Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,
Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik,
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa Malaysia Society for Computed Tomography and Imaging Technology (MyCT) dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh, Perak akan mengadakan satu seminar pada 30 Mei 2013 bertempat di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh, Perak.
2. Sehubungan dengan itu, kami mengalu-alukan Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik untuk menyertai seminar ini bagi membentangkan penemuan terkini yang diperolehi daripada kajian-kajian terkini yang dibuat disamping mengenali dengan lebih dekat rakan-rakan lain yang juga menceburi bidang ini yang datangnya dari seluruh Malaysia. Kertas kerja yang telah dibuat akan dikumpulkan dan akan dikumpulkan untuk dibuat satu buku untuk rujukan semua peserta yang menyertai seminar ini.
3. Jika Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik berminat untuk menyertai seminar ini, pihak kami memohon kerjasama dan jasa baik Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik agar dapat memberi pengesahan kepada pihak kami berhubung kehadiran Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik di dalam seminar ini. Pihak kami amat berbesar hati agar mendapat maklumbalas tersebut dari pihak Prof./Dr./Tuan/Puan sebelum/pada 10 Mei 2013 bagi memudahkan pihak penganjur menguruskan hal-hal yang berkaitan dalam penganjuran seminar dan mesyuarat ini.
3. Kerjasama dan jasa baik pihak Prof./Dr./Tuan/Puan/Cik untuk mengambil bahagian di dalam seminar ini amatlah diharap dan sangatlah dihargai dan dapat dijalankan dengan jayanya.
Sekian dimaklumkan dan terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,
Engku Mohd Fahmi Engku Chik
b/p Dr. Jaafar Abdullah,
Pengerusi MyCT.