MUHARAM adalah bulan
pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari
Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah
Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah
Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang',
iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.
Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al
Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas
dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
| Doa akhir tahun: |
: dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada
setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca
doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."
Berikut adalah Doa Akhir Tahun:
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam...Amin...
Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk
waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini
maka akan berkata syaitan, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku
menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada
saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya
setahun."
| Doa awal tahun: |
|
: dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah
telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan."
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam....Amin...
Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu maghrib pada malam 1
Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkaa syaitan, "Telah
amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah
mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."
| Peristiwa-peristiwa penting: |
1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak
terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan
yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
| Amalan-amalan sunat: |
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
| Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram): |
| Kisah Hijrah: |
RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun
apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang
berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda
diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.
Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada
sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima
perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda
segera akur.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan
kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum
kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk.
Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya
supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu
dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan
harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah.
Satu hari pada tahun 622SM, iaitu kira-kira 12 selepas berdakwah di
Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh
baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada
Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya
Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu
malam.
Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq
(ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.
Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib
(ra). Baginda memberitahunya: "Saya akan berhijrah tetapi anda perlu
mengambil tempat saya di rumah." Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti
permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya.
Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW).
Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur
di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak
dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila
fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya
Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu.
Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu.
Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu
juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu
tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr,
Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah. Rasulullah (SAW) dan
Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari
mereka berada dalam gua itu.
Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah
(SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan
Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh
benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT
membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan
Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke
Makkah.
Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as)
meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka,
Abdullah. Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai
untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka
meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka
tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada
Allah SWT.
Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan
Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat
menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya
gagal.
Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan
sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka
dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya
akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.
Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk
Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita
mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang
baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW).
Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di
tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.
Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah (SAW) akhirnya
diumumkan sudah tiba di Madinah. Kaum Muslim semua keluar untuk
menyambut baginda. Rasulullah (SAW) menunaikan solat di sebuah masjid di
Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat
lelaki mereka sanjungi itu.
Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara
Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat
Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala
perintah Allah SWT.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah
adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa
bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.
| Tentang Kaabah: |
Kaabah: Saiz dan Sejarahnya
Saiz Kaabah: Tinggi Kaabah ialah 39 kaki, 6 inci dan keseluruhannya saiznya ialah 627 kaki persegi.
Bilik di dalam Kaabah ialah 13X9 meter. Dinding Kaabah adalah seluas
satu meter. Lantai di dalam ialah 2.2 meter lebih tinggi daripada tempat
orang ramai mengerjakan tawaf.
Siling dan bumbung diperbuat daripada kayu.
Dindingnya diperbuat daripada batu. Dinding di dalam tidak dikilat manakala yang di luar adalah berkilat.
Bangunan kecil ini dibina dan dibina semula oleh Rasul-rasul Adam,
Ibrahim, Ismail dan Muhammad. Tiada bangunan lain mempunyai penghormatan
ini.
Adakah anda mengetahui Kaabah pernah dilanda oleh malapetaka seperti bah selain serangan manusia?
| Nama-nama Kaabah: |
Dalam bahasa Arab, Kaabah bermakna sebuah tempat
tinggi yang dihormati dan penuh kebesaran. Perkataan Kaabah boleh juga
bermakna kiub.
Nama-nama lain adalah:
Kaabah dibina semula 12 kali.
Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali.
Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT
menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk
manusia menyembah Allah SWT.
Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Ismail (as) membina semula Kaabah.
Ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut:
- Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci
- Dinding Hatim adalah 33 kaki
- Dinding antara hajar aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki
- Dinding Barat adalah 46.5 kaki
Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Nama-nama Kaabah:
Dalam bahasa Arab, Kaabah bermakna sebuah tempat tinggi yang dihormati
dan penuh kebesaran. Perkataan Kaabah boleh juga bermakna kiub.
Nama-nama lain adalah:
Kaabah dibina semula 12 kali.
Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali.
Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as). Allah SWT
menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk
manusia menyembah Allah SWT.
Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Ismail (as) membina semula Kaabah.
Ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut:
- Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci
- Dinding Hatim adalah 33 kaki
- Dinding antara hajar aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki
- Dinding Barat adalah 46.5 kaki
Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW).
Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish
Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan
semula ini sebelum baginda menjadi Rasul. Selepas satu banjir kilat,
Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak. Ia perlu dibina semula.
Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish. Rasulullah turut
membantu dalam usaha pembinaan semula ini. Setelah dinding-dindingnya
dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya
di dinding Timur Kaabah.
Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa
mendapat penghormatan meletakkan batu hajar aswad itu. Apabila
pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk
tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar
masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan. Lelaki itu
ialah Rasulullah. Penduduk Makkah bergembira. "Ia adalah al-Amin. Ia
adalah Muhammad," jerit mereka. Baginda menghampiri mereka lalu mereka
memintanya supaya memutuskan perkara itu. Baginda bersetuju.
Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai
kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak. Kain itu
diangkat ke tempat batu itu hendak diletak. Rasulullah kemudian
mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.