"apa? batu terapung? biar betul..."...Gambar
ni dah tersebar dengan luas di internet. banyak pihak menyatakan yang
batu ni adalah batu yang nak ikut Nabi Muhammad S.A.W semasa israk dan
mikraj. Banyak artikel-artikel mengenai 'Dome of The Rock' memaparkan
imej batu ni. Namun tidak dapat dipastikan samada penulis tersebut
adalah orang Islam atau beragama lain. Penulis artikel tersebut telah
mengaitkan batu tersebut dengan kisah Isra' dan Mi'raj Rasulullah
s.a.w. sedangkan lokasi batu itu pun tidak diketahui di mana, dan tidak
pula diketahui siapa yang telah menangkap gambar
itu. Sebenarnya, bagi mereka yang berpengalaman mengedit foto, dia
boleh mengedit gambar batu menjadi seolah-olah terapung dengan
menggunakan teknik superimpose. Tapi kenapa mereka sanggup melakukan
pekara sedemikian? apakah tujuan sebenar mereka?
Di
Baitul Maqdis, khasnya di tempat yang dinamakan Haram As-Sharif,
terletak Masjidil Aqsa iaitu kiblat pertama bagi orang-orang Islam
sebelum kiblat dialihkan oleh Allah ke arah Ka'abah di Makkah. Di sana
juga ada sebuah batu besar (panjangnya 56 kaki dan lebarnya 42 kaki) terletak dalam satu binaan berkubah yang dipanggil Qubatul Sakhra' atau 'Dome of The Rock'.
Batu
itu berbentuk hampir separuh bulatan dan di tengah-tengah batu ini
terdapat satu lubang yang turun ke bawah menuju ke sebuah gua kecil
yang dipanggil "Gua Arwah". Pada
masa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab r.a. kawasan batu itu
dikepung dengan mendirikan sebuah masjid berbentuk bulat dan
senibinanya direka khas oleh seorang akitek Greek. Pada
masa pemerintahan Abdul Malik ibn Marwan iaitu Khalifah Ke 10, masjid
itu telah dibangunkan semula serta dinamakan Masjid Qubatul Sakhra'
(Dome of The Rock), setinggi 10 meter dan diameter 20 meter.
Ada
cerita yang mengatakan bahawa batu ini terangkat ke atas ketika
Rasulullah melepaskan kaki Baginda dari batu ini untuk melakukan Mi'raj
ke Sidratul Muntaha. Batu ini dikatakan ingin mengikut Rasulullah waktu
Mi'raj tetapi ditahan oleh malaikat Jibril. Bekas tapak tangan Jibril
dikatakan masih ada di sana.
Menurut
Sayyid Muhammad bin Alwi Al-Maliki, ulama Masjidil Haram di Makkah,
mereka yang berkata bahawa batu ini tergantung di antara langit dan
bumi adalah tidak benar kerana kisah ini tidak tersebut dalam Al-Qur'an
atau dalil-dalil hadis yang kuat. (Bait Al-Maqdis, Masjid Al-Aqsa dan
Batu Bergantung oleh Syed Hassan Muhammad Al-Attas)
Kejadian
batu itu cuba terbang mengikut Nabi Muhammad S.A.W. semasa israk dan
mikraj, setelah dikaji semula berdasarkan kepada hadis-hadis sahih,
perkara itu tidak benar. Ia hanya bersumber dari Yahudi (dongeng
Israiliyyat). Batu itu sebenarnya tidak terapung.
Menurut Prof Dr Tala'at Muhamad Afifi, dari Universiti al-Azhar: وقبة الصخرة ليست معلقة بالهواء كما ورد في السؤال وإنما لها حافة تمتد بعيداً عن قاعدتها بحيث يتخيل الشخص أنها معلقة.
"Qubatul
Sakhra' itu bukanlah terapung diatas udara sebagaimana yang dinyatakan
didalam soalan, akan tetapi hujungnya luas dari tapaknya yang
menjadikan ianya tergantung".
Maknanya,
batu itu mempunyai bahagian atas yang lebih besar dari bawah
menjadikannya seolah-olah terapung. Kesimpulannya, cerita Batu yang
tergantung itu merupakan cerita-cerita Israiliyyat.
Dikatakan bahawa orang Yahudi sengaja ingin mewarwarkan mengenai
Qubatul Sakhra' agar orang Islam dapat melupakan Masjid Al-Aqsa yang
dipercayai merupakan tapak masjid yang dibina oleh Nabi Sulaiman yang
ingin mereka kuasai.
---
hantar 10,000 emel dengan sekali klik + bonus taja RM244,140 + bonus pool RM45,438