Fwd: LANJUTAN TEMPOH PROSES SEMAKAN SEMULA SKT DAN PENETAPAN WAJARAN OLEH PYD DALAM SISTEM PENILAIAN PRESTASI e-LPPT (PELAKSANA) BAGI TAHUN

32 views
Skip to first unread message

SYAAKIRATUL HASANAH BINTI ROSSIDI / CARE

unread,
Sep 28, 2016, 5:55:43 AM9/28/16
to CaR...@googlegroups.com, dir....@upm.my
Assalamualaikum

Mohon perhatian dan tindakan semua staf pelaksana untuk membuat tindakan seperti yang diminta oleh Seksyen Saraan dan Prestasi. Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar.

Segala kerjasama tuan/puan amatlah saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih

Sekian.
 

Yang benar,

 

Syaakiratul Hasanah Rossidi

Penolong Pendaftar

Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE)

Universiti Putra Malaysia
Email: syaa...@upm.edu.my
Tel: 03-8947 1011   Fax: 03-8947 2706

 

Website: www.care.upm.edu.my

Facebook: CaRE UPM

Talian Maklumat Kanser @ CaRE Help Line: 1 800 22 2233 / 03-8947 2787



---------- Forwarded message ----------
From: NURUL SYAMIMI BINTI MOHD SUMAIRI / PENDAFTAR <nuruls...@upm.edu.my>
Date: 2016-09-28 9:03 GMT+08:00
Subject: LANJUTAN TEMPOH PROSES SEMAKAN SEMULA SKT DAN PENETAPAN WAJARAN OLEH PYD DALAM SISTEM PENILAIAN PRESTASI e-LPPT (PELAKSANA) BAGI TAHUN
To: pendaftar/urusetia_elpptp <uruseti...@upm.edu.my>, PEJABAT PENDAFTAR <pendafta...@upm.edu.my>, JUNAIDAH BINTI JANIS / COSCOMM <idah...@upm.edu.my>, MOHD NASARUDIN BIN ISMAIL / AUDIT <mi_nas...@upm.edu.my>, MOHD REDZUAN BIN ZAMBERI / KAUNSELING <mred...@upm.edu.my>, ADMIN BULETIN UPM <bul...@upm.edu.my>
Cc: AZIZI BIN SABRON / IDEC <azizi...@upm.edu.my>, SITI IMA MUNIRAH BINTI AHMAD / PENDAFTAR <i...@upm.edu.my>, HIDAYATUL AZIMA BINTI ANNUAR / PENDAFTAR <azima_...@upm.edu.my>, MOHAMAD ZAIDI BIN MOHAMAD ZAIN / PENDAFTAR <m_z...@upm.edu.my>


Assalamualaikum w.b.t / Salam Sejahtera

PROSES SEMAKAN SEMULA SKT DAN PENETAPAN WAJARAN OLEH PYD DALAM SISTEM PENILAIAN PRESTASI e-LPPT (PELAKSANA) BAGI TAHUN 2016

Dengan hormatnya perkara tersebut di atas dirujuk.

Dimaklumkan bahawa proses semakan semula SKT dan penetapan wajaran oleh Pegawai Yang Dinilai (PYD) bagi Pegawai Kumpulan Sokongan boleh dilaksanakan seperti ketetapan tarikh berikut:

· Pembukaan Sesi : 21 September hingga 27 September 2016 
· Lanjutan Akhir Sesi : 28 September (Rabu) hingga 29 September 2016 (Khamis)

Pada sesi ini, PYD hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:-
· SKT yang telah ditetapkan pada Jun 2016 hendaklah dilihat semula, sama ada terdapat bidang tugas/aktiviti/projek yang perlu ditambah mahupun digugurkan. 
· SKT yang telah ditambah mahupun digugurkanpengesahan semula SKT adalah perlu dilaksanakan (sah dengan pindaan).
· Sekiranya tiada sebarang bidang tugas/aktiviti/projek yang ingin ditambah mahupun digugurkan, pengesahan semula SKT tidak perlu dilaksanakan.
· Manakala, bagi pegawai yang masih belum membuat penetapan wajaran dan SKT pada sesi wajaran lalu atas sebab tertentu atau dengan tanpa sebab, boleh mengambil peluang melaksanakan penetapan profil, wajaran dan SKT pada sesi semakan semula ini. Tiada sebarang lanjutan tempoh dibuka selepas sesi ini sekiranya pegawai gagal untuk membuat penetapan wajaran dan SKT.
· Pegawai juga boleh membuat pengisian maklumat kegiatan dan sumbangan luar rasmi tahun 2016 beserta muatnaik bukti pencapaian sehingga pada Disember 2016.
· Ingin diingatkan, syarat kepada pergerakan gaji pegawai, tertakluk kepada syarat mencapai prestasi yang memuaskan dan diperakukan oleh Ketua Jabatan.

Mohon kerjasama urusetia PTJ memberi perhatian kepada makluman seperti di atas agar PYD membuat tindakan dalam tempoh yang diberikan melalui laman sesawang: http://www.elpptpelaksana.upm.edu.my/ dengan menggunakan pelayar internet Chrome bagi paparan terbaik. 

Sebarang permasalahan PYD bolehlah merujuk dan mendapatkan bantuan daripada Urusetia peringkat PTJ atau aduan dihantar terus melalui emel kepada pihak kami. 

Sekian. 

"BERILMU BERBAKTI"

Yang menjalankan tugas,

(NURUL SYAMIMI BINTI MOHD SUMAIRI)
Pembantu Tadbir (P/O)
b/p Ketua Seksyen Saraan dan Prestasi
Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Putra Malaysia

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages