From: Norlela Abdullah
(Kuala Lumpur)
Sent: Tuesday, 27 November 2007
10:56 AM
To: Iezlinda
Johari (Kuala Lumpur); Nazirah Ahmad (Kuala Lumpur); Rohaiza
Abdullah (Kuala Lumpur); HANOM; Azlina Mat
(Kuala Lumpur); Emillia Jaafar; Aslawati Omar
(Kuala Lumpur); Noor Harsyikin Harun
(Kuala Lumpur); dr jamie; mahani abdul; NORWATI ABDULLAH; Ashari Mohd Sulaiman
(Kuala Lumpur)
Subject: 10 perkahwinan paling
menarik di malaysia
10 perkahwinan paling sensasi di malaysia
1.Perkahwinan
Yang Paling Ditunggu Ramai
Siti Nurhaliza & Datuk Khalid Mohamed Jiwa (21-08-2006)
Majlis perkahwinan Siti Nurhaliza Taruddin merupakan perkahwinan yang paling
ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia.
Siti mula memberi isyarat kepada umum bahawa hatinya sudah berpunya ketika
menerima Anugerah Bintang Popular 2005 dengan ucapan, > "> Ini
merupakan hadiah kepada peminat, terima kasih kepada teman-teman seperjuangan
dan juga orang yang saya sayangi> "> .
Makan hati seluruh jejaka Malaya apabila
mendapat tahu Siti memilih lelaki yang jauh lebih matang dengan misai lebat di
bibir! Mulalah ramai lelaki yang menanam misai dengan harapan dapat memikat
gadis-gadis yang ayu macam Siti. Kata Siti, dia suka cara Datuk K melayan
anak-anak. Nampaknya skill pandai melayan anak juga boleh digunakan sebagai
taktik memikat hati wanita. Sudah setahun lebih berumahtangga, Siti dan Datuk K
masih mendapat perhatian peminat dan media hingga ke hari ini.
2. Perkahwinan Yang Diserbu Tetamu Tidak Diundang Paling Ramai
Ziana Zain & Armin Zaharin (2-5-1998)
Artis berpinggang kerengga ini cukup top pada tahun 90-an dengan lagu-lagu
bernada tinggi serta diketahui umum sebagai gadis pujaan hati Azwan Ali.
Pertunangan Ziana dengan seorang kakitangan MAS tidak dapat dihidu wartawan
tetapi apabila dia diijabkabulkan dengan Armin Zaharin di rumah ibubapanya di
Subang, majlis perkahwinan Ziana telah diserbu oleh 15,000 peminat yang tidak
diundang.
> Dikhabarkan, bapa Ziana, Pak Zain yang terkenal dengan sifatnya yang baik
hati, telah memesan dua lori nasi minyak untuk menampung tetamu yang begitu
ramai. Pandai betul Pak Zain cari syarikat yang boleh hantar nasi minyak pakai
lori. Perkahwinan beliau juga telah menyebabkan Ogy dan rancangan Melodi
disaman Azwan Ali berikutan komen Ogy yang mengatakan Azwan makan hati
sengsorang kerana Ziana sudah bernikah. Ziana dikurnia dua orang anak lelaki
bersama Armin dan kekal sehingga ke hari ini.
3. Perkahwinan Ditaja Paling Singkat
Erra Fazira & Yusry (15-3-2003)
> Erra Fazira merupakan pelakon handalan cantik jelita dan Yusry KRU pula
ialah seorang artis lelaki kacak bergaya serta kaya. Apabila kedua selebriti
ini memutuskan untuk mendirikan rumahtangga, begitu ramai pihak yang mahu
menaja kerana pasti perkahwinan ini akan mendapat coverage luar biasa.
> Tekaan pihak penaja tepat sekali apabila perkahwinan Erra dan Yusry
merangkul takhta Wedding of the Year 2003 apabila majlis perkahwinannya dibuat
secara besar-besaran di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Run Razak Kuala Lumpur
dan dihadiri oleh 10,000 peminat. Nak tambah glamor, kedua mempelai guna banyak
angka tiga seperti nikah pada 15-3-03, wang hantaran bernilai 33, 333.33,
entourage pihak lelaki seramai 33 orang dan mereka kena datang pukul 3.30
petang. Malangnya, pasangan Erra dan Yusry mampu bertahan selama tiga tahun
sahaja dan bercerai pada 16-6-06.
4. Perkahwinan Yang Mempunyai Hantaran Paling Tinggi
Mazuin Hamzah & Pengiran Sufri (11-12-1987)
Kisah cinta penyanyi dan pemain drum kumpulan Quinary M yang kecil molek
bernama Mazuin Hamzah, umpama kisah dongeng Cinderella yang dilamar putera
raja. Pertemuan pertama Mazuin dengan Pengiran Sufri berlaku pada tahun 1987
dan dalam tahun yang sama, Mazuin menggemparkan Malaysia
apabila dipinang oleh Pengiran Muda Sufri Bolkiah dengan hantaran bernilai satu
juta ringgit. >
> Tak kiralah bagaimana rupa paras bakal suami atau perangainya, dilamar
oleh putera raja dari golongan keluarga diraja paling kaya di dunia, tak rasa
nak kahwin pun tiba-tiba jadi rasa. Pada 11 Disember 1987, mereka
disatukan secara gilang gemilang di Brunei selepas berbulan-bulan
persediaan dilakukan oleh pihak istana. Selepas berkahwin, Mazuin diberi
gelaran Pengiran Bini Mazuin dan tinggal di istana. Namun selepas 17 tahun
bersama, pasangan ini bercerai dan Mazuin hanya membawa gelaran Hajah Mazuin
binti Hamzah sahaja.
5. Perkahwinan Duda Malaysia
Paling Laku
M. Nasir & Marlia Musa (31-08-2000)
Komposer dan penyanyi terkenal M. Nasir ialah jenis lelaki semakin tua semakin
menarik. Walaupun beliau seorang duda beranak lima, faktor ini tidak menjadi
halangan untuk dirinya digilai oleh ramai wanita Malaysia daripada pelbagai lapisan
umur. Pada 31 Ogos 2000, beliau memilih untuk bernikah dengan pelakon popular
Marlia Musa yang membuat ramai wanita ternganga tidak percaya.
Menurut Marlia, M. Nasir merupakan cinta pertamanya dan bagi M. Nasir, Marlia
merupakan wanita yang boleh mengisi kekosongan hidupnya dan anak-anak.''Saya
suka sesuatu perkara misalnya sejenis kain dan dia (Marlia) ada kain itu,>
"> kiasan yang sukar dimengerti oleh orang biasa. Marlia
disunting dengan mas kahwin berupa tiga belas keping wang dinar bernilai
RM2,000 termasuk lima
anak segera daripada perkahwinan M.Nasir yang sebelumnya.
6. Perkahwinan Tutup Kontroversi
Linda Rafar & Keifli (1-5-1999) vs Edry & Milia Mohamad (5-11-1999)
Linda Rafar, penyanyi kumpulan ala-ala Spice Girls Malaysia yang berada di
bawah naungan KRU Records pernah mempunyai hubungan cinta dengan Edry KRU, adik
paling bongsu kumpulan tiga beradik KRU. Pada tahun 1999, 11 gambar bogel
dengan aksi-aksi lucah yang begitu mirip kepada mereka berdua telah terpampang
di Internet. Sejurus selepas kontroversi itu tercetus, Linda dan Edry menutup
cakap-cakap orang dan kontroversi yang melanda dengan bernikah dengan pasangan
masing-masing.
Linda Rafar bernikah dengan pemandu go-kart kebangsaan, Keifli Datuk Othman
pada 1 Mei 1999 manakala Edry pula bernikah dengan Milia Mohamad, setiausaha
kepada abangnya Norman pada 5 November 1999. Perkahwinan Linda Rafar dengan
Keifli mampu bertahan selama lima
tahun sahaja setelah mendapat dua orang hero dan mereka bercerai talak satu
pada 5 Ogos 2004. Edry pula baru sahaja menimang cahayamata ketiga pada 15 Mei
2007.
7. Perkahwinan Yang Mengetepikan Wartawan Hiburan
Natasha Hudson & Datuk Shahrin Zahari (4-08-2007)
Natasha
Hudson, model terkenal kacukan Melayu-Indonesia-Australia, tidak putus dilanda
pelbagai serangan gosip tabloid apabila beliau menamatkan perkahwinannya dengan
Mohd Faiz Mohd Raih, seorang anak Datuk yang hanya bertahan selama lima bulan
sahaja. Pada 4 Ogos 2007, sekali lagi Natasha menggemparkan dunia hiburan
apabila perkahwinannya dengan Datuk Shahrin Zahari, Pengarah Eksekutf Verti
Global yang diadakan di Carcosa Seri Negara tidak membenarkan wartawan hiburan
masuk untuk membuat liputan.
