Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sebagaimana yang dijadualkan dan selaras dengan keperluan Standard, Audit Dalaman perlu dilaksanakan bagi mengekalkan pensijilan ISO 9001:2015 di UPM.
Sehubungan itu, audit dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 Universiti Putra Malaysia di Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE) akan diadakan
seperti butiran di bawah:
Tarikh : 11 April 2019 (Khamis) dan 12 April 2019 (Jumaat)
Lokasi Audit : Bilik Mesyuarat CaRE bagi semua skop pengauditan
Semua warga kerja CaRE di bawah skop pensijilan ini adalah dimohon melaksanakan semakan kendiri sebagai persediaan menghadapi audit dalaman ini.
Perhatian dan kerjasama daripada semua didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
"BERILMU BERBAKTI"
Yang menjalankan tugas,
Timbalan Penyelaras Audit Dalaman (TPAD)
--
Salwana Ahmad
Pegawai Penyelidik
Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE)
43400 UPM Serdang
Selangor
Tel:03-8947 1011
Fax: 03-8647 2706