Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
"Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berfikir"
(Surah Ar-Ruum: ayat 21)
Allahumma Salli ‘Ala Sayyidina Muhammad
Dengan penuh rasa syukur dan rendah diri, saya ingin menjemput sahabat-sahabat ChemeJan06 sekalian untuk menghadiri majlis perkahwinan kami:
Muhammad Zulhaziman B Mat Salleh
&
Norismalina Bt Ishak
Butir-butiran majlis adalah seperti berikut:
Majlis Pihak Perempuan
Tarikh : 30 November 2013 bersamaan 27 Muharam 1435H
Hari : Sabtu
Masa : 11.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Bt 20, Lorong 11, Kg Simpang Kerayong, 77000 Jasin, Melaka.
Majlis Pihak Lelaki
Tarikh : 7 Disember 2013 bersamaan 4 Safar 1435H
Hari : Sabtu
Masa : 11.30 pagi - 6.00 petang
Tempat : Kampung Perol, Kubang Gadong, 17000 Pasir Mas, Kelantan.
Semoga majlis ini diberkati Allah SWT dan diserikan lagi dengan kehadiran sahabat-sahabat sekalian. Mohon doa agar rumahtangga yang bakal dibina ini dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah. Amin.
Jazakumullahu khairan kathira. Sesiapa yang mahukan kad bolehlah pm saya alamat terkini :)
Ikhlas daripada:
Zulhaziman (013-4035233) & Ismalina (019-4305409)