cerita--kalau salah tolong betulkan.....

0 views
Skip to first unread message

Zanuddin Nawang

unread,
Aug 26, 2008, 8:41:12 AM8/26/08
to Zanuddin Nawang
Setiap Manusia akan bertindak mengikut sangkaan masing-masing,
sekiranya apa yang di sangkanya itu adalah betul, maka betullah
hidupnya dan apabila apa yang di sangkanya itu adalah tidak betul,
maka gagallah keseluruhan hidupnya..

Oleh yang demikian, Allah telah hantar beribu ribu Nabi dari kalangan
ummat manusia terpilih untuk membetulkan sangkaan ummat manusia..

Sebagai contoh: Di Zaman Jahilian dulu, orang arab sangka tuhan itu
ada sebanyak 360 yang di zahirkan dalam bentuk berhala, dan pakat
pakat sembah siang malam.., lalu datanglah Nabi Akhir Zaman yang
membetulkan sangkaan manusia bahawa, TuHan hanya satu dengan lafaz:
Tiada Tuhan Melainkan Allah, Tiada Yang Berkuasa Melainkan Allah,
Tiada Yang dapat memberi Manfaat atau Mudarat Melainkan Allah,
Kesenangan atau Kesusahan semuanya adalah dalam Kudrat, Kehendak,
Perintah dan Izin Allah Yang Satu

Untuk betulkan sangkaan kita, maka Nabi Muhammad S.A.W telah ajar kita
semua agar betullkan lidah dengan memperbanyakkan ucapan Iman, dan
memperbaharui Iman masing-masing agar kita selalu betul dalam
bersangka terhadap Allah SubhaNahuwaTa ala..

Namun, kerana gagal menjaga lidah masing-masing, ummat hari ini telah
hidup dalam sangkaan yang berbeza.., ada yang sangka bila ada Negara
Islam, senjata islam barulah ummat islam akan berjaya, lalu dengan
sangkaan inilah mereka berdoa dan menyembah Allah.., dan bergerak
mencari pengaruh sedang Sunnah yang asal telah di tinggalkan..

Ada pulak yang sangka bila ada Negara yang Maju, ekonomi yang kukuh,
maka orang kafir akan respek dan kagum dengan orang islam, lalu dengan
sangkaan inilah mereka berdoa dan menyembah Allah.., kerja siang malam
untuk mengukuhkan ekonomi sedang Sunnah yang asal telah di
tinggalkan..

Aku tak nak ulas lebih-lebih, kerana takut yang salah sangka akan
bertambah besar pula salah sangkanya, dan takut yang dah betul
sangkaan akan jadi salah sangka pula..oh!

Tulisan aku dalam blog ini pada sangkaan sesetengah orang adalah
seperti tangan yang menghulur ke dalam air, dan merekapun ambil
peluang untuk mencapai tangan ini lalu timbullah mereka..

Bagi orang yang lain pula, pada sangkaan mereka, tulisan aku ini
adalah seperti umpan yang menghulur ke dalam air, yang mana jika
mereka ngap, aku ngep! he he he, .. dan itu hanyalah sangkaan mereka
semata mata

Apa-apapun, seperti aku nyatakan dari dulu lagi, tulisan aku adalah
nota ugama untuk aku sendiri, aku tak link dengan sape-sape dan aku
tak peduli korang link ke tidak, aku menulis bukan nak suruh korang
jadi seperti aku atau korang kena bersetuju dengan aku, HAKIKATNYA:,
Aku menulis KERANA AKU TAK NAK JADI MACAM KORANG!

Makin banyak perbezaan pendapat aku dengan korang MAKIN TIDAK SAMALAH KITA

Dan tidak samanya aku dengan korang adalah kejayaan besar untuk aku!

Aku berjaya tidak menjadi seperti orang yang aku tidak ingin jadi
iaitu :-Korang!

Woha!

Sebab tu aku tak declare bahawa aku sedang buat Dakwah di sini, Kerana
dakwah yang korang sangka adalah untuk ajak orang berbuat baik,
sedangkan apa yang aku buat adalah bukan sebab nak suruh korang ikut
aku, tapi buat dakwah sebab aku tak nak jadi macam korang! Kerana jika
aku tak buat, maka nampak macam kita sama jer lebih kurang... Maka aku
tetap buat supaya aku tak jadi SALAH macam korang, Dan dah tentu jika
korang ikut, maka korang akan jadi macam orang Dakwah pulak, dan itu
baik untuk korang dan ada jugak saham untuk aku, tapi yang paling
penting, diri sendiri terbaiki apabila kita betulkan Lidah kita dengan
sangkaan yang betul..! faham tak?!!

Akhir kata, Lantakkan sama ada korang nak setuju atau tidak tapi yang
penting korang FAHAM APA YANG AKU FAHAM, bila dah faham barulah layak
korang BETULkan aku..
www.lelakiperkasa.com

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages