Dasawarsaini, antara isu yang menjadi perbincangan hangat orang ramai dan di dada akhbar di Malaysia adalah mengenai kemalangan jalan raya. Peratus kes kemalangan ini terus meningkat dari setahun ke setahun, terutamanya pada musim perayaan. Kegagalan pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya mengakibatkan kemalangan sering berlaku. Terdapat pelbagai punca berlakunya kemalangan sehingga telah meragut banyak nyawa di atas jalan raya.
Punca utama kemalangan termasuklah kecuaian pemandu sendiri ketika menggunakan jalan raya. Ramai pemandu dilihat cuai ketika memandu seperti memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk. Ini disebabkan mereka bersikap mementingkan diri sehingga mengabaikan peraturan jalan raya. Selain itu, kecuaian juga berlaku akibat pemandu sering menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Secara tidak langsung, pemandu bukan sahaja mempertaruhkan nyawa sendiri malah nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Selain itu, kemalangan juga berlaku disebabkan kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang palsu untuk mengaburi pihak berkuasa. Apabila tidak memiliki lesen yang sah, pemandu tersebut semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu sesebuah kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan berlakunya kemalangan jalan raya. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai lesen memandu dinasihati supaya tidak memandu di jalan raya.
Kemalangan jalan raya juga berlaku disebabkan kondisi jalan raya yang tidak baik. Kondisi jalan raya yang tidak baik menyebabkan jalan raya menjadi berbahaya kepada pengguna. Sebagai contoh, jalan raya yang berlubang dan tidak rata menyebabkan tayar kenderaan tidak dapat mencengkam permukaan jalan raya. Ini mengakibatkan kenderaan mudah hilang kawalan dan terbabas. Oleh kerana itulah, pihak kerajaan perlu memastikan penyelenggaraan jalan raya dilakukan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya berlaku.
Kesimpulannya, keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab semua pihak terutamanya kepada pengguna jalan raya itu sendiri. Mereka mestilah sentiasa mengamalkan tatacara keselamatan jalan raya bagi mengelakkan berlakunya kemalangan pada masa hadapan. Jika pengguna jalan raya memandu dalam keadaan penuh tanggungjawab, kemalangan dapat dielakkan.
Sebagai pelajar, latihan tambahan dan merujuk sumber daripada internet adalah langkah yang baik. Pelajar dapat mengetahui jenis-jenis dan pelbagai contoh karangan yang mengikut tema-tema tertentu. Secara tidak langsung dapat menambah pengetahuan pelajar dalam memberikan isi-isi penting yang bernas dan tepat mengikut soalan yang diberikan. Berikut adalah contoh karangan mengenai langkah-langkah mengatasi kemalangan jalan raya.
Pelajar boleh merujuk isi dan contoh huraian di bawah sebagai panduan. Bimbingan daripada guru masing-masing masih diperlukan agar penulisan karangan pelajar menjawab kehendak soalan dan layak mendapat markah yang cemerlang. Penggunaan frasa menarik seperti peribahasa dan penanda wacana dalam penulisan pelajar akan menambah daya tarikan pembaca dan penanda kertas.
Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh kes-kes kemalangan jalan raya yang meragut sejumlah nyawa yang membimbangkan. Situasi ini menjadi lebih tragis apabila musim perayaan di mana semua rakyat hendak pulang ke kampung berjumpa dengan sanak saudara untuk meraikan hari perayaan tetapi tidak kesampaian kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Tragedi ini telah menjadi sinonim dengan masyarakat kita sehinggakan Polis Trafik perlu menjalankan operasi setiap kali perayaan bagi memastikan pengguna jalan raya tidak memandu secara berbahaya. Lumrah manusia untuk melakukan kesilapan tetapi kita mampu untuk mengurangkannya dengan mengamalkan perkara-perkara tertentu. Oleh itu, kita seharusnya mengenali cara-cara menangani kemalangan jalan raya agar tidak berlaku kepada kita di waktu kelak.
Selain itu, cara terbaik dalam menangani kes kemalangan jalan raya adalah dengan memperkasakan penguatkuasaan undang-undang. Kita boleh lihat, ramai di antara pengguna jalan raya mempunyai saman dan liat untuk mereka menyelesaikannya. Apabila pihak polis memberikan diskaun kepada saman barulah mereka tergesa-gesa untuk membayarnya. Perkara ini kurang memberi kesan kepada pesalah jalan raya. Sistem dimerit yang telah sedia ada wajar dikuatkuasakan dengan lebih ketat dimana jika mereka telah disaman sebanyak tiga kali, mereka akan ditarik semula lesen memandu mereka seterusnya kos untuk mengambil semula lesen memandu digandakan. Begitu juga bagi pemandu-pemandu pengangkutan awam seperti bas ekspress dimana mereka wajar ditanggung daripada pekerjaan mereka jika terlibat dalam salah laku jalan raya dengan kerap. Justeru, setiap daripada kita hendaklah sentisa mematuhi peraturan bukan sahaja di jalan raya malah di setiap perkara dan aspek kehidupan yang kita jalani. Bangsa yang berjaya adalah bangsa yang patuh dan menghormati kedaulatan undang-undang seperti mana yang terkandung dalam Rukun Negara.
Pada masa yang sama, pihak bertanggungjawab juga perlu memastikan seluruh jaringan jalan raya samada di kawasan bandar mahupun luar bandar diselenggara dengan baik. Hal ini dapat membantu pengguna jalan raya menikmati pemanduan yang selesa dan selamat. Terdapat juga kes kemalangan jalan raya yang berlaku kerana terperosok dalam lubang yang terhasil daripada pembinaan jalan yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Penyelenggara sewajarnya tidak bersikap seperti melepaskan batuk ditangga dimana mereka melakukan kerja menggunakan kos yang minima dan meminta peruntukan yang maksima hanya kerana ingin mendapat keuntungan yang tidak jujur. Intihannya, pihak berkuasa perlu sentiasa memastikan tiada ketirisan berlaku dalam pemberian peruntukkan dan penyelenggara melakukan kerja mereka dengan amanah dan mencapai tahap kualiti yang terbaik. Tambahan pula, jika lantikan penyelenggara dilakukan dengan betul, kontraktor tersebut juga perlu memastikan jalan raya mempunyai ciri-ciri keselamatan terbaik seperti lampu-lampu di selekoh berbahaya dan bonggol di kawasan yang memerlukan pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan. Inisiatif ini sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada pengurangan risiko terhadap kemalangan jalan raya.
Seterusnya, kita juga boleh lihat polemik yang kian merunsing masyarakat hari ini dengan dimensi lain iaitu penyelenggaraan kenderaan. Sebagai pemilik kenderaan, kita bertanggungjawab untuk memastikan kenderaan kita sentiasa dalam keadaan yang baik. Tamsilnya, pemandu kenderaan yang ingin membelok tidak dapat menyalakan lampu isyarat membelok kerana lampu isyarat tersebut rosak, akan menimbulkam kekeliruan pada pemandu lain. Kemalangan akan berlaku sekiranya pemandu di belakang tidak mengetahui bahawa kenderaan di depannya ingin membelok. Begitu juga dengan pemandu motorsikal yang sering kali tidak sedar bahawa lampu belakang mereka tidak menyala sekaligus menyukarkan pemandangan pemandu dibelakang untuk mengetahui kehadiran motorsikal tersebut. Dengan aplikasi dan kecanggihan teknologi hari ini, kita boleh menggunakan aplikasi yang memberi peringatan kepada kita akan waktu untuk membawa kenderaan ke bengkel untuk diselenggara. Jika mempunyai kesukaran dalam menyelenggara kenderaan, anda dinasihatkan untuk menggunakan pengangkutan awam supaya lebih selamat dan tidak membahayakan pengguna jalan raya yang lain
Kesimpulannya, pelbagai cara telah dibincangkan bagi menangani kes-kes kemalangan jalan raya yang kian membarah hari ini. Setiap pihak terutamanya kerajaan dan media massa mempunyai obligasi yang mustahak dalam memupuk kesedaran pengguna jalan raya tentang keselamatan dan langkah terbaik untuk mengatasi kemalangan daripada berlaku. Peribahasa Melayu ada berkata, sudah terhantuk, baru terngadah yang boleh didefinisikan apabila kita sudah terkena kemalangan barulah kita sedar dan terlambat untuk melakukan apa-apa. Semua pihak perlulah berganding bahu bagai aur dengan tebing supaya setiap langkah yang diambil mendatangkan kesan yang positif. Jika kemalangan jalan raya dapat diatasi dan dikurangkan kadarnya, tidak mustahil untuk imej negara menjadi sanjungan di mata dunia kerana kemampuan rakyat kita mematuhi peraturan dan berhemah tinggi apabila menggunakan jalan raya.
Munafik (Jawi: منافق) merupakan sebuah filem hantu ghaib Malaysia 2016 yang diarahkan dan ditulis oleh Syamsul Yusof serta menampilkan dirinya sendiri, Nabila Huda, Fizz Fairuz, Sabrina Ali, Pekin Ibrahim, A. Galak dan Datuk Rahim Razali.[3][4] Ia merupakan filem kesembilan arahan Syamsul dan filem seram keduanya selepas filem Khurafat: Perjanjian Syaitan (2011) serta filem pertama dalam trilogi Munafik yang dirancang. Mengisahkan mengenai Adam (Syamsul Yusof), seorang pengamal perubatan Islam yang tidak dapat menerima kematian isterinya. Selepas bertemu dengan Maria (Nabila Huda), peristiwa pelik mulai menghantui dirinya.[5] Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada Februari 25 2016 di Malaysia dan Mac 5 2016 di Indonesia.[6][7]
Filem ini merupakan filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman dengan kutipan sebanyak RM 19.04 juta, menjadikan Munafik sebagai filem Malaysia paling laris pada tahun 2016.[8][9] Filem ini telah memenangi lima daripada sembilan pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28 (termasuk Pengarah Terbaik). Kesinambungannya, Munafik 2 ditayangkan pada 30 Ogos 2018.[8]
Sementara itu, Adam semakin tertekan kerana anaknya juga bersedih merindui arwah ibunya. Walau dalam keadaan tertekan, Adam terpaksa akur dan bersetuju untuk mengubati Maria selepas dipujuk dengan bersungguh-sungguh oleh Imam kampung. Bapa Adam, Rahim pula secara tiba-tiba datang melawat Adam dan cucunya. Dia juga menasihatkan Adam untuk membantu Maria. Gelagat Rahim yang agak pelik dicurigai Adam dan anaknya. Dari saat pertama kali Adam bertemu Maria, bermulalah misteri yang menimbulkan persoalan demi persoalan didalam pemikiran mereka. Ada misteri disebalik masalah yang cuba dirungkaikan tetapi masih tak berjumpa jawapannya. Episod demi episod Adam menerima gangguan yang menyentak kesedarannya. Gangguan ini menzahirkan satu persatu petanda untuk Adam.
3a8082e126