Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (akta 172)

0 views
Skip to first unread message

Berniece Leonhardt

unread,
Aug 5, 2024, 1:46:45 PM8/5/24
to blomgoogzolu
Aktaperancangan bandar dan desa merupakan satu usaha pihak Kerajaan untuk mengawal dan melaksanakan perancangan bandar dan desa dengan lebih sempurna. Pada asasnya, perancangan bandar dan desa boleh ditakrifkan sebagai gabungan seni dan sains mengenai kaedah mengatur kegunaan tanah (termasuk bangunan dan rangkaian pengangkutan) secara praktikal dan pragmatik.

Ianya bertujuan untuk meraih keselesaan dan penjimatan optimum, sekaligus meningkatkan kualiti hidup masyarakat. Proses perancangan bandar dan desa memainkan peranan yang penting dalam membina suasana hidup yang ideal.


Tambahan pula, penggunaan tanah yang tidak teratur akan mengakibatkan masalah besar kepada penduduk dan Pihak Berkuasa Tempatan. Selaras dengan kehendak petempatan, dasar-dasar telah digubal serta dijadikan panduan untuk mewujudkan pembangunan yang mampan, teratur, dan holistik.


Aktiviti perancangan bandar dan desa berada di bawah tanggungjawab bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Ini bermaksud kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri perlu bersama-sama berusaha ke arah menyediakan kehidupan yang selesa serta memastikan penggunaan, pemajuan dan pembangunan tanah dan bangunan yang selamat dan terbaik untuk kesejahteraan semua lapisan masyarakat.


Akta 172 digubal menurut perkara 76(4) Perlembagaan Persekutuan dan hanya berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia, kecuali Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Hal ini dikatakan demikian kerana Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mempunyai dasar perancangannya sendiri.


Akta ini diwujudkan bagi menyelaras serta memastikan undang-undang yang teratur sebagai satu mekanisme untuk mengawal pembangunan bandar dan desa. Akta 172 telah diwartakan pada 25 Mac 1976. Pada awalnya, Akta 172 mempunyai 9 Bahagian dan 59 Seksyen, namun telah dipinda dan digarap semula untuk memenuhi kepentingan semasa masyarakat.


Pada tahun 1993, Akta 172 dipinda untuk menambah peruntukan berkaitan dengan aktiviti pembentungan agar ianya selaras dengan Akta Perkhidmatan Pembentungan 1993 (Akta 508) yang diperkenalkan pada tahun yang sama. Akta pindaan ini seterusnya dikenali sebagai Akta A866.


Kemudian, Akta 172 telah dipinda sekali lagi untuk menangani masalah berkaitan dengan alam sekitar, khususnya pemeliharaan pokok. Pindaan ini juga merupakan inisiatif bagus untuk mencegah kejadian tanah runtuh.


Akta A933 mementingkan usaha pemeliharaan alam sekitar yang telah diabaikan akibat aktiviti pembangunan yang tidak teratur. Peruntukan ini dapat dilihat di Bahagian 5A dari seksyen 35A hingga 35H Akta 172.


Seterusnya, Akta 172 dipinda sebagai usaha untuk menangani masalah kegawatan ekonomi yang melanda industri hartanah negara. Akta A1129 memperuntukkan dua bahagian baharu iaitu Bahagian IIA Jawatankuasa Perancang Wilayah serta Bahagian IIB Rancangan Fizikal Negara. Selain itu, Akta A1129 turut memasukkan beberapa pendekatan baharu untuk menambah baik kawalan perancangan dan sistem rancangan pemajuan yang sedia ada.


Pada tahun 2007, Akta 172 dipinda sekali lagi dan dikenali sebagai Akta A1313. Pindaan tersebut dilaksanakan untuk memuatkan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Ini membolehkan pihak berkuasa untuk mengambil kira perihal tersebut semasa menjalani proses untuk memperoleh kebenaran merancang.


Diwartakan pada 16 Januari 2017, Akta A1522 melibatkan dua pindaan. Dua pindaan tersebut dilakukan untuk meningkatkan pembinaan serta pembangunan inklusif yang berdasarkan impak sosial, atau Social Impact Assessment (SIA). Pindaan ini menggalakkan pihak berkuasa untuk membuat keputusan yang mengurangkan kesan negatif serta mementingkan kepentingan awam.


Perancangan bandar, wilayah dan desa adalah amat penting untuk membina kehidupan yang berkualiti dan persekitaran yang lestari. Proses perancangan bandar dan desa yang pragmatik dapat mengawal pembangunan tanah dan bangunan serta melahirkan masyarakat yang bertamadun.


Popular Search:

town planning consultants malaysian institute of planners registered town planner malaysia urban planning consultant land use planning urban planning malaysia laporan cadangan pemajuan perancangan bandar dan wilayah


SINOPSIS



Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) merupakan suatu Akta yang digubal oleh Parlimen menurut Fasal (1) Perkara 74, Fasal (4) Perkara 76 dan Fasal (2) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan bagi pengawalan dan pengawalseliaan yang sepatutnya mengenai perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia dan bagi maksud yang berkenaan dan bersampingan dengannya.



Secara keseluruhannya, Akta ini dibahagikan kepada sembilann (9) bahagian yang merangkumi peruntukan mengenai dasar dan pentadbiran, , rancangan pemajuan, kawalan perancangan, caj pemajuan, perintah pemeliharaan pokok, Lembaga Rayuan, notis pembelian dan pengambilan tanah, kawasan pemajuan serta peruntukan pelbagai yang melibatkan sebanyak lima puluh sembilan (59) seksyen di dalamnya.



Majlis Perbandaran Jasin menggunapakai dan menguatkuasakan Akta ini sebagai salah satu sumber undang-undang di dalam menentukan kesalahan berkaitan yang dilakukan di dalam kawasan pentadbirannya.


Penafian : Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini pelayar Microsoft Edge / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1366 x 768.


Perancangan Bandar dikenali sebagai "Perancangan fizikal" atau "Perancangan Kegunaan Tanah". Dengan lain perkataan ianya adalah satu seni dan sains dalam membentuk pertumbuhan dan pembangunan fizikal, sosial dan ekonomi kawasan-kawasan bandar dan juga luar bandar.


Satu bidang yang dapat menentukan persekitaran kehidupan dan tempat tinggal yang sempurna, selesa dan berkualiti melalui gabungan alam bina dan alam sekitar secara harmoni. Ianya melalui proses analisis keadaan semasa, kenalpasti isu, masalah dan potensi mengemukakan cadangan bagi dasar tindakan dan perancangan serta kawalan penggunaan tanah.


Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) adalah peruntukan undang-undang secara langsung yang menjelaskan siapa yang berperanan dan bertanggungjawab, bidang tugas dan aktiviti-aktiviti perancangan bandar.


Rancangan Pemajuan terdiri daripada Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah, Rancangan Kawasan Khas. Ianya menjadi dokumen rujukan yang sah untuk rangka kerja perancangan.


Merupakan satu penyataan bertulis yang mengemukakan dasar-dasar dan cadangan-cadangan am mengenai pemajuan gunatanah termasuk langkah-langkah mengawal alam sekitar dari segi fizikal, perhubungan dan lalulintas bagi jangkamasa 15 hingga 20 tahun.


Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Subang Jaya 2020 (RT MPSJ 2020) disediakan selaras dengan keperluan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), dimana setiap Pihak Berkuasa Tempatan dikehendaki menyediakan Rancangan Tempatan bagi setiap kawasan di bawah pentadbirannya. Ia telahpun diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor, No. Warta 1566 bertarikh 27 Mei, 2010.

RT MPSJ 2020 adalah merupakan dokumen yang mengandungi Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis yang menerangkan dengan lebih terperinci segala cadangan-cadangan Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk pemajuan dan penggunaan tanah di bawah pentadbirannya sehingga tahun 2020.

RT MPSJ 2020 ini adalah merupakan terjemahan dasar-dasar kerajaan diperingkat-peringkat nasional, negeri dan peringkat berkuasa perancang tempatan. Penyediaannya adalah berpandukan kepada dasar strategi dan cadangan-cadangan umum yang terkandung dalam Rancangan Fizikal Negara, Rancangan struktur Negeri Selangor 2020 (RSN selangor 2020), Wawasan Syumul Selangor Negeri Maju 2005, Tonggak 10, Strategi Pembangunan Mampan dan Agenda 21 Selangor serta wawasan pembangunan Majlis Perbandaran Subang Jaya.


Adalah satu laporan yang dikehendaki disediakan mengikut peruntukan Seksyen 21A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), yang perlu dikemukakan bersekali dengan pelan tatatur yang dikemukakan samada untuk permohonan tukar syarat, pecah sempadan atau mendirikan bangunan di mana yang berkaitan. Ianya membentangkan asas-asas perancangan, rasional-rasional dan justifikasi yang dapat mengukuhkan kesesuaian cadangan-cadangan pemajuan. Juga dapat membantu kelicinan proses pertimbangan oleh PBPT terhadap permohonan yang dikemukakan.


Kebenaran Merancang hendaklah diperolehi daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum sesuatu pemajuan dapat dimulakan mengikut seksyen 19, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Permohonan mendapatkan Kebenaran Merancang hendaklah mengikut bentuk dan mengandungi butir-butir, dan disertakan dengan dokumen-dokumen dan pelan-pelan yang ditetapkan oleh PBT sebagaimana diperuntukan mengikut seksyen 21 (1). Seksyen 21 (3) Akta 172, berkehendakkan supaya jika permohonan melibatkan pendirian bangunan, maka PBT boleh mengarahkan pemohon mengemukakan butiran-butiran seperti aras tapak bangunan, ketinggian dan anjak belakang bangunan dan sebagainya


Setiap pembangunan yang ingin dijalankan perlu Kebenaran Merancang. Ianya untuk PBT mengawal perancangan dan pembangunan, serta menjadi satu bentuk tanggungjawab terhadap PBT yang meluluskan dan menjalankan kerja-kerja pembangunan


Ianya merupakan kesalahan mandatori dibawah Akta 172. Sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM 500,000.00 atau penjara dua(2) tahun atau kedua-duanya sekali.Denda akan dikenakan sehingga RM 5,000.00 setiap hari kesalahan berterusan.


Khidmat Nasihat Perancangan adalah antara perkhidmatan jabatan ini kepada orang awam sebelum mengemukakan permohonan rasmi. Ianya disediakan melalui perkhidmatan di kaunter melalui pertanyaan, panggilan telefon, melalui surat ataupun emel.


Sekiranya pemohon / pembantah tidak berpuashati (terkilan) dengan keputusan atau syarat-syarat kelulusan, rayuan boleh dibuat kepada Lembaga Rayuan Negeri Selangor, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor mengikut peruntukan Subseksyen 23 (1a) dan (b), Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dalam tempoh 30 hari daripada keputusan ini disampaikan.

3a8082e126
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages