Selain kewujudan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 untuk melindungi sebarang bentuk ancaman terhadap kerajaan, Arahan Keselamatan juga telah dipinda pada 2020 bagi menambah baik kualiti keselamatan perlindungan di semua agensi kerajaan terutama melibatkan perkembangan teknologi digital.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata antaranya ialah pelaksanaan sistem tapisan keselamatan dan sistem e-Vetting terhadap penjawat, kontraktor atau vendor yang memberi perkhidmatan kepada kerajaan dan pekerja swasta yang bertugas di sasaran penting negara.
Shahidan berkata KPKK sebagai kuasa pusat terhadap keselamatan dokumen dan maklumat rahsia rasmi kerajaan sentiasa mengadakan program-program pendidikan meliputi kursus-kursus jangka pendek, kempen dan penerangan serta menjalankan pemeriksaan keselamatan ke semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.
Selain itu, menurut Shahidan, kerajaan turut melaksanakan langkah-langkah keselamatan perlindungan bagi menjamin keselmatan data, dokumen dan rahsia rasmi negara supaya tidak jatuh ke tangan negara sing dan pihak-pihak tidak bertanggungjawab. "Antara langkah-langkah itu ialah melaksanakan sistem tapisan keselamatan dan sistem e-Vetting terhadap penajwat awam, kontraktor atau vendor yang mmeberikan perkhidmatan kepada kerajaan dan pekerja-pekerja swasta yang bertugas di sasaran penting negara bagi memeriksa latar belakang.
aa06259810