Selamat menyambut bulan mulia rejab, kawan2. jom pose!

50 views
Skip to first unread message

did0_kid0 05

unread,
May 20, 2012, 10:06:21 PM5/20/12
to cheme...@googlegroups.com

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan Haram di dalam Islam.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda, “Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH,maka barangsipa yang berpuasa

1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

5 hari - aman dari azab kubur.

6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.


Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.

Kelebihan lain bulan Rejab:

Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun


Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

Israk dan Mikraj (27 Rejab)

Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)

Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

(Surah Al Israa': 1)

Sabda Rasulullah SAW: “Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: “Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?”

Berkata Jibril as: “Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab.”

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:

“Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: “Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka.”

Sabda Rasulullah SAW lagi: “Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur.”

Tsauban bertanya: “Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?”

Sabda Rasulullah SAW: “Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun.”

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya’ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku.”

“Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya’ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka.”

 

 

 

 

 

 

 

 



DOA BULAN REJAB:

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."


Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:

Maksudnya: "Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Beramalah menurut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

Sabda nabi:

"sampaikan dariku walaupun satu ayat"

 

 

 

 

 

 

 

 



--
Best Regards,

Siti Fatihah Salleh
PhD student
Universiti Sains Malaysia

did0_kid0 05

unread,
May 20, 2012, 10:42:10 PM5/20/12
to cheme...@googlegroups.com
Assalamualaikum...maaf, pembetulan.

terdapat hadis palsu mengenai fadhilat berpuasa di bulan ini...di bulan Rejab,Rasulullah tidak menambah bilangan puasa, hanya puasa seperti biasa isnin khamis, dan puasa tengah2 bulan sahaja...sila rujuk pernyataan di bawah.bole juga rujuk di laman web maza.http://drmaza.com/home/?p=1192.

BID'AH-BID'AH DI BULAN REJAB

BID'AH YANG BERKAITAN DENGAN KEMULIAAN BULAN REJAB


Pertama :
REJAB BULAN ALLAH, SYABAN BULANKU DAN RAMADAN BULAN UMATKU

(HADIS PALSU)



-berkata Ibnul Jauzi: Hadis ini palsu yang diatas-namakan sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam

-berkata Imam al-'Iraqi dalam takhrij kitab Al-Ihya Ulumuddin bahawa hadis ini adalah hadis palsu.

-berkata Imam as-Suyuti di dalam الالىء المنصوعة في الأحاديث الموضوعة bahawa hadis ini adalah palsu. (2/55)

berkata Ibnu 'Iraq dalam Tanzihu Asy-Syariah (2/91) bahawa hadis ini adalah hadis palsu



Kedua :
"ALLAH MEMILIH SEBAGAI BULAN YANG MULIA DARI SEKALIAN BULAN IALAH BULAN REJAB DAN REJAB ADALAH BULAN ALLAH. BARANGSIAPA MEMBESARKAN BULAN REJAB, MAKA DIA TELAH MEMBESARKAN ALLAH

(HADIS MUNGKAR)



-berkata al-Baihaqi bahawa hadis ini adalah hadis mungkar

-berkata al-Hafiz Ibnu Hajar hadis ini adalah hadis palsu




BID'AH YANG BERKAITAN SOLAT DI BULAN REJAB (DAN AYAT-AYAT YANG DIKHUSUSKAN MEMBACA DENGAN BILANGAN-BILANGAN TERTENTU SERTA SELAWAT DAN ZIKIR)



Ketiga :
BARANGSIAPA BERSOLAT PADA HARI 'ASYURA SEBANYAK EMPAT PULUH RAKAAT ANTARA ZOHOR DAN ASAR, KEMUDIAN MEMBACA AL-FATIHAH PADA SETIAP RAKAAT, AYAT AL-KURSI SEPULUH KALI, SURAH AL-IKHLAS SEBELAS KALI, SURAT AL-FALAQ DAN SURAH AN-NAS LIMA KALI. DAN SETELAH MEMBERI SALAM, BERISTIGHFAR TUJUH PULUH KALI, MAKA ALLAH MEMBERIKAN KEPADANYA SEBUAH QUBAH PUTIH YANG PADANYA ADA SEBUAH RUMAH DARI ZAMRUD HIJAU, LUASNYA SEPERTI TIGA KALI KELUASAN DUNIA, DIDALAM RUMAH TERSEBUT ADA SEBUAH KATIL DARI CAHAYA, KAKI-KAKI KATIL TERSEBUT DARI ANBAR YANG BERWARNA KELABU DAN DI ATAS KATIL ITU ADA DUA RIBU HAMPARAN DARI ZA'FARAN

(HADIS PALSU)



-menurut Imam al-Hafiz Abu al-Faraj Ibnu al-Jauzi bahawa hadis ini adalah hadis palsu. lihat Al-Maudu'at (2/122-123)

-Imam Muhammad bin Ali bin Muhammad asy-Syaukani bahawa hadis ini adalah hadis palsu. lihat Al-Fawaidul Majmu'ah (103/47)



Keempat :
BARANGSIAPA MENDIRIKAN SOLAT MAGHRIB PADA MALAM PERTAMA DI BULAN REJAB, SETELAH ITU SOLAT DUA PULUH RAKAAT DIIRINGI BACAAN FATIHAH DAN QULHUALLAHU AHAD (SURAH AL-IKHLAS) SEKALI DENGAN SEPULUH KALI SALAM, MAKA TAHUKAH KAMU APAKAH GANJARANNYA? RUHUL AMIN (JIBRIL) MEMBERITAHU AKU PERKARA TERSEBUT. KAMI BERKATA: ALLAH DAN RASUL-NYA LEBIH TAHU. BAGINDA BERSABDA: ALLAH MENJAGA DIRINYA, HARTANYA, AHLI KELUARGANYA ANAK-ANAKNYA DAN IA AKAN MENYEBERANGI SIRAT BAGAIKAN KILAT, TANPA DIHISAB DAN DIZAB.

(HADI PALSU)


-menurut Imam asy-Syaukani hadis ini adalah hadis palsu. lihat di dalam al-Fawaiid al-Majmu'ah fil Ahadis al-Maudu'at hlm 47.

-menurut Ibnul Jauzi (Abu al-Faraj) di dalam al-Maudu'at (2/23) beliau berkata bahawa hadis ini hadis palsu.

-menurut Imam as-Suyuti di dalam al-Laa Liul Masu'ah fil Ahadis Maudu'at (2/55) bahawa hadis ini adalah hadis palsu.



Kelima :
DARI ANAS RADIAYALLHU 'ANHU DARI NABI SALLALLAHU 'ALAIHI WA SALLAM BAGINDA BERSABDA: BARANGSIAPA SOLAT PADA PERTENGAN BULAN REJAB EMPAT BELAS RAKAAT, DIBACA PADA SETIAP RAKAAT AL-HAMDULILLAH SEKALI, QULHUALLAHU AHAD DUA PULUH KALI, QUL'AUZUBIRABBIL FALAQ TIGA KALI, QUL'AUZUBIRABBIN NAS TIGA KALI DAN SETELAH SELESAI DARI SOLATNYA BERSELAWAT KEPADAKU SEPULUH KALI, KEMUDIAN BERTASBIH KEPADA ALLAH, MEMUJINYA, MEMBESARKANNYA DAN BERTAHLIL KEPADA-NYA TIGA PULUH KALI, AKAN DIBANGKITKAN OLEH ALLAH UNTUKNYA SERIBU MALAIKAT MENULIS KEPADANYA SEGALA KEBAIKAN DAN AKAN DITANAM UNTUK POHON-POHON DI FIRDAUS.

(HADIS PALSU)



- Ibnul Jauzi (Abu al-Faraj) di dalam al-Maudu'at bahawa hadis ini adalah hadis palsu.

-menurut Imam as-Suyuti di dalam al-Laa Liul Masu'ah fil Ahadis al-Maudu'at (2/57) bahawa hadis ini adalah hadis palsu.

- menurut al-Hafiz Abu Hasan Ali bin Muhammad bin 'Iraq hadis ini palsu lihat jilid 2 hlm 92 تترية الشريعة.




BID'AH YANG BERKAITAN DENGAN SOLAT DAN PUASA DI BULAN REJAB (DAN HARI-HARI TERTENTU SEPERTI 27 REJAB)



Keenam :
BARANGSIAPA BERPUASA SEHARI PADA BULAN REJAB, KEMUDIAN MENDIRIKAN SOLAT EMPAT RAKAAT DI BULAN TERSEBUT, IA MEMBACA PADA RAKAAT PERTAMA SERATUS KALI AYAT AL-KURSI, PADA RAKAAT KEDUA SERATUS KALI SURAH AL-IKHLAS, MAKA IA TIDAK AKAN MATI SEBELUM IA MELIHAT TEMPATNYA DI SYURGA, ATAU DIPERLIHATKAN KEPADANYA TEMPATNYA DI SYURGA.

(HADIS PALSU)



-menurut asy-Syaukani hadis ini adalah hadis palsu sebagaimana dijelaskan di dalam kitab al-Majmu'ah al-Fawaid hlm 47/50

-menurut al-Hafiz Abu al-Faraj Ibnu al-Jauzi hadis ini adalah hadis palsu. lihat al-Maudu'at (1/124)

-berkata Ibnu Jauzi hadis ini palsu (dan pembohongan atas nama) Rasululluah sallallahu 'alaihi wa-sallam.

-berkata Imam as-Suyuti hadis ini palsu di dalam jilid 2 hal 55 kitab الالىء المنصوعة في الأحاديث الموضوعة

-menurut al-Hafiz Abu Hasan Ali bin Muhammad bin 'Iraq hadis ini palsu liha t(2/28) تترية الشريعة



Ketujuh :
TIDAKLAH SESEORANG ITU BERPUASA PADA HARI KHAMIS KEMUDIAN MENDIRIKAN SOLAT ANTARA ISYAK DAN ATMAH (SOLAT MALAM JUMAAT) DUA BELAS RAKAAT, MEMBACA "INNA ANZALNAHU FI LAILATUL QADR" TIGA KALI, "QUL HUWALLAHU AHAD" DUA BELAS KALI DI PISAHKAN SETIAP DUA RAKAAT DENGAN SALAM. KEMUDIAN SETELAH SELESAI SOLAT BERSELAWAT KEPADAKU TUJUH PULUH KALI KEMUDIAN MENGUCAP "ALLAHUMMA SALLI 'ALA MUHAMMADININ NABIYIIL UMMIYI WA 'ALA AALIHI".

(HADIS PALSU)**


**SOLAT INI DIKENALI SEBAGAI SOLAT RAGHAIB


-berkata Ibnul Jauzi rahimahullah hadis ini palsu yang diatas-namakan Rasulullah sallallahu a'laihi wa sallam

-berkata 'Iraqi rahimahullah dalam takhrij kitab al-Ihya Uluuddin bahawa hadis ini adalah hadis palsu

-berkata Imam as-Suyuti hadis ini palsu di dalam jilid 2 halaman 55 kitab اللالئ المنصوعة في الأحاديث

-berkata al-Hafiz Abu al-Hasan Ai bin Muhammad bin 'Iraq dalam Tanzihu Asy-Syariah jilid 2 hal 91 bahawa hadis ini adalah hadis palsu.



Kelapan :
DI BULAN REJAB TERDAPAT SATU HARI SATU MALAM, MAKA BARANGSIAPA BERPUASA PADA SIANG HARI ITU DAN BANGUN MENGHIDUPKAN MALAM DENGAN QIAMULAIL, MAKA BAGINYA PAHALA SEPERTI ORANG BERPUASA SERATUS TAHUN, IAITU PADA AKHIR BULAN REJAB (27 REJAB). PADA HARI ALLAH MEMBANGKITKAN MUHAMMAD SEBAGAI NABI.

IHADIS PALSU)


-di dalam kitab Tanzih asy-Syariah hadis ini dijelaskan oleh al-Hafiz Abu Hasan Ali bin Muhammad bin 'Iraq sebagai hadis palsu.

-berkata Ibnu Hajar hadis ini adalah hadis mungkar lihat asy-Syariah jilid 2 hlm 161 lihat al-Fawaid al-Majmu'ah hal 439.



BID'AH YANG BERKAITAN DENGAN PUASA DI BULAN REJAB (DAN FADHILAT-FADHILAT HARI-HARINYA DAN 27 REJAB)



Kesembilan :
DARI SA'ID AL-KHUDRI RADIALLAHU 'ANHU: REJAB TERMASUK BULAN-BULAN HARAM DAN HARI-HARINYA TERTULIS DI PINTU-PINTU LANGIT KETUJUH MAKA APABILA SESEORANG BERPUASA DI HARI-HARI TERSEBUT DIBAGUSKAN PUASANYA KERANA BERTAKWA KEPADA ALLAH BERKATALAH PINTU DAN HARI: YA TUHAN AMPUNANKANLAH DIA. DAN JIKA TIDAK DISEMPURNAKAN PUASANYA DAN TIDAK BERTAKWA KEPADA ALLAH TIDAK ADA KEAMPUNAN BAGINYA.

(HADIS PALSU)



-berkata Ibnu Hajar rahimahullah: di dalam sanad hadis ini ada seorang bernama Ismail bin Yahya at-Taimi dia seorang yang dikenali sebagai pembohong.



-menurut al-Hafiz Abu Hasan Ali bin Muhammad bin 'Iraqi hadis ini adalah palsu. lihat (تترية الشريعة  2/1610)


Kesepuluh :
BARANGSIAPA BERPUASA TIGA HARI DALAM BULAN REJAB MAKA ALLAH MENULIS UNTUKNYA PAHALA PUASA SEBULAN. BARANGSIAPA BERPUASA TUJUH HARI PADA BULAN REJAB MAKA ALLAH MENUTUP PINTU NERAKA. BARANGSIAPA BERPUASA LAPAN HARI DALAM BULAN REJAB MAKA ALLAH MEMBUKA BAGINYA LAPAN PINTU SYURGA. BARANGSIAPA BERPUASA PADA NISFU REJAB MAKA ALLAH AKAN MENULIS UNTUKNYA KEREDAAN-NYA DAN BARANGSIAPA YANG DITULIS BAGINYA KEREDAAN ALLAH IA TIDAK AKAN DISEKSA. BARANGSIAPA BERPUASA SEPENUH BULAN REJAB MAKA ALLAH AKAN MERINGAN HISABNYA.

(HADIS PALSU)



-lihat al-Fawaiddul Majmu'ah fil Ahadis Maudu'at asy-Syaukani hlm 101


-lihat Al-Maudu'at (2/206) al-Hafiz Abu al-Faraj Ibnul Jauzi


-berkata Ibnu al-Jauzi hadis ini tidak sahih kerana pada sanadnya Aban yang mana dia matruk dan Amru bin al-Azhar pula pemalsu hadis.



Kesebelas :
AKU DIBANGKITKAN SEBAGAI NABI PADA 27 REJAB BARANGSIAPA BERPUASA PADA HARI TERSEBUT IA MENJADIKAN KAFFARAH (PENGHAPUS DOSA-DOSA) SELAMA ENAM PULUH TAHUN.

(HADIS PALSU)


-berkata Ibnu Hajar hadis ini adalah hadis yang sanadnya mungkar


-walaupun hadis ini dinasabkan kepada Ibnu Hajar, asy-Suyuti, Ibnu 'Iraqi dan az-Zahabi namun tidak
terdapat dalam kitab mereka seperti kitab Talkhis, Tanzih asy-Syariah atau kitab al-Laa Liul amsu'ah fi Ahadis al-Maudu'at



Keduabelas :
MAKA BARANGSIAPA YANG BERPUASA PADA HARI TERSEBUT (27 REJAB) DAN BERDOA SEMASA BERBUKA PUASA, MAKA IA MENJADI PENEBUS DOSANYA SELAMA SEPULUH TAHUN.

(HADIS BATIL)



-berkata al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitab al-Fawaid bahawa hadis ini adalah hadis batil kerana dirawikan oleh Abi al-Hasan bin Sakhar dengan sanad yang batil



Ketigabelas :
BARANGSIAPA BERPUASA SEHARI PADA 27 REJAB DITULIS BAGINYA SEPERTI BERPUASA ENAM PULUH BULAN.

(HADIS LEMAH)


-berkata Ibnu Hajar hadis ini mauquf dan lemah isnadnya.



BID'AH YANG BERKAITAN DOA DI BULAN REJAB



Keempatbelas :
LIMA MALAM YANG TIDAK AKAN DITOLAK PADANYA DOA: MALAM PERTAMA DIBULAN REJAB, MALAM NISFU SYABAN, MALAM JUMAAT, MALAM HARI RAYA IEDUL FITRI DAN MALAM HARI RAYA HAJI

(HADIS PALSU)


-menurut syeikh al-Albani rahimahullah bahawa hadis ini adalah hadis palsu lihat Silsilah al-Ahadis ad-Dhaifah wal Maudu' 1452


-lihat Dhaifah al-Jami as-Saghir 185/420 syeikh Nasruddin al-Albani


sumber : Kitab Bid'ah-Bid'ah DiBulan Rejab Dan Sya'ban - Ustaz Rasul Bin Dahri


2012/5/21 did0_kid0 05 <evi...@gmail.com>
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages