Surat Permohonan Gaji

0 views
Skip to first unread message

Graziana Getz

unread,
Aug 5, 2024, 12:44:21 AM8/5/24
to congniddaton
Berkuatkuasa15 Disember 2017, pelaburan dalam unit amanah ASNB dibenarkan seawal kelahiran bayi dengan Penjaga Berdaftar warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Sila rujuk Prospektus Induk Tambahan Pertama bertarikh 15 Disember 2017


Skim yang terlibat secara langsung dengan urusan kelayakan adalah skim yang dikhaskan untuk golongan Bumiputera serta golongan Minoriti yang telah mendapat kelulusan khas dari Perdana Menteri Malaysia. Skim-skim yang terlibat adalah seperti berikut:


Berdasarkan Surat Ikatan Amanah seorang Bumiputera adalah Melayu, Peribumi Sabah dan Sarawak seperti yang ditakrifkan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan serta Orang Asli seperti yang didefinasikan di dalam Akta Orang Asli 1954.


Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh Pegawai ASNB/Pegawai Ejen ASNB/Ketua Kampung/Majikan Bahagian Sumber Manusia/Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dengan menurunkan cop rasmi nama, jawatan dan tandatangan


Semua salinan dokumen perlu disahkan (pada setiap muka surat) terlebih dahulu sebelum membuat permohonan sama ada pendaftaran atau penutupan kelayakan dihantar ke Unit Kelayakan, ASNB bersama cop rasmi, nama, jawatan dan tandatangan pegawai.


Skim Pelaburan Ahli KWSP merupakan satu kemudahan dan kaedah pelaburan khusus untuk ahli dan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melabur di dalam unit amanah ASNB. Pelaburan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh KWSP serta bagi Pemegang Unit berdaftar yang berumur 18 tahun ke atas (Akaun Dewasa).


Skim Potongan Gaji PPS (Pelan Pelaburan Sistematik) merupakan satu kemudahan kepada pemegang-pemegang unit ASNB bagi menambah pelaburan mereka tanpa perlu hadir ke mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Unit Amanah yang dibenarkan untuk PPS adalah ASB dan dana dana unit amanah berharga tetap (ASB 2, ASB 3 Didik, ASM 2 Wawasan & ASM 3) yang dibenarkan oleh ASNB dari masa ke masa, tertakluk kepada baki dana sedia ada.


Hanya pemegang unit yang menepati kriteria kelayakan pemegang unit berdaftar ASNB sahaja yang akan diterima untuk menyertai PPS ini di mana kelayakan sebagai pemegang unit berdaftar ASNB adalah seperti berikut:


Pelaburan menerusi pembiayaan merupakan satu kemudahan dan kaedah pelaburan yang diperkenalkan oleh ASNB selain daripada pelaburan tambahan menerusi pelaburan tunai. Kemudahan pelaburan melalui pembiayaan ditawarkan kepada dua (2) unit amanah ASNB, dengan had maksima pelaburan seperti berikut:


Kemudahan cagaran unit amanah ditawarkan kepada pemegang unit yang ingin mencagarkan unit amanah ASNB bagi mendapatkan pembiayaan untuk tujuan Perniagaan dan Peribadi. Kemudahan ini ditawarkan kepada semua unit amanah ASNB, dengan had maksima pelaburan seperti berikut :


* Pemindahan atau Penukaran adalah tertakluk kepada unit yang boleh dilanggan oleh pemegang unit tersebut. Bagi unit amanah harga berubah-ubah, Pemindahan atau Penukaran adalah tertakluk kepada NAB semasa permohonan Pemindahan atau Penukaran dilakukan.


Caj berdasarkan perbezaan caj jualan antara Penukaran unit amanah dengan caj jualan yang lebih rendah kepada yang lebih tinggi. Tiada caj jualan untuk Penukaran bagi unit amanah dengan caj jualan yang lebih tinggi ke lebih rendah.


Permohonan dokumen maklumat urus niaga adalah salah satu perkhidmatan yang diberikan kepada pemegang unit/waris/pihak ketiga yang memerlukan maklumat terperinci urus niaga setiap unit amanah ASNB bagi tempoh yang dipohon.


Tanpa prejudis, data dan maklumat yang dikeluarkan di atas adalah sulit dan hanya untuk rujukan pemegang unit sahaja dan tidak boleh digunakan untuk kegunaan prosiding mahkamah dan tujuan-tujuan lain. Pemegang unit adalah dilarang membuat penyebaran dan tuntutan rasmi terhadap mana-mana pihak dengan menggunakan data dan maklumat tersebut. Pihak ASNB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan daripada mana-mana pihak berkaitan dengan data dan maklumat tersebut serta kesalahan penyebaran data dan maklumat yang diberikan.


Semua salinan dokumen perlu disahkan oleh pegawai ASNB /Pegawai dari Ejen ASNB/ Ketua Kampung /Majikan dari Bahagian Sumber Manusia/Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dengan menurunkan cop rasmi, nama, jawatan dan tandatangan.


Permohonan penukaran butir peribadi adalah salah satu urus niaga bukan kewangan bagi unit amanah ASNB yang bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada Pemegang Unit/Penjaga Berdaftar mengemaskini maklumat peribadi di rekod ASNB.


Unit amanah merupakan satu skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada orang ramai ke dalam Unit Amanah khas yang diuruskan oleh pengurus pelaburan profesional. Unit amanah ditubuhkan melalui satu surat ikatan yang telah dimeterai. Ia adalah satu perjanjian di antara pemegang amanah, pengurus dan pemegang unit. Surat Ikatan yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Sekuriti menerangkan hak-hak, tanggungjawab dan liabiliti pemegang amanah dan pengurus.


Unit amanah akan melabur dalam ekuiti, sekuriti berpendapatan tetap dan aset-aset lain yang dibenarkan di bawah Garis panduan Unit Amanah. Pengurus Unit Amanah perlu mematuhi keperluan Surat Ikatan, Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, Garis Panduan Unit Amanah dan undang-undang serta peraturan lain yang berkenaan. Juru audit bebas dilantik untuk menyediakan laporan akaun unit amanah setiap tahun.


Mempelbagaikan pelaburan dalam pelbagai kelas aset dan sektor-sektor yang berbeza akan mengurangkan risiko pelaburan. Tetapi untuk mempelbagaikan pelaburan, ia memerlukan jumlah wang yang besar dan banyak. Pelaburan melalui unit amanah membantu mengurangkan risiko pelaburan individu kerana ia memberi peluang kepada pelabur-pelabur yang ingin melabur dengan modal yang kecil. Pelaburan ini dikumpulkan dan kemudiannya dilaburkan oleh pengurus dana dalam saham atau sekuriti yang dibenarkan bagi pihak pelabur. Dengan kepelbagaian pelaburan, risiko pelaburan dapat disebarkan.


Berpeluang mendapat khidmat pengurus profesional yang selalunya tidak dapat dinikmati oleh pelabur individu yang melabur dengan modal yang kecil atau sekiranya pelabur melabur dalam simpanan deposit tetap atau dalam pasaran saham secara langsung.


Pelabur hanya memerlukan modal yang kecil untuk menyertai portfolio pelaburan yang diuruskan oleh pengurus profesional dan menikmati faedah yang sama dengan mereka yang melabur dalam sekuriti berharga tinggi. Pada masa yang sama, pelabur unit amanah dapat menikmati pulangan daripada portfolio pelaburan berbanding dengan jumlah sekuriti yang sedikit sekiranya mereka melabur terus dalam pasaran saham.


Pemilihan saham-saham yang akan membentuk aset bagi unit amanah merupakan satu proses yang subjektif. Jenis saham yang dipilih oleh seorang pengurus portfolio mempunyai risiko turun naik yang berbeza berbanding portfolio yang dipilih oleh pengurus portfolio lain.


Ketidak patuhan ke atas peraturan yang ditetapkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti, 1993 dan lain-lain peraturan yang ditetapkan di bawah Garis Panduan Unit Amanah dan Surat Ikatan, mungkin akan memberi kesan ke atas wang pelabur.


Pelaburan yang mudah dikeluarkan mempunyai kecairan yang tinggi. Unit amanah yang melabur dalam bon adalah terdedah kepada risiko kecairan yang rendah disebabkan oleh pasaran bon di Malaysia tidak secair pasaran saham. Oleh itu, tidak mudah untuk menjual dan membeli bon pada harga pasaran. Keadaan ini mungkin akan memberi kesan kepada kemampuan untuk membayar balik pelabur apabila unit amanah itu dibubarkan.


Inflasi merupakan antara risiko utama kepada pelabur dalam jangka masa panjang di mana ia boleh mengakibatkan ketidakpastian terhadap nilai hadapan sesuatu pelaburan. Dalam suasana inflasi, sekiranya pulangan pelaburan lebih rendah daripada kadar inflasi, ianya akan menurunkan nilai sebenar pelaburan/kuasa membeli.


Melabur di dalam unit amanah melalui pinjaman lebih berisiko berbanding apabila menggunakan wang sendiri. Unit amanah membuat pelaburan di dalam pasaran saham dan instrumen pasaran modal yang lain dan ini menyebabkan nilai unit-unit akan turun naik mengikut portfolionya. Apabila pasaran saham mencatat penurunan, pelabur terpaksa mengeluarkan lebih wang untuk menampung margin pinjaman mereka. Begitu juga apabila kadar faedah meningkat, pelabur akan menanggung kos pinjaman yang tinggi seterusnya berkemungkinan mengalami kerugian modal pelaburan mereka.


Pelabur perlu memahami bahawa unit amanah adalah terdedah kepada turun-naik pasaran modal yang terdiri daripada pasaran saham dan lain-lain pasaran sekuriti. Pasaran modal dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kadar pertumbuhan ekonomi, pergerakan kadar faedah, prestasi pasaran modal antarabangsa dan polisi fiskal sesebuah negara.


Bagi unit amanah yang mempunyai majoriti pelaburan dalam pasaran ekuiti, prestasinya akan dipengaruhi oleh prestasi pertumbuhan ekonomi, prestasi pasaran saham antarabangsa dan polisi fiskal negara tersebut.


Risiko khusus atau risiko saham merupakan risiko yang berkaitan dengan syarikat yang menerbitkan saham tersebut. Risiko ini berkait rapat dengan risiko pengurusan syarikat yang tidak cekap, perubahan kehendak pengguna, persaingan kempen pengiklanan, tindakan perundangan dan suasanan industri yang kompetitif.


Unit amanah adalah satu mekanisma tidak langsung untuk menyertai dalam instrumen pasaran modal Umumnya ia adalah pelaburan berisiko rendah. Oleh itu ia amat bersesuaian bagi pelabur yang ingin membuat pelaburan dalam jangkamasa yang panjang tetapi kesuntukan masa dan kemahiran untuk mengawasi sendiri prestasi pelbagai instrumen pasaran modal.


Dalam pelaburan unit amanah terdapat yuran dan caj yang dikenakan kepada pelabur sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Caj secara langsung yang perlu dibayar adalah caj jualan/ perkhidmatan permulaan semasa urus niaga belian dan jualan unit dilakukan, yuran jualan balik dan caj perkhidmatan bagi pelaburan melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP.


Dalam menguruskan unit amanah, terdapat beberapa yuran yang dikenakan seperti yuran pengurusan, yuran pemegang amanah, ganjaran juru audit, dan lain-lain yuran profesional, kos/caj dan perbelanjaan percetakan laporan tahunan dan baucer pengagihan pendapatan serta lain-lain perbelanjaan yang diperlukan dalam menguruskan unit amanah.

3a8082e126
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages