MEMO
Tarikh : 16 Februari 2015
Daripada : Pengarah
Kepada : Semua staf
PERKARA: PROSEDUR PERMOHONAN CUTI REHAT/SAKIT
_____________________________________________________________________
Tuan/Puan,
Perkara di atas adalah dirujuk.
Bagi meningkatkan tahap pengurusan kerja yang efisyen dan kepentingan amalan perancangan dalam mengendalikan urusan cuti, semua staf diminta mengambil perhatian berhubung perkara-perkara seperti berikut :
Permohonan cuti rehat dibuat tujuh (7) hari atau selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum bercuti.
Kebenaran cuti rehat hanya setelah mendapat kelulusan daripada Pengarah/
Ketua masing-masing.
Tiada istilah cuti kecemasan (Emergency leave).
Tidak hadir bertugas tanpa kebenaran tidak boleh diambil sewenang-wenangnya kecuali jika benar-benar perlu (kematian, kemalangan, sakit yang memudaratkan). Ketidakhadiran hendaklah dilaporkan terus kepada ketua masing-masing dan jika Ketua tiada, staf hendaklah memaklumkan kepada Pengarah atau Ketua Pentadbiran. Sehari selepas bercuti, permohonan cuti hendaklah dibuat di dalam sistem e-cuti. Pengarah/Ketua akan menggunakan budi bicara untuk meluluskan atau menolak permohonan tuan/puan.
Tuan/puan juga di ingatkan agar tidak menggunakan kelayakan cuti rehat yang telah diberikan melebihi had yang telah ditetapkan. Contohnya satu (1) bulan hanya layak mengambil 1 ½ hari sahaja (rujuk kelayakan cuti).
Permohonan cuti sakit hendaklah dikemukakan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas mendapat sijil sakit yang telah disahkan dari doktor.
Sekian, terima kasih.