MINYAK KELAPA DARA seribu guna menyimpan seribu rahsia

0 views
Skip to first unread message

Zanuddin Nawang

unread,
Sep 1, 2008, 9:17:15 AM9/1/08
to Zanuddin Nawang
Pohon kelapa telah dijadikan Tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi
untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai
kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan
turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang
paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.

Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah-olah
dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan
manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan
bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk
manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula.

Sebenarnya minyak kelapa yang dara iaitu minyak kelapa dara yang
diproses tanpa menggunakan haba atau kimia menyimpan pelbagai khasiat
yang tidak diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara telah
dilakukan oleh pakar-pakar negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi.
Kebanyakan kajian dilakukan keatas penduduk di Kepulauan Pasifik di
mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar-pakar
tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa
yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas
kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu
sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik.
Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung
atau kanser.

Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah
minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana
struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding
dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu
memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa
kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen
dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara
meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang
menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa
dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana
prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan
besar-besaran.

Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor
farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan
besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa
dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh
virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa
besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus,
bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau
menyembuh pelbagai penyakit.

Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar-pakar barat terus
mencari kesan-kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa
dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak
kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna
untuk manusia sejagat.

Kajian-kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa
dara memberi pelbagai kesan positif seperti berikut:


1. meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
2. meningkat kadar metabolisma badan
3. anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
4. anti oxida semulajadi
5. meningkat fungsi kelenjar tairoid
6. melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
7. tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
8. meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
9. berupaya menurunkan berat badan
10. meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
11. membekal sumber tenaga dengan cepat
12. melembab dan melembutkan kulit
13. mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
14. mengurangkan kesan keracunan makanan
15. membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
16. menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
17. mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
18. mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
19. mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
20. mengurangkan risiko dan kesan demam
21. mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
22. mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
23. mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
24. mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air
www.lelakiperkasa.com

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages