Re: Iktibar Daripada Kerajaan Agraria Dan Maritim

0 views
Skip to first unread message
Message has been deleted

Osoulo Lejeune

unread,
Jul 13, 2024, 12:51:39 AM7/13/24
to biobankdankla

Teks ini membahas tentang perkembangan kerajaan awal di Asia Tenggara dan membandingkan faktor-faktor perkembangan kerajaan agraria dan maritim. Kerajaan-kerajaan awal seperti Funan dan Srivijaya tumbuh berkat lokasi strategis, kemahiran pertanian dan perdagangan laut, serta hubungan dengan India dan China. Kerajaan agraria dan maritim sama-sama bergantung pada lokasi, tetapi kerajaan agraria lebihRead less

Kegiatan ekonomi kerajaan maritim bertumpu kepada kegiatan yang berkaitan laut seperti menangkap ikan dan berdagang, manakala kerajaan agraria lebih kepada kegiatan pertanian, penternakan, mengumpul hasil hutan dan kegaiatan perdagangan sistem barter.

iktibar daripada kerajaan agraria dan maritim


Download Zip https://gohhs.com/2yLBiX



Kemahiran penduduk kerajaan maritim lebih kepada penguasaan teknolgi membina kapal dan pelayaran jarak jauh. Bagi penduduk kerajaan agraria mereka mahir dalam membina terusan untuk pertanian dan teknologi membina monumen.

Corak hubungan luar kerajaan maritim lebih kepada hubungan internasional kerana kawasan mereka menjadi tumpuan pedagang-pedagang dari serata dunia seperti China, India, Arab dan Eropah. Manakala hubungan luar kerajaan agraria bertumpu kepada hubungan setempat iaitu dengan wilayah-wilayah di sekitarnya untuk menjalankan perdagangan sistem barter.

Kerajaan Srivijaya menggunakan kaedah peperangan dengan mengerakkan tentera daratnya untuk menakluki kerajaan-kerajaan kecil di Sumatera dan tentera laut digunakan untuk menguasai beberapa kawasan di semenajung Tanah Melayu.

Perkahwinan diraja telah juga dilakukan untuk tujuan perluasan wilayah seperti Raja Balaputra dari kerajaan Sailendra telah berkahwin dengan puteri raja Srivijaya yang kemudiannya ditabalkan menjadi raja Srivijaya.

Pengaruh cerita-cerita dongeng tentang kesaktian raja yang dicanangkan oleh para brahmin yang mengisahkan tentang kesaktian dan kelahiran raja Srivijaya yang luar biasa telah mengerunkan kerajaan kecil. Hal tersebut menyebabkan kerajaan-kerajaan kecil menerima pertuanan dan tunduk kepada kekuasaan kerajaan Srivijaya.

Sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara adalah berasaskan campuran sistem tempatan dan pengaruh Hindu-Buddha. Huraikan Sistem pemerintahan beraja dalam kerajaan awal dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai?

Pertama: Agama Hindu dan Buddha di bawa masuk ke Asia Tenggara oleh golongan sami Brahmin dari India yang datang bersama pedagang-pedagang India. Mereka diberi kedudukan istemewa dan dilantik sebagai penasihat raja dalam hal keagamaan dan pemerintahan.

Terdapat unsur-unsur agama Hindu dan Buddha yang tidak bercangah dengan kepercayaan tempatan seperti unsur pemujaan dewa dan agama Hindu diterima sebagai pelengkap kepada kepercayaan yang sedia ada.

Bahasa Sanskrit pada ketika itu digunakan untuk merakam peristiwa sejarah mengenai keagungan kerajaan dan salsilah raja sebagaimana yang terdapat pada dinding candi dan batu bersurat yang ditemui.

Pengaruh agama Hindu dan Buddha sangat jelas bila kita perhatikan kepada bentuk candi dan ukiran-ukiran yang dapat dilihat sehingga kini seperti Candi Angkor Wat dan Candi Borobudur. Kekuatan pegangan agama digambarkan melalui seni ukir pada candi dan bentuk candi tersebut.

Kerajaan Srivijaya telah mengambil beberapa langkah positif bagi mengiratkan hubungannya dengan China seperti menghantar duta ke China, menjamin keselamatan pedagang-pedagang China di Srivijaya dan berusaha memenuhi permintaan pedagang China terhadap barangan tempatan.

Hubungan rapat itu telah menolong menjadikan Srivijaya sebuah kawasan perdagangan termaju di kepulauan Melayu. Kegiatan perdagangan merupakan sumber pendapatan utama Srivijaya kerana pada ketika itu ia menjadi tumpuan saudagar-saudagar dari China, Arab, dan India Ke pelabuhan entrepotnya yang terkenal itu.

7fc3f7cf58
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages