[ Ayat tanded]
Assalamualaikum,
Saya dengan rasa bermurah hati ingin menjemput Tuan-tuan, Puan-puan, Datuk-Datuk, Datin - Datin, Tan Sri, Puan Sri yang kelapangan ke Majlis Kenduri Kesyukuran Perkahwinan saya pada 16/11/2013 di alamat No 108, Jalan Seri Puteh 7, Taman Seri Puteh, 06700 Pendang, Kedah Darul Aman ( bersebelahan MRSM Pendang )
Kehadiran Tuan-tuan, Puan-puan, Datuk-Datuk, Datin - Datin, Tan Sri, Puan Sri ke majlis tersebut amatlah di alu- alukan.
Kad undangan boleh dirujuk lampiran
[ Ayat ikhlas ]
Dengan ini saya nak bagitau bahawa saya telah berkahwin terlebih dahulu pada 25/5/2013 yang lalu dengan rakan sekelas kita Nor Muhibbah di rumah dia dan kali ini saya pulak nak buat kenduri dah tu saya nak jemput rakan2 sekelas saya yang mana belum ada bergelar datuk2 dan nenek2. Paling tinggi taraf pon saya tahu pak cik atau makcik tetapi saya sudah pon bergelar datuk kerana kakak isteri saya sudah pon mempunyai cucu. Sehubungan itu, saya terpaksa memberi banyak duit raya kerana saya kahwin dulu pon sebelum raya.
Alamat kenduri rumah saya sepertilah ayat di atas yang mana sempadan taman perumahan mak saya itu berlaga cium dengan pagar MRSM pendang. kalau sapa2 ada GPS tu, search saja MRSM Pendang dan InsyaAllah anda tak akan sesat. Petunjuk lain, anda hanya perlu keluar Exit tol pendang dan bermula dari sana, anda akan melihat nama saya terpampang di papan tanda yang akan membantu anda sampai ke rumah saya. Melainkan Majlis Daerah cabut awal lagi, anda mgkin akan tersesat. Tapi, nombor telefon mak dan pakcik saya ada pada kad anda boleh hubungi. Mohon tidak hubungi saya takut2 saya sangat sebok.
Akhir kalam, jumpa anda disana nanti. Mai bawak perut pon cukup dah.
Kad kahwin ada dekat attachment, kalau rajin dan takut sesat boleh print.
Pengumuman sampingan; Isteri saya mengandung dekat 3 bulan dah.
--
Best regards,
[MOHD SAIFUL BIN MOHD SOFIAN]
~**LifE iS CoLOurful*~