Kenapa kena simpan emas dan perak?

0 views
Skip to first unread message

mohd azril

unread,
Feb 6, 2012, 7:08:27 AM2/6/12
to Citra Minda
Kenapa kena simpan emas dan perak?

Salah satu sebab kenapa ramai orang kaya sangat suka membeli dan
memuat simpanan emas dan perak terutama emas dan perak fizikal
adalah kerana tahap kecairannya yang sangat baik.

Tidak seperti hartanah, emas dan perak mempunyai kecairan yang baik
untuk mendapatkan tunai sekiranya keperluan benar-benar mendesak. Sama
ada menjualnya atau untuk tujuan pajakan.

Tambahan lagi simpanan dalam bentuk emas dan perak fizikal juga
biasanya membuatkan pemiliknya mungkin berfikir lebih daripada sekali
untuk menggunakannya sebab ianya tidaklah secair simpanan tunai yang
boleh digunakan bila-bila masa.

Ini kerana simpanan dalam bentuk wang tunai sangat mudah diterima
untuk urusniaga. Jadi dengan simpan emas dan perak sebagai simpanan,
ianya jauh lebih selamat untuk kekal sebagai simpanan milik anda.

Yang menariknya lebih lama anda simpan dan miliki emas fdan perak
izikal itu, bermakna ianya semakin menguntungkan pemiliknya! Sebab
harga emas dan perak naik tahun demi tahun.

Tambahan lagi ianya diterima di seluruh dunia. Inilah uniknya emas dan
perak, tidak seperti matawang yang dikeluarkan oleh setiap negara,
ianya diterima dan diiktiraf sebagai sesuatu yang berharga dan
bernilai oleh semua orang di seluruh dunia dan sepanjang masa.

Bayangkan ketika zaman pemerintahan Jepun (1942-1945) suatu ketika
dahulu, wang kertas pokok pisang tidak lagi punyai nilai selepas Jepun
tewas dalam perang dunia kedua kepada pihak British di Tanah Melayu.

Tapi emas dan perak yang disimpan dari zaman tersebut tetap masih
bernilai dan diterima sebagai sesuatu yang berharga sehingga ke hari
ini.

Selain itu, emas dan perak juga tahan lasak, senang dibawa dan boleh
disimpan di mana-mana sahaja serta tetap bernilai walaupun dalam
bentuk pasir. Itulah antara kelebihan beli dan simpan emas dan perak.

Sekiranya anda berminat ingin tahu lebih lanjut tentang emas dan
perak, cara bagaimana untuk melabur dan jana keuntungan lumayan
dengannya, rujuklah melalui laman web berikut :

http://ibnusalleh.com/ads/rahsiapelaburanemas.HTML
http://ibnusalleh.com/ads/pelaburansilver.HTML
http://ibnusalleh.com/ads/analisisteknikalsilver.HTML

Dari:
Mohd Azril Mohamed Salleh.
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages