PROSES PENGISIAN WAJARAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) TAHUN 2015 BAGI KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL (P&P) (BUKAN AKADEMIK)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan proses pengisian wajaran KPI 2015 bagi Kumpulan P & P (Bukan Akademik) akan mula dilaksanakan pada 23 - 28 Jun 2015 dan pengesahan wajaran KPI oleh Pegawai Penilai Pertama (PPP) bermula 29 Jun - 6 Julai 2015 dan Pegawai Penilai Kedua (PPK) (PYD yang mempunyai seorang Pegawai Penilai) bermula pada 7 ? 13 Julai 2015.
3. Adalah diingatkan sekiranya tuan/ puan tidak mengisi wajaran KPI 2015 dan melengkapkan e-LPPT (Bukan Akademik) seperti yang ditetapkan, implikasi yang akan dihadapai adalah seperti di bawah:-
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Proses penilaian prestasi tahun 2015 tidak dapat dilaksanakan
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Tiada pergerakan gaji tahunan
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->Proses kenaikan pangkat/fleksi/lantikan terjejas
4. Sebagai makluman, proses penilaian prestasi tahun 2015 tidak akan dibuat secara manual. Oleh yang demikian, pihak kami mohon Pentadbir di Pusat Tanggungajwab (PTJ) memanjangkan perkara ini kepada semua pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional (Bukan Akademik) supaya pengisian wajaran dapat dilaksanakan mengikut tempoh seperti yang telah ditetapkan. Tuan/puan boleh melaksanakan proses ini melalui laman sesawang http://reg.upm.edu.my/elpptNA/
5. Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan staf yang bertanggungjawab iaitu
Cik Siti Ima Munirah Ahmad (1558)/Pn. Wirdah Haji Adam dan Pn. Nurul Syamimi Sumairi (1543)
6. Kerjasama dan perhatian daripada tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
BERILMU BERBAKTI
Yang benar,
(RAMLI BIN SULONG)
Ketua Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
s.k.: YBhg. Dato? Pendaftar, UPM
--