Daya Usaha Dan Inovasi

54 views
Skip to first unread message

budi mohe

unread,
Nov 28, 2011, 6:57:28 PM11/28/11
to budi...@googlegroups.com
Salam Dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya sebagai wakil sekretariat memohon maaf setelah agak lama pasukan BUDI JPT tidak aktif berikutan beberapa tugasan lain yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

Walaubagaimanapun, saya berharap pasukan BUDI masih boleh menyumbangkan tenaga bagi merealisasikan idea dan cadangan yang telah dibincangkan sebelum ini iaitu untuk menubuhkan satu program flagship KPT.

Untuk makluman ahli BUDI, pada 23 Ogos 2011 yang lalu, satu pembentangan terpilih Program Daya Usaha Dan Inovasi IPT telah diadakan bertempat di Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar, JPT jam 10.00 pagi - 12.00 tengahari.

Tujuan pembentangan ini diadakan adalah untuk memilih salah satu program yang berpotensi untuk dikembangkan ke peringkat antarabangsa.


Sebanyak empat (4) program telah dibentangkan didalam sesi pembentangan tersebut iaitu:

     (i) i-ENVEX
     (ii) MUROC
     (iii) BUILD AND BREAK
     (iv) AUTODESK

Daripada empat program ini, adalah dicadangkan bahawa Jawatankuasa BUDI dapat meneliti dan menyemak program yang berpotensi untuk dijadikan program yang berpotensi untuk dijadikan program flagship KPT. Slide pembentangan bagi setiap program tersebut dilampirkan bersam-sama email ini.

Seterusnya satu mesyuarat berkenaan pemilihan program flagship KPT akan diadakan pada 21 Disember 2011 (Rabu), Jam 10.00 pagi - 12.00 tengahari, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar, Aras 5 untuk membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut. Surat rasmi akan dihantar kemudian.

Sebarang pertanyaan berkenaan perkara ini boleh diajukan kepada Siti Nurshuhanan Ibrahim di talian 03-8870 6523 atau emel snshu...@mohe.gov.my.

Akhir kata, perhatian dan kerjasama semua Jawatankuasa BUDI berkenaan perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
Autodeks.ppt
Build & Break.pptx
Minit Mesyuarat Program IPT Terpilih.doc

budi mohe

unread,
Nov 28, 2011, 7:01:59 PM11/28/11
to budi...@googlegroups.com
Latest Pembentangan_MURoC2012_KPT.ppt
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages