PELAKSANAAN PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2016 RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN BAGI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA DAN PENGUMPULAN SIJIL KELAYAKAN LANTIKAN SKIM PERKHIDMATAN

677 views
Skip to first unread message

Syaakiratul Hasanah

unread,
May 16, 2016, 3:33:40 AM5/16/16
to CARE UPM
Assalamualaikum

Untuk makluman dan perhatian staf TETAP sahaja.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Buletin:/2016/No. : 992

Assalamualaikum, Salam Sejahtera
Yang Berbahagia Tan Sri/Dato'/Prof. /Prof. Madya/Dr. /Tuan-Puan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim:ZALEHA MOHAMAD SHARIF
Tarikh : 05/16/2016 09:55 AM


PELAKSANAAN PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2016 RASIONALISASI SKIM PERKHIDMATAN BAGI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA DAN PENGUMPULAN SIJIL KELAYAKAN LANTIKAN SKIM PERKHIDMATAN



Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

Seperti yang tuan/puan sedia maklum, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2016 bertujuan untuk memaklum dan melaksanakan keputusan Kerajaan mengenai rasionalisasi skim perkhidmatan bagi perkhidmatan awam persekutuan di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) berkuat kuasa 1 Julai 2016. Selaras dengan langkah-langkah rasionalisasi skim perkhidmatan ini, Kerajaan turut bersetuju menetapkan Gaji Permulaan Terendah (GPT) dalam Perkhidmatan Awam pada RM1,200 sebulan dan penambahbaikan Jadual Gaji Minimum-Maksimum (JGMM). Pegawai awam turut menerima faedah pemindahan gaji bersamaan satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) kecuali yang terlibat dalam pemindahan ke gaji permulaan yang baharu di JGMM baharu. Melalui Pekeling Perkhidmatan ini, Universiti Putra Malaysia akan melaksanakan keputusan kerajaan yang melibatkan perkara-perkara berikut kepada staf bertaraf tetap (termasuk Tutor):


1. faedah pemindahan gaji bersamaan satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT).
2. menetapkan Gaji Permulaan Terendah (GPT) dalam Perkhidmatan Awam pada RM1,200 sebulan
 
3. penyeragaman gred jawatan/kod gaji di gred lantikan bagi skim perkhidmatan berkelayakan SPM dan STPM/diploma;
 
4. penambahan lapisan gred kenaikan pangkat bagi skim perkhidmatan Kumpulan Pelaksana dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional;
 
5. peluasan pemakaian kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)sebagai syarat Kelayakan Masuk pelbagai (KMP) dalam skim perkhidmatan berkelayakan SPM;
 
6. pindaan nama/kod Klasifikasi Perkhidmatan dan kod gaji;
 
7. pewujudan skim perkhidmatan bersepadu baharu; dan
 
8. pemindahan kelayakan masuk sijil politeknik/sijil setaraf STPM daripada skim perkhidmatan berkelayakan SPM kepada skim perkhidmatan berkelayakan STPM/diploma


Sehubungan itu, bagi melaksanakan perkara 5 dan 8 Pejabat Pendaftar perlu mendapatkan salinan sijil yang telah disahkan benar oleh Ketua Jabatan tuan/puan mengikut syarat kelayakan lantikan skim perkhidmatan. Lampiran A dan B menyenaraikan kelayakan lantikan skim perkhidmatan yang terlibat.


* Peluasan pemakaian kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sebagai syarat Kelayakan Masuk pelbagai (KMP) dalam skim perkhidmatan berkelayakan SPM


Tuan/Puan yang mempunyai sijil SKM dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya seperti kelayakan lantikan (rujuk Lampiran A) layak menerima gaji permulaan KMP jika gaji yang diterima oleh tuan/puan masih belum mencapai gaji permulaan KMP setelah di tambah faedah pemindahan gaji bersamaan satu (1) Kenaikan Gaji Tahunan (KGT).


* Pemindahan kelayakan masuk sijil politeknik/sijil setaraf STPM daripada skim perkhidmatan berkelayakan SPM kepada skim perkhidmatan berkelayakan STPM/diploma
 

Tuan/Puan yang mempunyai sijil seperti kelayakan lantikan (rujuk Lampiran B) layak diberi Opsyen Pertukaran Pelantikan ke Gred 29.


Sila isi borang di Lampiran C dan kemukakan bersama sijil tuan/puan kepada Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar dengan kadar segera atau selewat-lewatnya pada 20 Mei 2016. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini bolehlah berhubung terus dengan puan Zaleha Mohamad Sharif di talian 03-89471503.


Sekian, terima kasih



Siti Rozana Supian
 
Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
 
b.p. Pendaftar
 
Universiti Putra Malaysia



Sekian



Yang benar,




Syaakira


Syaakiratul Hasanah Rossidi

Penolong Pendaftar

Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser

Universiti Putra Malaysia

Email: syaa...@upm.edu.my

Tel: 03-8947 2705 / 1011


Please don't print this e-mail unless you really need to
"Please consider the environment before printing"
 
LAMPIRAN B GRED 29 TUKAR LANTIK[1].docx
LAMPIRAN A GRED 19 KELAYAKAN SKM[1].docx
LAMPIRAN C BORANG.docx
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages