Kempen Sumbangan "Seorang Staf Sepohon Pokok" UPM

14 views
Skip to first unread message

SYAAKIRATUL HASANAH BINTI ROSSIDI / CARE

unread,
Sep 15, 2016, 5:38:53 AM9/15/16
to CaR...@googlegroups.com
Assalamualaikum

Merujuk kepada petikan Buletin Putra UPM di bawah dan lampiran surat kepada semua ketua PTJ, mohon kerjasama YBhg. Datin/Prof/Tuan/Puan yang ingin memberikan sumbangan Kempen Sumbangan "Seorang Staf Sepohon Pokok" untuk memberikan wang sumbangan tersebut kepada Pn. Azniza Azhar untuk dikumpulkan sebelum diserahkan kepada Seksyen Kewangan Pembangunan.

Kerjasama dan perhatian pihak YBhg. Datin/Prof/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima kasih

Yang benar,

 

Syaakiratul Hasanah Rossidi

Penolong Pendaftar

Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE)

Universiti Putra Malaysia
Email: syaa...@upm.edu.my
Tel: 03-8947 1011   Fax: 03-8947 2706

 

Website: www.care.upm.edu.my

Facebook: CaRE UPM

Talian Maklumat Kanser @ CaRE Help Line: 1 800 22 2233 / 03-8947 2787


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Buletin:/2016/No. : 1908

Assalamualaikum, Salam Sejahtera
Yang Berbahagia Tan Sri/Dato'/Prof. /Prof. Madya/Dr. /Tuan-Puan
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim:
Tarikh : 09/15/2016 03:13 PM


KEMPEN SUMBANGAN "SEORANG STAF SEPOHON POKOK (1 STAFF 1 PLANT)" BAGI PROGRAM KAMPUS DALAM TAMAN, UPM



Dimaklumkan bahawa Universiti Putra Malaysia (UPM) sedang melaksanakan Program Kampus Dalam Taman sebagai salah satu langkah keterlihatan UPM sebagai peneraju kebitaraan pertanian. Salah satu pengisian program adalah kempen sumbangan "Seorang Staf Sepohon Pokok (1 Staff 1 Plant)". Kempen ini akan bermula pada 1hb September sehingga 31hb Oktober 2016. 

Warga UPM amat digalakkan untuk memberi sumbangan bagi tujuan pembelian anak pokok. Bagi memudahkan "landscaping design" sumbangan pokok dalam bentuk dana kewangan amatlah diharapkan. Sumbangan kutipan warga Pusat Tanggungjawab (PTJ) perlu diserahkan terus kepada Seksyen Kewangan Pembangunan, Pejabat Bursar, Tingkat 2, Bangunan Canselori Putra UPM bagi tujuan rekod. 

Bersama ini dilampirkan surat kepada Ketua-ketua PTJ yang telah diedarkan pada 25 Ogos 2016 yang lalu. 

Pejabat Strategi Korporat dan Komunikasi (CoSComm) 
Universiti Putra Malaysia 


PROGRAM KAMPUS DALAM TAMAN, UPM.pdf
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages