Alhamdulillahterima kasih banyak atas ucapan yang diberi. Saya amat gembira mendengar bahawa amalan Al-Mathurat ini terus diamalkan sejak dari sekolah menengah sehingga ke alam universiti. Semoga amalan ini membawa keberkatan dan rahmat dari Allah SWT kepada kita semua. Aamiin. Teruskan amalan dan semoga berjaya dalam semua urusan di universiti.
Assalamualaikum tuan, terima kasih atas sumbangan tuan dalam menjanakan laman sesawang ini yang banyak memudahkan urusan ramai. Cuma di sini saya ingin mencadangkan supaya tuan sertakan rujukan seperti hadis bagi setiap ayat atau teks seperti mana tuan sertakan pada teks yang ke 37 (doa terhindar dari kemiskinan) supaya pengguna-pengguna lain boleh turut mengetahui sumber tersebut diambil. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak tuan kerana sudi memerah keringat menghasilkan laman sesawang ini. Jazakallahu khair.
Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian pengalaman bacaan Al-Mathurat ini. Saya gembira mendengar bahawa ia menjadi sebahagian daripada amalan harian anda, terutama selepas solat Subuh. Semoga usaha baik ini terus membawa manfaat dan keberkatan kepada anda, serta memberi kekuatan dalam menghadapi cabaran seharian.
Sama-sama, terima kasih kerana memberi maklum balas yang positif. Saya sangat gembira mengetahui bahawa inisiatif ini telah memberikan kemudahan kepada anda dalam mengamalkan bacaan Al-Mathurat setiap pagi.
Bagus nye ade org letak dkt blog camni.kdg2 nk bace mathurathilang.mls nak dunlod apps kat fon sbb mkn space.bukak je blog ni ble bace.tp kalo ade doa skali lg best.nway mmg terbaik...smoge dpt saham pahale org yg bace mathurat kat blog ni
Assalamualaikum.
Terima kasih atas usaha meletakkn salinan Mathurat di internet. Sangat memudahkan saya hanya menggunakan hp di mana sahaja, dlm apa jua keadaan, blh baca pagi & petang. Semoga Allah merahamati tuan/puan yg berusaha.
Assalaamualaikom Tn Admin. ...
Kalau boleh Tn tolong letakkan bbrpa kali ulangan pd sesetangah ayat Al Matsurat spt yg terdpt di dlm kitab kitab Al Matsurat.
Tk di atas usaha yg besar ini.
Alhamdulillah n Syukur pd Allah, tuan telah menaik turunkan bacaan ma'thurat ke website. Terlalu berharga n memudahkan utk kami baca walau di mana pun kami berada. In Shaa Allah, Allah akan membalas nya dgn sebanyak2 pahala n kebaikan pd tuan. AAMIIN.
Alhamdulillah..Semoga Allah Memberkati pemilik blog ini dan juga kepada Kita semua yg telah berjaya membaca AlMathurat ini.Semoga Kita semua diberikan ganjaran pahala dan sentiasa dilindungi serta dilimpahkan rahmat oleh nya.Di pagi Jumaat yg mulia ini,saya memohon semua berdoa semoga Allah mengangkat virus COVID-19 yg melanda Di Negara kita dan juga seluruh dunia..moga diberikan kesembuhan dgn hendaknya. Aminnn Ya Rabbal Alamin
Al-Mathurat ini juga bertujuan untuk memantapkan jiwa agar sentiasa memperingatkan kita kepada Allah SWT. Selain itu, banyak kelebihan-kelebihan lain yang dapat diperoleh daripada himpunan zikirdan doa yang terdapat didalam Al-mathurat ini.
Maksudnya: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Maksudnya: Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Alif Lam Mim. Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (iaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib yang mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka. Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu. Serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan merekalah orang-orang yang beruntung.
Maksudnya: Allah tiada Tuhan selain Dia. Yang Maha Hidup, yang mengatur (makhluk-Nya) secara berterusan, tidak mengantuk dan tidak tidur. Milik-Nya apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi-Nya tanpa izin-Nya. Dia mengetahui apa yang ada di hadapan dan apa yang ada di belakang mereka dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmu-Nya melainkan apa yang Dia kehendaki. Kursi-Nya meliputi langit dan bumi. Dan Dia tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Dia Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
Maksudnya: Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam), sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana itu barang siapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah memegang tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Maksudnya: Allah Perlindung bagi orang-orang yang beriman; Dia megeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman), Dan orang-orang yang kafir. Perlindung-perlidungnya adalah syaitan, mereka yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran) Mereka itu adalah penghuni neraka: mereka kekal di dalamnya.
Maksudnya: Kepunyaan Allahlah segala yang ada di langit dan di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nescaya Allah akan membuat penghitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendakiNya dan menyiksa siapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Kuasa dan segala sesuatu.
Maksudnya: Kami hayati waktu pagi ini Ya Allah, dimana pagi ini kerajaan alam ini di tanganmu. Segala puji bagi Allah, tidak ada sekutu baginya. Tidak ada tuhan sebenarnya melainkan dia. KepadaNya kami akan dibangkitkan.
Maksudnya: Kami hayati suasana pagi ini atas landasan fitrah Islam. Berpegang kepada kalimah ikhlas. Berpegang kepada Ad-Deen (Agama) Nabi Muhammad SAW yang juga agama bapa kami Ibrahim dengan setulus hati. Dan (Nabi) Ibrahim tiadalah daripada orang-orang musyrikin.
Maksudnya: Ya Allah, apa sahaja nikmat yang kami dapat pada pagi ini dari mana-mana makhlukMu maka dari sebenarnya dari Engkau jua. Tidak ada sekutu bagimu. Puji dan kesyukuran kami(kami) untukMu.
Maksudnya: Mahasuci Allah dengan segala puji bagiNya, sebanyak bilangan ciptaanNya dan keredhaanNya dan seberat timbangan arysNya dan sebayak dakwat (yang terpakai untuk menuliskan) kalimatNya.
Maksudnya: Ya Allah, kami berlin kepadaMu dari menyekutukan Engkau dengan yang sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampun dari (menyekutukanMu) dengan sesuatu yang kami tidak ketahui.
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung padaMu dari kelemahan dan kemalasan; dan aku berlindung padaMu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.
Maksudnya: Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau; Engkau yang Menciptakan dan aku abdiMu, dan aku berada dalam perjanjian denganMu, ikrar kepadaMu, (yang akan kulaksanakan dengan) segala kemampuanku, dan aku berlindung padaMu, dari mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmatMu kepadaku; dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosaku kecuali Engkau.
Maksudnya: Ya Allah, restui dan berkatkanlah junjungan kami Muhammad, sebagai hamba, Nabi dan RasulMu yang Ummi. Berkatkanlah keluarga dan sahabat Baginda. Sejahterakanlah Baginda selama-lamanya. Kami memohon sebanyak bilangan apa sahaja yang diketahui olehMu atau sebanyak perkara yang ditulis oleh QalamMu dan sebanyak yang dirangkum oleh KitabMu.
Melansir buku karya Hasan al-Banna yang berjudul Al-Ma'tsurat bahwasanya bacaan dari Al Matsurat yang shahih dan berasal dari Nabi SAW ini sangat bagus jika dilakukan secara bersama-sama. Dzikir yang dilakukan secara bersama-sama ini baik dilakukan pada waktu pagi maupun sore hari di kediaman mereka maupun di masjid.
Namun, jika tidak bisa dilakukan secara berjamaah, dzikir tersebut dapat dilakukan sendirian. Dzikir Al Matsurat ini juga terdiri dari dua wazhifah yaitu wazhifah sughra dan wazhifah kubra. Seperti yang tertulis pada buku karya Hasan al-Banna.
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ ١ اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَۙ ٢ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِۙ ٣ مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِۗ ٤ اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُۗ ٥ اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَۙ ٦ صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ەۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّاۤلِّيْنَ ٧
Arab latin: bismillāhir-raḥmānir-raḥīm al-ḥamdu lillāhi rabbil-'ālamīn ar-raḥmānir-raḥīm māliki yaumid-dīn iyyāka na'budu wa iyyāka nasta'īn ihdinaṣ-ṣirāṭal-mustaqīm ṣirāṭallażīna an'amta 'alaihim gairil-magḍụbi 'alaihim wa laḍ-ḍāllīn
Artinya: "Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Pemilik hari Pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Bimbinglah kami ke jalan yang lurus (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) orang-orang yang sesat."
الۤمّۤ ۚ ١ ذٰلِكَ الْكِتٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيْهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِيْنَۙ ٢ الَّذِيْنَ يُؤْمِنُوْنَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيْمُوْنَ الصَّلٰوةَ وَمِمَّا رَزَقْنٰهُمْ يُنْفِقُوْنَ ۙ ٣ وَالَّذِيْنَ يُؤْمِنُوْنَ بِمَآ اُنْزِلَ اِلَيْكَ وَمَآ اُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ ۚ وَبِالْاٰخِرَةِ هُمْ يُوْقِنُوْنَۗ ٤ اُولٰۤىِٕكَ عَلٰى هُدًى مِّنْ رَّبِّهِمْ ۙ وَاُولٰۤىِٕكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ ٥
3a8082e126