Alasan
yang diberi ialah takut nak jemput ramai tak cukup nasi. Ramai wartawan yang
hadir kecewa dengan sikap Natasha kerana wartawan datang nak buat liputan,
bukan nak makan nasi. Akibat peristiwa itu, wartawan hiburan secara sebulat
suara telah memboikot Natasha. Walaupun Natasha sedih kerana disisihkan kerana
pendiriannya tentang hal peribadi, dia telah pun selamat bernikah dan jelas sekali
pilihan Natasha ialah seorang Datuk sebagai pasangan hidupnya dan bukan sekadar
anak Datuk.
8. Perkahwinan Mengubat Hati Luka
Ina
Naim & Suhaimi (12-8-07)
Nor
Diana Naim pernah bertunang dengan Mawi, penyanyi tersohor Malaysia sebelum
Mawi dijulang sebagai juara Akademi Fantasia ke-3 lagi. Selepas memenangi AF,
ramai yang tak sabar-sabar nak tahu siapa tunang Mawi. Mula-mula Ina hanya low
profile tetapi apabila Ina berdepan dengan keadaan perhubungan yang semaking
meruncing, Ina mendapat liputan meluas daripada wartawan hiburan. >
Tidak
lama kemudian, hubungan pasangan ini terputus dan bertitik tolak daripada
kegagalan cintanya dengan Mawi, Ina semakin agresif dengan buku tulisannya dan
pembabitannya dalam dunia muzik dengan terhasilnya album sulung beliau yang
berjudul > "> Duhai Hati> "> . Pada bulan Jun, dunia
hiburan dikejutkan dengan berita Ina Naim bertunang dengan bekas ahli kumpulan
nasyid In-Team, Mohd Suhaimi Saad dan dinikahkan dua bulan selepas itu pada 12
Ogos 2007. Kalau nak dinamakan jodoh, tak dapat yang paling popular, yang
popular sikit pun jadilah.
9.
Perkahwinan Menggunakan Angka Sama Paling Banyak
Eizlan
Yusof & Vie Shantie Harun Khan (7-7-07)
Apa ada pada nombor? Nampaknya jika anda seorang artis yang mahu berkahwin,
nombor yang dipilih kenalah cantik dan unik, barulah ada style! Bagi pasangan
pelakon kacak popular, Eizlan Yusof dan model cantik, Vie Shanti Harun Khan,
angka tujuh merupakan sejarah bagi diri mereka berdua. Eizlan bernikah pada 7
Julai 2007 (7-7-07) setelah mula berkenalan pada 7 Julai tahun
sebelumnya.
Eizlan dan Vie dua-dua lahir pada bulan 7, jumlah wang hantaran Eizlan kepada
model sambilan ini berjumlah RM77,777.77 yang diiringi 7 dulang barangan.
Beliau juga berharap anaknya dilahirkan dalam bulan tujuh juga. Untuk mereka
yang ingin mendirikan rumahtangga pada tahun hadapan, cepat-cepat tempah tok
kadi pda 8-8-08 supaya rumahtangga anda > '> ong> '>
selamanya. Kalau tak dapat tarikh tersebut, 18-8-8 atau 28-8-8 juga
cantik.
10. Perkahwinan Dengan Hantaran Paling Istimewa
Erra Fazira dan Engku Emran 25-10-2007
Erra Fazira sekali lagi masuk senarai dengan menamatkan zaman jandanya dengan
Ketua Pengarah Operasi Suria FM, Engku Emran pada 25 October 2007 lalu. Erra
membuat keputusan untuk memilih Emran selepas kononnya berlaku adegan tumbuk
menumbuk antara Hans dan Emran di rumah Erra beberapa minggu sebelum itu.
Walaupun Emran dikatakan sakit ditumbuk, Hans sakit lagi teruk apabila Erra
memilih Emran untuk menjadi suami.
Erra membuat pengumuman bahawa bukan harta yang dicarinya tetapi cinta dan
kasih sayang, lantas dia hanya mahukan senaskah Al-Quran sebagai hantaran.
Untunglah Emran dapat isteri yang bukan sahaja cantik malah baik dan merendah
diri. Majlis perkahwinan Erra kali ini dibuat secara sederhana di kalangan
keluarga dan teman-teman, bekas suami juga dijemput tetapi Yusry tentu sekali
ada komitment lain ketika itu.
*** WORLEYPARSONS GROUP NOTICE *** "This email is confidential. If you are not the intended recipient, you must not disclose or use the information contained in it. If you have received this email in error, please notify us immediately by return email and delete the email and any attachments. Any personal views or opinions expressed by the writer may not necessarily reflect the views or opinions of any company in the WorleyParsons Group of Companies."