Dimaklumkan bahawa terdapat penambahbaikan pada dokumentasi Sistem Pengurusan ISO iaitu Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001 yang melibatkan keseluruhan dokumen sebanyak tiga (3) dokumen iaitu dua (2) dokumen yang dipinda, dan sebanyak satu (1) dokumen telah digugurkan.
Perincian perubahan dokumen adalah seperti surat hebahan, manakala huraian pindaan dokumen yang terlibat boleh dirujuk dalam sistem Pengurusan ISO UPM (e-ISO) pada pautan "Kawalan Dokumen". Mohon jasa baik semua staf menggunapakai dokumen ISO yang terkini melalui Sistem e-ISO.
Perhatian dan kerjasama daripada YBhg. Tan Sri/Dato'/Datuk/Datin Paduka/Datin/Profesor/Tuan/Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Yang menjalankan tugas
Kasmaria binti Zawawi Pusat Jaminan Kualiti (CQA) Universiti Putra Malaysia Tel: 03-89471508
Please don't print this e-mail unless you really need to"Please consider the environment before printing"