SALAM SEMUA AJK PERDASAMA PUSAT/ KETUA BIRO-BIRO/ YDP / SETIAUSAHA / AJK CAWANGAN
YBhg. Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
Bagi mempertingkatkan imej PERDASAMA sebagai sebuah NGO ekonomi yang professional dan dihormati , pihak Penerbitan PERDASAMA telah menjenamakan semula semua bahan –bahan percetakan terbitan PERDASAMA termasuklah “BUSINESS CARD”.
Dilampirkan contoh businesscard terbaru PERDASAMA dan spesifikasi / harga untuk perhatian dan makluman : -
Spec : 260gsm art card with both side full color
Matt lamination & spot UV.
Harga : RM100 untuk 3 kotak (300 keping)
Min tempahan : 3 kotak
Justeru bagi memastikan keseragaman para pemimpin PERDASAMA diseluruh Malaysia , semua adalah dialu-alukan untuk membuat tempahan melalui PERDASAMA PUSAT.
Untuk membuat tempahan sila isikan borang yang dilampirkan dan pembayaran hendaklah dilakukan secara online diatas no akaun
PERDASAMA iaitu MBB 5640 7033 4147 atau cek/wang pos atas nama PERDASAMA.
Sila sertakan bank-in slip tersebut bersama borang tempahan melalui email atau faks ke 03-2095 1855. kepada perhatian EN MOHD HAFIZ /
Atau email : ha...@perdasama.org.my . Tempahan hanya akan diproses setelah bayaran diterima.
Bagi yang berada di Lembah Klang dan ingin membayar secara cash boleh berurusan terus di ibu pejabat.
Diatas perhatian dan kerjasama yang diberikan diatas perkara ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian. Harap maklum.
Salam hormat
HARLINA HASSAN
Ketua Pentadbiran dan Operasi
Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA ) | Lot 1717, Jalan Ledang off Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur | Tel: +603 20952002 | Fax: +603 20951855 | har...@perdasama.org,my