Yang benar,
Syaakiratul Hasanah Rossidi
Penolong Pendaftar
Pusat Sumber dan Pendidikan Kanser (CaRE)
Universiti Putra Malaysia
Email: syaa...@upm.edu.my
Tel: 03-8947 1011 Fax: 03-8947 2706
Website: www.care.upm.edu.my
Facebook: CaRE UPM
Talian Maklumat Kanser @ CaRE Help Line: 1 800 22 2233 / 03-8947 2787
Dimaklumkan bahawa proses semakan semula SKT dan penetapan wajaran oleh Pegawai Yang Dinilai (PYD) bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional boleh dilaksanakan seperti ketetapan tarikh berikut:
· Pembukaan Sesi : 19 - 26 September 2016
Pada sesi ini, PYD hendaklah memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:-
1) SKT yang telah ditetapkan pada Jun 2016 hendaklah dilihat semula, sama ada terdapat bidang tugas/aktiviti/projek yang perlu ditambah mahupun digugurkan.
2) SKT yang telah ditambah mahupun digugurkan, pengesahan semula SKT adalah perlu dilaksanakan (sah dengan pindaan).
3) Sekiranya tiada sebarang bidang tugas/aktiviti/projek yang ingin ditambah mahupun digugurkan, pengesahan semula SKT tidak perlu dilaksanakan.
4) Manakala, bagi pegawai yang masih belum membuat penetapan wajaran dan SKT pada sesi wajaran lalu atas sebab tertentu atau dengan tanpa sebab, boleh melaksanakan penetapan profil, wajaran dan SKT pada sesi semakan semula ini.
5) Pegawai juga boleh membuat pengisian maklumat kegiatan dan sumbangan luar rasmi tahun 2016 beserta muatnaik bukti pencapaian sehingga pada Disember 2016.
6) Mohon perhatian kepada semua PYD, KPI menyelaras latihan staf adalah KPI khas kepada Penyelaras Latihan PTJ sahaja. Jika telah terpilih, mohon dikeluarkan/digugurkan dari ringkasan wajaran masing-masing. Sila ambil maklum, data rekod latihan individu akan ditarik dari sistem e-Latihan.
· Ingin diingatkan, syarat kepada pergerakan gaji pegawai, tertakluk kepada syarat mencapai prestasi yang memuaskan dan diperakukan oleh ketua jabatan.
Mohon kerjasama urusetia PTJ memberi perhatian kepada makluman seperti di atas agar PYD membuat tindakan dalam tempoh yang diberikan melalui laman sesawang: http://reg.upm.edu.my/elpptNA/ dengan menggunakan pelayar internet Chrome bagi paparan terbaik.
Sebarang permasalahan PYD bolehlah merujuk pada Urusetia peringkat PTJ atau aduan dihantar terus melalui emel kepada pihak kami.
Sekian, terima kasih.