuntungan daripada dikenakan cukai.

Tahukah anda, pelabur sofistikated yang juga berperanan sebagaipelabur dalaman dapat mengakses maklumat. Pelabur perlu memahami semua maklumatyang diperlukan seperti syarat perundangan yang dikenakan oleh SEC di Amerika(begitu juga dengan organisasi pemantau di negara lain).

Selain urusan kewangan diri sendiri, pelabur sofistikatedjuga mementingkan tanggungjawab sosial dan sumbangan semula kepada masyarakat.Kerja filantropi dan sumbangan kebajikan adalah usaha dari pemberian ini.Namun, sistem kapitalisme seperti mencipta peluang pekerjaan dan perkembanganekonomi juga diamalkan oleh masyarakat.

Dengan berfikir dan bertindak seperti pelabur sofistikated,sesebuah syarikat akan mudah memperoleh kejayaan dan keuntungan satu demi satu.Semua transaksi dilakukan dengan terperinci akan mengurangkan risiko danmemaksimumkan keuntungan.

Adakah anda perasan yang sering terjadinya kekecohan di dada akhbar serta laman media sosial berkenaan dengan isu syarikat pengedar jongkong emas di negara ini? Daripada kecoh-kecoh terhadap sesuatu yang kurang pasti, mungkin adalah lebih baik sekiranya anda ingin melabur di dalam emas tetapi mencari platform yang sah serta selamat.

Bursa Gold Dinar merupakan platform untuk anda beli dan jual emas 999.9/24k. Anda juga boleh menebus emas tersebut dalam bentuk fizikal iaitu syiling dinar emas. Untuk menebus emas tersebut, anda perlu membeli sekurang-kurangnya 4.25 gram emas melalui platform tersebut. Setelah pelaburan anda cukup 4.25 gram barulah anda boleh menebusnya. Jika tak nak tebus dan nak tambah pelaburan pun boleh.

Apa yang menariknya adalah anda boleh mengetahui berapa gram emas yang anda akan miliki berdasarkan jumlah modal yang ingin dilabur. Masukkan sahaja jumlah tersebut dan anda kuantiti atau berat emas tersebut akan dipaparkan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan Majalah Labur ("Penulis"); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Menurut SC, Garis Panduan Kategori Pelabur Sofistikated baharu yang berkuat kuasa hari ini mengukuhkan komitmen untuk mengekalkan daya saing dan kerancakan pasaran modal, sambil menggalakkan penyertaan pelabur yang lebih ramai.

Kategori 'Pengetahuan dan Pengalaman' baharu akan memberi manfaat kepada individu yang tidak memenuhi kriteria kewangan tetapi dapat menunjukkan pengetahuan kewangan secara sofistikated bagi mengambil bahagian dalam tawaran pasaran yang berkaitan.

"Kategori ini menilai pelabur berpotensi berdasarkan pendidikan mereka, keahlian dalam persatuan kewangan yang diiktiraf dan pengalaman praktikal dalam sektor berkaitan seperti perbankan, pasaran modal atau insurans.

"Takrifan akaun bersama juga diperluaskan untuk menggabungkan akaun dengan pasangan atau anak, termasuk jumlah pendapatan tahunan bersama bersih dan portfolio pelaburan," jelas kenyataan media SC hari ini.

"Garis Panduan bagi Kategori Pelabur Sofistikated kini boleh didapati di laman web SC. Oleh itu, semua garis panduan yang berkaitan juga telah dikemas kini berhubung dengan rujukan kepada pelabur sofistikated," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi SC, Datuk Seri Dr. Awang Adek Hussin berkata, perkembangan pasaran modal Malaysia yang sofistikated semakin meningkat dan susulan itu, ia telah menghasilkan keperluan pembiayaan dan selera risiko pelaburan yang berbeza-beza.

Menuju ke arah ekosistem pelaburan dan pembiayaan yang relevan, cekap dan pelbagai, SC telah memperkenalkan kelonggaran dan memudah cara inovasi, yang bermatlamat untuk memperluaskan pilihan dan akses pelaburan, serta meningkatkan kecekapan pasaran awam.

Memandangkan pangkalan pelabur dan keadaan pasaran sentiasa berubah-ubah, SC terus menyemak peraturan untuk memenuhi keperluan pasaran dan pelabur. Inisiatif di bawah telah dijalankan bagi membolehkan pelabur memperluas pilihan pelaburan mereka, pada masa yang sama membolehkan penerbit memanfaatkan kumpulan pelabur yang lebih sofistikated:

Pelan tindakan bersama itu juga sejajar dengan objektif SC untuk memperkasa pelabur dalam membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat dan menyedari penipuan pelaburan. Sebuah Kumpulan Perlindungan Pelabur telah diwujudkan oleh industri untuk memberi panduan kepada perancang kewangan dan memusatkan penilaian mengenai sebarang aktiviti yang meragukan.

Keterhubungan melalui tawaran rentas sempadan dana dipertingkatkan dengan kemasukan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Filipina ke dalam Rangka Kerja Skim Pelaburan Kolektif ASEAN (CIS) pada Mei 2021. Menyertai penandatangan terdahulu, iaitu SC, Pihak Berkuasa Kewangan Singapura, dan SEC Thailand, Rangka Kerja CIS ASEAN bertujuan untuk memudahkan akses produk rentas sempadan dan pengagihan dana masing-masing untuk pelabur dan penerbit.

Dengan penyertaan SEC Filipina dalam Rangka Kerja ASEAN CIS, syarikat pengurusan yang layak di Malaysia kini boleh menawarkan dana yang layak kepada pelabur runcit di Filipina (selain Singapura dan Thailand) dan syarikat pelaburan yang layak di Filipina dan pengurus dana mereka juga akan dapat menawarkan dana yang layak kepada pelabur runcit di Malaysia, Singapura dan Thailand.

c80f0f1006
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages