JEMPUTAN UNTUK PROGRAM HIMPUNAN USAHAWAN MIKRO, KECIL DAN SEDERHANA 2012

1 view
Skip to first unread message

suriati yusoff

unread,
May 7, 2012, 12:08:27 AM5/7/12
to suriati yusoff

 


Salam ahli-ahli PERDASAMA yang dihormati

 

YBhg Datuk/Dato’/Tuan/Puan  

JEMPUTAN UNTUK PROGRAM HIMPUNAN USAHAWAN MIKRO, KECIL DAN SEDERHANA 2012

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.


2.        Seperti yang  sediamaklum SME Corp Malaysia akan menganjurkan Program Himpunan Usahawan Kecil dan Sederhana bagi tahun 2012.  Tujuan program ini adalah untuk menghimpunkan usahawan kecil dan sederhana di Malaysia untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan menjalinkan kerjasama perniagaan serta memberi pendedahan kepada umum mengenai produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh PKS.

3.        Program di Selangor pada 10-11 Mei 2012 akan dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.  Adalah dianggarkan seramai 7,000 orang yang akan menyertai Majlis Perasmian bagi Program ini. Sehubungan dengan itu, SME Corp. Malaysia ingin menjemput ahli-ahli PERDASAMA untuk menyertai  Sesi Chat Time Bersama Usahawan Selebriti iaitu sesi bicara niaga bersama Selebriti yang juga seorang usahawan dan ianya berkonsepkan santai. Sesi tersebut akan diadakan seperti berikut:

        Tarikh                :        10 Mei 2012 ( Khamis)
        Masa                :        10.00 pagi
        Tempat        :        Perkarangan Karang Kraf, Seksyen 15, Shah Alam

4.        Bersama ini disertakan flyer mengenai Chat Time Bersama Usahawan Selebriti untuk perhatian ahli-ahli.

Mohon kerjasama ahli-ahli untuk memanjangkan makluman sesi ini kepada ahli Perdasama yang lain dan SME Corp akan cuba untuk 'reserve seats' untuk ahli Perdasama yang hadir bagi sesi ini.

5. Mohon maklumi saya bagi yang berminat. Atas perhatian didahului dengan ucapan terima kasih.



Suriati Yusoff

Pengurus Program

Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA)

Lot 1717, Jalan Ledang Off Jalan Duta,

50480 Kuala Lumpur

T: 03-2095 2002

F: 03-2095 1855/3007

E: sur...@perdasama.org.my

W: www.perdasama.org.my

 

 

 

Himpunan Usahawan Mikro Kecil Sederhana Flyer (Final).pdf
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages