Ilmu Mantik Pdf

0 views
Skip to first unread message

Vikki Nagindas

unread,
Aug 3, 2024, 5:51:19 PM8/3/24
to biohearthsphinma

Ilmu mantiq merupakan ilmu yang mempelajari tentang logika, ilmu mantiq pertama kali dipopulerkan oleh para filsuf yunani yakni Sokrates, Plato, dan Aristoteles. Kehadiran ilmu mantiq di dalam Islam membawa perbedaan di kalangan para ulama, yakni dalam hal mempelajarinya, Imam An-Nawawi adalah salah satu ulama yang mengharamkan mempelajari ilmu mantiq, sedangkan Imam Al-Ghazali adalah salah satu ulama yang memperbolehkan mempelajari ilmu mantiq bahkan menganggap mempelajarinya adalah fardhu kifayah. Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui pandangan Imam An-Nawawi dan Imam Al-Ghazali terkait dengan mempelajari ilmu mantiq, kemudian untuk mengetahui analisis perbedaan pendekatan dan sudut pandang yang digunakan oleh Imam An-Nawawi dan Imam Al-Ghazali dalam mempelajari ilmu mantiq. Metode penelitian yang digunakan dalam penelitian ini adalah metode penelitian kepustakaan, data yang diambil melalui studi yang mendalam terhadap literatur-literatur yang relevan, seperti buku, artikel, dan tulisan-tulisan Imam An-Nawawi dan Imam Al-Ghazali. Imam An-Nawawi melarang mempelajari ilmu mantiq karena menggagap ilmu mantiq merupakan inti dari filsafat, sedangkan Imam Al-Ghazali menganggap ilmu mantiq sebagai penghantar dari filsafat.

Dalam kehidupan sehari-hari, selalu diperlukan penarikan sebuah kesimpulan untuk menyelesaikan sebuah masalah, salah satunya dengan menggunakan ilmu logika. Mantik tidak jarang dikaitkan dengan penalaran, disamping itu pada salah satu cabang ilmu matmatika juga terdapat pokok pembahasan mengenai logika matematika. Penelitian yang penulis lakukan bermaksud untuk mencari ada atau tidaknya hubungan ilmu mantik terhadap logika matematika dalam penarikan sebuah kesimpulan. Peneliti memakai metode penelitian kajian pustaka. Hasil yang diperoleh pada penelitian ini yaitu ilmu mantik dan logika matematika mempunyai urutan yang sama dalam penarikan sebuah kesimpulan hanya saja terdapat istilah penyebutannya, seperti dalam Logika matematika memakai simbol-simbol serta lambang-lambang, sedang ilmu mantiq memakai istilah-istilah yang berbahasa Arab.

LinkedIn dan pihak ketiga menggunakan cookie esensial dan non-esensial untuk menyediakan, mengamankan, menganalisis, dan meningkatkan Layanan kami, dan untuk menampilkan kepada Anda iklan yang relevan (termasuk iklan profesional dan lowongan kerja) di dalam dan di luar LinkedIn. Baca selengkapnya di Kebijakan Cookie kami.

Ilmu mantik telah bermula sejak kurun ke 6 sebelum masihi pada zaman kegemilangan ahli falsafah Yunani seperti Socrates, Plato dan Aristotle. Aristotle adalah orang pertama yang memperkenalkan logik atau dikenali sebagai mantik sebagai kaedah ilmiah yang tersendiri dan oleh sebab itu dia dikenali sebagai pengasas mantik dan guru pertama. Ilmu mantik juga telah tersebar luas dan dipelajari oleh umat Islam bagi menangkis serangan orang-orang munafik dan musuh Islam ekoran daripada salah faham yang ditimbulkan oleh mereka tentang akidah yang membentuk pelbagai aliran dalam Islam seperti Khawarij, Syiah dan Ahli Sunnah.

Perkataan mantik itu sendiri berasal daripada bahasa Yunani iaitu Logos yang bermaksud kata atau fikiran yang benar. Ahli falsafah Yunani memainkan peranan yang amat penting dalam usaha mengkaji dan menyebarkan ilmu ini kepada masyarakat. Mantik juga berasal daripada bahasa Arab iaitu nataqa yang bermakna berkata atau bercakap. Ucapan dan pemikiran merupakan elemen yang penting dalam ilmu ini kerana ucapan adalah hasil yang dizahirkan oleh pemikiran seseorang individu. Para ilmuwan Islam yang mendalami dan memurnikan ilmu mantik turut memberikan takrif istilah mantik seperti Ibnu Sina. Beliau mengatakan bahawa ilmu mantik ialah suatu ilmu yang mengawal pemikiran manusia daripada tersalah dan terpesong sewaktu berfikir. Imam Ghazali pula mentakrifkan ilmu mantik sebagai suatu ilmu yang dapat membezakan di antara suatu ilmu yang membawa ke arah kebenaran dan keyakinan dengan ilmu yang membawa pemikiran ke arah kesamaran dan salah. Ilmu mantik juga dikatakan sebagai neraca segala ilmu atau Mizan al-Ilm.

Walaubagaimanapun, ulama dan para ilmuwan Islam berbeza pendapat mengenai hukum mempelajari ilmu mantik. Ada yang menerima ilmu mantik dan menggangapnya sebagai ilmu alat untuk mempelajari hakikat ilmu-ilmu lain dan ada juga ulama yang menolak ilmu ini kerana dikatakan boleh membawa kepada kesesatan. Antara ulama yang menerima Imam Ghazali, Ibnu Hazm, Al-Farabi dan Ibnu Sina. Alasan Ibnu Hazm yang menerima ilmu ini ialah ianya tiada unsur yang bercanggah dengan syarak bahkan boleh membantu individu mengenal Allah. Al-Farabi dan Ibnu Sina pula menjelaskan bahawa mempelajari ilmu mantik tidak salah kerana ilmu mantik merupakan alat kepada ilmu-ilmu lain dan ia merupakan kaedah yang membantu fikiran manusia supaya berfikir dengan benar. Manakala Imam Ghazali berpendapat bahawa harus belajar ilmu ini untuk mematahkan hujah golongan ahli falsafah dan puak Muktazilah yang menggunakan logik akal dalam berdebat. Seterusnya, ulama yang menolak ilmu mantik ialah Ibnu Solah dan Imam Nawawi. Ibnu Solah menghukumnya haram dengan mengatakan bahawa ilmu ini bercampur dengan unsur bidaah dan khurafat. Ini kerana pada zaman beliau ilmu mantik diambil terus daripada Yunani tanpa diubahsuai mengikut kehendak Islam dan bukan dengan tujuan untuk mencari kebenaran. Imam Nawawi juga memutuskan bahawa haram mempelajari ilmu mantik bahkan menghukum kafir kepada orang yang mempelajarinya. Beliau berpendapat bahawa ilmu tersebut tidak benar dan bercanggah dengan apa yang digariskan oleh hadis dan al-Quran. Hukum ini dikeluarkan oleh beliau kerana pada zaman beliau terdapat orang menggunakan ilmu mantik untuk mentafsir sesuatu mengikut akal mereka.

Sejak akhir-akhir ini, umat Islam banyak terdedah dengan berbagai aliran pemikiran yang ekstremis dan menyimpang daripada ajaran Islam sehingga membawa ancaman dan kesalahfahaman tentang Islam. Tidak dinafikan bahawa arus kemodenan telah membawa banyak perubahan kepada pemikiran dan ketamadunan manusia namun umat Islam seharusnya berusaha untuk memastikan unsur-unsur pemikiran yang tidak sesuai dengan Islam seperti liberalisme dan sekularisme tidak bercambah dan bertapak di dalam hati-hati setiap umat Islam. Pemikiran Islam Liberal telah muncul dalam dunia Islam pada abad ke-18 Masihi, akibat terpengaruh dengan gerakan liberalisasi agama yang berlaku di Barat iaitu pada zaman Renaisans. Ancaman daripada kelompok ini ialah mereka meletakkan prinsip keterbukaan dan kebebasan dalam aspek kehidupan dan menganggap bahawa kebenaran itu bersifat relatif dan tidak boleh didakwa oleh mana-mana pihak yang menjurus kepada penafsiran semula ayat al-Quran dengan menggunakan akal sehingga merubah hukum syariat Islam. Bagi golongan ini dan para pendukungnya juga, hak asasi manusia dan kebebasan individu adalah bersifat mutlak dan kepentingan individu mengatasi kepentingan manusia sejagat. Justeru, saya berpendapat bahawa perlu dilaksanakan pendekatan pengajian Islam terutamanya ilmu mantik dalam institusi pendidikan di Malaysia agar dapat menangkis ancaman pemikiran Islam Liberal ini. Ini kerana ilmu mantik bukan sahaja berperanan untuk membentuk pemikiran manusia namun ia juga mampu membentuk landasan-landasan tentang kebenaran sesuatu ilmu dengan menggunakan logik akal. Oleh itu, ilmu ini perlu diperluaskan pengajarannya kepada seluruh umat Islam agar mereka dapat menimbang baik dan buruk tentang sesuatu sekaligus tidak mudah terpengaruh dengan pemikiran liberal, sekular dan bermacam lagi jenis pemikiran yang rencam pada masa kini.

Selain itu, berdasarkan pemerhatian saya terhadap masyarakat Islam masa kini di Malaysia, rata-rata mereka cepat mempercayai sesuatu yang mereka baru dapati atau ketahui tanpa memeriksa dengan lebih lanjut apakah khabar itu benar atau salah. Sebagai contoh, apabila seseorang individu berpengaruh dan juga popular, netizen cepat menyokong dan membenarkannya walaupun apa yang diperkatakannya itu berbeza dengan apa yang Islam ajarkan. Sikap ini bagi saya amat merbahaya kerana ia melibatkan keimanan dan akidah seseorang. Oleh itu, seharusnya masyarakat didedahkan dengan kaedah berfikir yang betul agar tidak mudah terpengaruh dengan sesuatu isu yang bertentangan dengan Islam kerana tidak semestinya individu yang terkenal dan mempunyai pengaruh itu benar dalam semua perkara.

Kesimpulannya, ilmu mantik amat diperlukan pada masa kini terutama dalam menangkis cabaran pemikiran dan sikap masyarakat yang terlalu mudah percaya dengan isu di laman sosial. Masyarakat seharusnya merujuk kepada sumber autoriti seperti al-Quran, hadis, ijmak ulama dan ilmuwan Islam supaya setiap ilmu yang diperolehi tidak bersalahan dengan ajaran Islam. Sewajarnya ilmu mantik diperkenalkan kepada umat Islam agar kita dapat membezakan di antara ilmu dan pemikiran yang membawa ke arah kebenaran dan yang membawa ilmu dan pemikiran ke arah yang salah dan sesat.

Setiap manusia telah diberikan keupayaan berfikir yang berkembang sejajar dengan pertumbuhan jasmani dan akali. Keupayaan berfikir ini mempunyai berbagai bentuk bergantung kepada tahap-tahap pertumbuhan yang berlainan. Pemikiran seseorang dibentuk oleh persekitarannya dan ini dapat dilihat pada rupa bentuk dan kaedah yang tertentu. Dengan kesungguhan seseorang berupaya membina pemikirannya menjadi matang dan bernas sehingga mengatasi pemikiran terdahulu. Semua itu hanya berlaku melalui pentaakulan dan penghujahan.

Bolehlah dikatakan bahawa kemunculan Mantiq semulajadi, falsafah, dan pemikiran secara umumnya adalah bersekali dengan kewujudan manusia, yakni bermula dengan kelahirannya. Mantiq, yang ditakrifkan sebagai peraturan-peraturan berfikir yang betul, melalui kefahaman (inference) yang menghasilkan kesimpulan-kesimpulan yang benar dan sahih, menjadi panduan kepada manusia dalam soal berfikir dan gerak daya yang berkaitan dengannya.

Secara jujur Kaum Muslimin telah bekerja keras mendalami Mantiq Aristotle dan menguasainya dengan cemerlang berbanding bidang-bidang lain. Semua ini mungkin disebabkan oleh hakikat bahawa karya Mantiq beliau telah di terjemah berkali-kali.

c80f0f1006
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages