Meroyanatau rayan (juga dikenali dikalangan ahli perubatan sebagai Postpartum depression - PPD) merupakan satu bentuk kemurungan klinikal (clinical depression) yang menjejaskan wanita, dan kadang kala lelaki, selepas melahirkan anak. Kajian menunjukkan kadar berlaku dikalangan wanita antara 5% hingga 25%, tetapi perbezaan metodologi antara kajian menjadikan kadar berlaku sebenar tidak jelas.[1]
Kelesuan Postpartum (PPE) disebabkan kekurangan tidur bercampur pertukaran hormon dalam tubuh wanita sejurus selepas melahirkan anak dan boleh menjadi serdahana atau teruk. Kebanyakan kes mendapati wanita dengan bayi yang mengalami kembung teruk atau punca asas yang mengakibatkan jadual tidur yang tidak normal. Tidak sama seperti meroyan (postpartum depression), tetapi boleh dikelaskan sebagai sebahagian meroyan (postpartum depression sungguhpun kelesuan biasanya diakibatkan hanya dari kelesuan keterlaluan. Rawatan perubatan adalah minima. Boleh berlangsung antara 1 dan 20 hari dan bertindak balas dengan mendapatkan tidur yang secukupnya.
Tambahan kepada analisa meta oleh Beck yang disebut di atas, kajian akedemik lain turut menunjukkan hubungkait antara ras ('kaum ') ibu, kelas sosial, dan/atau cenderungan seksual dan kemurungan postpartum. Pada 2006 Segre et al, melakukan kajian "pada tahap mana kamu/ethnik merupakan faktor risiko" bagi PPD.[5] Mengkaji 26,877 wanita postpartum mereka mendapati bahawa 15.7% mengalami kemurungan. Dari wanita yang mengalami PPD, 25.2% merupakan Amerika Afrika, 22.9% adalah Indian Amerika/Peribumi Alaska, 15.5% adalah Caucasian, 15.3% adalah Hispanik, dan 11.5% adalah Asia/Penduduk Kepulauan Pasifik. Walaupun "faktor sosian penting seperti usia, pendapatan, pendidikan, taraf perkahwinan, dan kesihatan bayi dikawal, Wanita Amerika Afrika masih muncul dengan peningkatan risiko tinggi bagi mengalami PPD".[5]
Segre et al, turut mendapati kaitan antara kelas sosial ibu dan PPD. Tidak menghairankan, wanita dengan kekurangan sumber menunjukkan tahap kemurungan postpartum lebih tinggi dan tertekan berbanding mereka yang memiliki sumber kewangan lebih baik. Kadar PPD berkurangan dengan peningkatan pendapatan seperti berikut:
Sama juga, kajidan yang dilakukan oleh Howell et al pada 2006 mengesahkan jumpaan Segre bahawa wanita bukan berkulit putih dan dalam kategori sosial ekonomi rendah lebih banyak menunjukkan simptom PPD.[6]
Perubahan gaya hidup yang besar disebabkan penjagaan bayi turut didakwa sebagai punca PPD, tetapi sekali lagi tidak terdapat bukti bagi hipothesis ini. Ibu yang telah mempunyai beberapa orang anak sebelumnya tanpa mendapat PPD masih boleh mendapat PPD dengan anak terbaru mereka (Nielsen Forman et al. 2000). Tambahan lagi, kebanyakan wanita mengalami perubahan gaya hidup yang besar dengan kehamilan pertama mereka, tetapi kebanyakan mereka tidak mengalami PPD.
Kadang kala sakit jiwa sedia ada boleh menonjol melalui kemurungan postpartum. Ia diketahui ramai bagi wanita di mana keluarga mereka mempunyai sejarah sakit mental seperti bipolar, schizophrenia dan autism, dan kadar penagihan dadah dan alkohol lebih dari purata dalam keluarga tersebut.
Pada 2009, penyelidik di Universiti California, Irvine, melaporkan bahawa kadar corticotropin-membebas hormon (corticotropin-releasing hormone - CRH) semasa minggu ke-25 kehamilan mampu menjangka peluang wanita mengalami kemurungan postpartum [10].
Pendekatan evolusi kepada penjagaan ibubapa (contoh., Trivers 1972) mencadangkan bahawa ibu-bapa (manusia dan bukan) tidak secara automatik melabur pada kesemua anak, dan akan mengurangkan atau menghapuskan pelaburan pada anak apabila kos mengatasi kebaikan, iaitu, apabila anak "tidak mampu ditanggung." Mengabai, ditinggalkan, dan membunuh anak telah dirakamkan dalam peristiwa.
Anak manusia memerlukan penjagaan yang amat tinggi. Kekurangan sokongan dari bapa dan/atau ahli keluarga lain akan meningkatkan kos ditanggung si ibu, manakala masalah kesihatan bayi akan mengurangkan keuntungan evolusi yang didapati (Hagen 1999). Sekiranya ibu leluhur tidak menerima sokongan yang secukupnya dari bapa atau ahli keluarga lain, mereka mungkin tidak mampu membesar anak baru tanpa menjejaskan anak sedia ada, atau merosakkan kesihatan diri mereka sendiri (menyusu menjejaskan simpanan zat ibu, membahayakan kesihatan wanita yang kekurangan zat).
Bagi ibu yang mengalami kekurangan sokongan sosial atau keadaan tertekan, emosi negetif diarah kepada anak baru mungkin memenuhi fungsi evolusi penting dengan menyebabkan si ibu mengurangkan pelaburannya pada bayi yang tidak dapat ditanggung, dengan itu mengurangkan kosnya. Banyak kajian menyokong kaitan antara kemurungan postpartum dan kekurangan sokongan sosial atau tekanan penjagaan anak yang lain (Beck 2001; Hagen 1999).
Ibu dengan kemurungan postpartum boleh tanpa sedar menunjukkan sedikit emosi positif dan menunjukkan banyak emosi negetif terhadap bayi mereka, kurang bertindak balas dan kurang sensitif kepada petanda bayi, kurang sedia emosi, mempunyai pencapaian peranan ibu yang kurang, dan memiliki bayi yang kurang ikatan; dan dalam kes yang lebih melampau, sesetengah wanita mungkin memiliki hasrat untuk mencederakan anak mereka sendiri (Beck 1995, 1996b; Cohn et al. 1990, 1991; Field et al. 1985; Fowles 1996; Hoffman and Drotar 1991; Jennings et al. 1999; Murray 1991; Murray and Cooper 1996). Dalam kata lain, kebanyakan ibu dengan PPD mengalami sejenis kos, seperti kekurangan sokongan sosial, dan dengan itu kurang keibuan.[11]
Dengan pandangan ini, ibu dengan PPD bukanlah sakit jiwa, tetapi sebaliknya tidak mampu menjaga bayi baru tanpa sokongan sosial, lebih banyak sumber, dll. Rawatan dengan itu patut tertumpu pada membantu si ibu mendapatkan apa yang mereka perlukan. (Lihat Hagen 1999 dan Hagen and Barrett, n.d. Diarkibkan 2007-09-26 di Wayback Machine)
Kemurungan postpartum mungkin mendorong ibu tidak tetap dalam penjagaan anak. Wanita yang diagnosis dengan kemurungan postpartum sering kali lebih tertumpui kepada kejadian negetif penjagaan anak, menyebabkan strategi melayan yang lemah (Murray).
Terdapat empat kumpulan kaedah menangani, setiap satu dibahagi kepada stail erbeza kaedah menangani kumpulan kecil. Menangani dengan mengelak adalah satu strategi paling biasa digunakan (Murray). Ia terdiri dari penafian dan kumpulan kecil perangai memisah (sebagai contoh, ibu yang mengelak mungkin tidak bertindak balas kepada tangisan bayinya). Strategi ini bagaimanapun tidak menyelesaikan sebarang masalah sebaliknya berakhir dengan kesan negetif kepada mood ibu, sama seperti strategi menangani lain yang digunakan (Honey).
Ibu yang menggunakan kaedah menangani secara mengelak dan tidak bertindak balas kepada bayi mungkin menjadikan bayi tidak yakin. Menurut rencana Edhborg mengenai kesan jangka panjang, tiada keyakinan boleh mendorong kepada tekanan menjaga bayi dan mengelak bayi, di mana bayi menjadi begitu pendiam sehinggakan bayi tidak berinteraksi dengan si ibu dan orang dewasa yang lain. Ini amat membimbangkan kerana bulan kedua hingga ke enam dalam hayat bayi amat penting; dalam tempoh tiga bulan ini bayi membentuk kemahiran interaksi dan kognitif (pemikiran). Interaksi keluarga-bayi paling penting pada tempoh ini kerana ia membina bukan sahaja hubungan dengan si ibu tetapi juga dengan orang lain (jangka panjang). Ia juga masa paling berisiko pada bayi kerana kemungkinan peningkatan kemurungan pada ibu (jangka panjang). Kekurangan interaksi juga turut mendorong kepada kesukaran perhubungan keluarga-bayi dan menghasilkan prestasi bayi yang lemah (Murray).
Edhborg dan rakan-rakannya menjalankan kajian pada kebergantungan ibu-anak dengan mengkaji empat puluh lima pasangan ibu anak dipilih secara rawak. Pasangan ini dipilih berdasarkan borang Skala Kemurungan Lepas Kelahiran Edinburgh (Edinburgh Postnatal Depression Scale)[12] (EPDS), mengukur kemurungan lepas lahir dalam masyarakat. 326 wanita memulangkan borang dan dari 326, dua puluh empat mendapat lebih dua puluh diambil dan dua puluh satu wanita dengan markah kurang sembilan juga diambil. Markah melebihi dua belas dianggap berpotensi murung sementara markah kurang dari sembilan dianggap tidak mempunyai sebarang kemurungan. Empat puluh lima pasangan ibu-anak kemudian di ambil dan dirakam dalam rumah mereka, selama lima minit dalam tiga keadaan berlainan. Ibu dan anak diletakkan dalam bilik dengan set permainan piwaian, bagi mewakili permainan terkawal. Dalam keadaan kedua, ibu dan anak dibenarkan bermain bebas dalam bilik permainan biasa. Dalam keadaan ketiga, si ibu diminta keluar seolah-olah perlu memeriksa sesuatu, sebagaimana persekitaran di rumah, dan kemudian kembali.
Ahli Psikhologis Kanan kemudian memberi markah mengenai interaksi ibu dan anak. Dua rakaman situasi pertama dimarkah berdasarkan skala lima markah; 1 (kawasan paling membimbangkan) kepada 5 (kawasan yang kuat). Dalam situasi ketiga, kelakuan kebergantungan diletakkan pada tiga kumpulan berdasarkan bagaimana anak bertindak balas apabila si ibu kembali.
Analisa menunjukkan hanya satu perbezaan antara kumpulan tersebut. Dalam keadaan bermain bebas, kanak-kanak dengan markah EPDS tinggi menunjukkan kurang minat untuk bermain dengan ibu mereka dan merayau bersendirian berbanding anak-anak dengan markah EPDS rendah. Si ibu juga menunjukkan satu perbezaan. Mereka yang mempunyai markah EDPS tinggi menunjukkan hanya sedikit emosi keibuan bagi anak mereka.
Berdasarkana keputusan ini, Edhborg melaksanakan analisa berkelompok, menumpu pada stail interaksi berbeza. Sesetengah kanak-kanak ada menunjukkan tanda-tanda kemurungan, tetapi apabila membanding kanak-kanak ia didapati tidak jelas dalam n=markah EPDS dan stail interaksi. Kajian ini bagaimanapun mendapati bahawa kanak-kanak dengan markah EPDS yang tinggi kurang terbabit dalam keadaan permainan bebas berbanding kanak-kanak dengan markah EPDS rendah, menunjukkan bahawa kanak-kanak dengan markah EPDS yang tinggi cenderung kurang berkeyakinan.
Isu kebergantungan turut terbukti sebagai masalah pada anak-anak lebih tua. Akibat terdedah kepada simptom kemurungan yang berlarutan, semasa bayi, anak-anak lebih tua memiliki perkembangan kognitif cacat dan emosi-sosial terencat. Ketiadaan kebergantungan turut menyebabkan masalah dalam interaksi dengan orang lain dan kebebasan individual (jangka panjang). Kanak-kanak dengan isu ini mempunyai risiko lebih tinggi untuk turut didiagnosis dengan kemurungan kemudian hayat mereka nanti (Honey).
3a8082e126