Nama sebenar Syeikh Muhammad Abduh ialah Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah (Bahasa Arab: محمد بن عبده بن حسن خير الله). Bapanya, Abduh bin Hasan Khairullah, merupakan seorang petani dan mempunyai salasilah keturunan dengan bangsa Turki. Ibunya, Junaidah Uthman, dikatakan mempunyai salasilah perhubungan dengan Saidina Umar bin al-Khattab r.a.. Nama Abduh diambil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w., iaitu abduhu wa rasuluh (Bahasa Arab: عبده ورسوله). Beliau dilahirkan pada tahun 1849 Masihi bersamaan dengan 1265 Hijrah di Kampung Mahallat Nasr, Mukim Sujubrakhit, Daerah Buhairah, Mesir.