Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semua Pengarah Institut
Semua Timbalan Dekan (Penyelidikan) Fakulti
UPM Serdang/Bintulu
YBhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,
MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT) FASA 1/2018
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) Fasa 1/2018 telah dibuka kepada semua IPT mulai 15 Januari 2018 melalui pautan https://mygrants.gov.my seperti jadual berikut:-
SKIM GERAN (FASA 1/2018) | TARIKH TUTUP PERINGKAT UNIVERSITI | SILING PERUNTUKAN (RM) | TEMPOH (TAHUN) |
Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) | 2 Februari 2018 | 500,000 | Tidak melebihi 2 tahun |
Skim Geran Penyelidikan JangkaPanjang (LRGS) (concept paper) | 29 Januari 2018 | 3,000,000 | 3 – 5 tahun |
Skim Geran PenyelidikanTransdisiplinary (TRGS) | 15 Februari 2018 | 1,500,000 | Tidak melebihi 2 tahun |
Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) | 19 Februari 2018 | 250,000 | Tidak melebihi 3 tahun |
3. Pihak Kementerian akan memberi pertimbangan bagi permohonan DP KPT Fasa 1/2018 berdasarkan kriteria-kriteria berikut:
a) Kertas cadangan projek penyelidikan perlu menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut Garis Panduan dan Tadbir Urus yang berkuat kuasa;
b) Penyelidik mestilah telah mengisi dan melengkapkan laporan prestasi/akhir projek-projek yang telah diluluskan pada fasa terdahulu dalam modul pemantauan Sistem MyGRANTS (kecuali RAGS 2012-2013, RACE, LRGS, NRGS);
c) Penyelidik telah mengemaskini dan melengkapkan semua perkara (Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, IP, Penyeliaan (Supervision), Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community Service)) di Profil penyelidik dan disahkan oleh RMC dalam MyGRANTS. KPT berhak menolak permohonan sekiranya maklumat tidak dikemas kini atau tidak lengkap;
d) Semua permohonan perlu melalui saringan pihak Universiti dengan minimum dua (2) panel;
e) Penyelidik dibenarkan untuk memohon skim geran yang berbeza dalam fasa yang sama. Walau bagaimanapun, hanya satu (1) permohonan sahaja dibenarkan bagi setiap skim geran yang ingin dipohon bagi tahun 2018. Penyelidik boleh mengemukakan permohonan baharu, sekiranya projek penyelidikan terdahulu dalam skim yang sama telah mencapai 75% selesai berdasarkan laporan prestasi yang telah disahkan RMC;
f) Bidang keutamaan penyelidikan KPT adalah seperti di Lampiran C
4. Dimaklumkan juga disini bahawa semua jenis permohonan Geran Putra (Kecuali GP-IPS) oleh penyelidik selepas tarikh 1 Februari 2018, perlu mengemukakan bukti pernah memohon mana-mana geran awam, geran swasta, atau geran antarabangsa dalam tempoh 2 tahun kebelakang dari tarikh permohonan. Oleh yang demikian, semua penyelidik diminta untuk tidak melepaskan peluang memohon pada pembukaan dana KPT Fasa 1/2018 ini.
5. Bersama ini disertakan maklumat am permohonan DP KPT Tahun 2018, Garis Panduan LRGS, PRGS, TRGS dan FRGS (Pindaan 2018) dan Gantt Chart permohonan untuk rujukan YBhg. Prof./Tuan/Puan selanjutnya. Sebarang pertanyaan berkenaan permohonanan, boleh hubungi:-
· Puan Yushaida di talian 03-89471250 (untuk LRGS dan TRGS)
· Puan Nora di talian 03-89471253 (untuk LRGS dan TRGS)
· Puan Norbani di talian 03-89471628 (untuk FRGS dan PRGS)
· Cik Azwana di talian 03-89471253 (untuk FRGS dan PRGS)
6. Sehubungan itu, kerjasama YBhg. Prof./Tuan/Puan adalah diminta untuk memaklumkan perkara ini kepada penyelidik yang berkenaan di Fakulti/Institut YBhg. Prof./Tuan/Puan.
Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./Tuan/Puan dalam perkara ini adalah amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
“BERILMU BERBAKTI”
b.p. Prof. Madya Dr. Azmawani Abd Rahman
Timbalan Pengarah
Bahagian Geran Penyelidikan
Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)