Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Y.Bhg Dato'/Prof/Dr/Sdra,
Merujuk kepada perkara di atas,
Untuk makluman, Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC), kini sedang dalam proses mengemaskini maklumat produk dan teknologi yang telah dibangunkan dengan jayanya oleh barisan penyelidik UTM.
Maklumat berkenaan sangat berguna dalam meningkatkan lagi aktiviti pengkomersilan produk dan teknologi UTM khususnya.
Sehubungan itu, pihak ICC ingin memohon jasa baik Y.Bhg Dato'/Prof/Dr/Sdra, selaku penyelidik UTM untuk melengkapkan butiran maklumat seperti di lampiran berserta menyediakan 3 keping gambar produk dan teknologi dalam resolusi yang besar. Bersama-sama e-me, ini turut dilampirkan contoh pengisian maklumat seperti yang dikehendaki.
Maklumat berkenaan hendaklah dilengkapkan dan dihantar semula sebelum atau pada 3 April 2016 (AHAD).
Sekiranya pihak Y.Bhg Dato'/Prof/Dr/Sdra mempunyai sebarang pertanyaan, atau maklum balas, bolehlah terus berhubung dengan Pegawai di Unit Pembangunan Perniagaan dan Pemasaran, ICC :-
1. En. Mu’ammar Bin Sirajuddin Ibrahim
07-559 1537/ 013-425 3521
2. Cik. Nur Hazirah Binti Roslan
07-554 600 / 013-465 0689
Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Nur Hazirah Binti Roslan
Marketing Manager/Pengurus Pemasaran
Innovation & Commercialisation Centre,
Industry Centre, Technovation Park,
Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
81310, Johor Bahru, Johor.
Office:+607-5591500 (GL), +607-5566 400 (DL) | Mobile: +6013-465 0689 | Fax: +607-5565899/5576904
Primary Email: haz...@icc.utm.my | Secondary Email:nurhazirahroslan1990@gmail.com | Site: http://www.icc.utm.my