Tarikh : 1 November 2013
Y. Bhg. Dato’/ Datin/ Prof./Tuan/ Puan,
JEMPUTAN KE MAJLIS PELANTIKAN IKON & PELANCARAN PROGRAM SUKARELAWAN CARE
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacitanya Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE), Universiti Putra Malaysia ingin menjemput
Y. Bhg. Dato’/ Datin/ Prof./Tuan/ Puan ke majlis berikut:
Majlis Pelantikan Ikon & Pelancaran Program Sukarelawan CaRE
Tarikh : 26 November 2013 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi – 12.00 tengahari
Untuk makluman Y. Bhg. Dato’/ Datin/Prof./ Tuan/ Puan, program ini bertujuan untuk memperkenalkan Ikon CaRE dan melancarkan Program Sukarelawan CaRE secara rasmi .
Bersama ini dilampirkan kad jemputan beserta borang pengesahan kehadiran untuk makluman dan rujukan Y.Bhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Tuan/ Puan. Sekiranya Y. Bhg. Dato’/ Datin/Prof./ Tuan/ Puan tidak dapat hadir, mohon kerjasama Y. Bhg. Dato’/ Datin/Prof./ Tuan/ Puan untuk menghantar wakil ke majlis tersebut.
Untuk maklumat dan keterangan lanjut, sila hubungi Pn. Nurfaizah Saibul, Pegawai Penyelidik di talian 03-89472703 atau emel ke nurfaiz...@gmail.com.
Besarlah harapan kami agar Y.Bhg. Dato’/ Datin/Prof./ Tuan/ Puan sudi memenuhi jemputan tersebut. Kerjasama dan sokongan Y.Bhg. Dato’/ Datin/ Prof./ Tuan/ Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
‘BERILMU BERBAKTI’
Yang benar,
PROF. DR. LATIFFAH ABDUL LATIFF
Pengarah
Kak,pendapat sy mcm xkene ayat ni...sbb kita tunda program kn..ayat ni mcm rase xbesalah jerk...mgkin kita kne bgtau merujuk surat tedahulu dan program ditunda pada.....hihi
--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "CaREStaff" group.
To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an email to CaREUPM+u...@googlegroups.com.
For more options, visit https://groups.google.com/groups/opt_out.
Afiqah, thanks atas pendapat..<330.gif>