Minta
Big Bang dibatalkan
GAMBAR ini
menunjukkan mesin yang Large Hadron Collider yang digunakan untuk menguji teori
Big Bang.
LONDON - Sekumpulan
saintis memfailkan permohonan di sebuah mahkamah di Eropah untuk menghentikan
satu eksperimen bersejarah bagi merungkai rahsia teori Big Bang kerana bimbang
boleh menyebabkan Bumi musnah, lapor sebuah akhbar semalam.
Eksperimen menelan
belanja sebanyak £4.4 bilion (RM27 bilion) itu bertujuan untuk merungkai
misteri kejadian alam semester.
Bagaimanapun, para
saintis bimbang, selain memperoleh maklumat penting berhubung kewujudan
kehidupan, uji kaji paling besar dalam sejarah dunia itu mungkin menjadi punca
hari kiamat.
Dalam eksperimen
tersebut, beberapa saintis membina satu mesin yang dikenali sebagai Large Hadron
Collider dan uji kaji itu akan bermula dalam tempoh sembilan hari
lagi.
Namun, beberapa
saintis bimbang mesin yang dibina di bawah tanah di sempadan Perancis dan
Switzerland itu akan mewujudkan satu lubang hitam yang akan menelan
bumi.
Mesin itu akan
menghentam partikel-partikel sub-atom pada kelajuan cahaya bagi mewujudkan
situasi yang berlaku tidak lama selepas kewujudan alam semester.
Seorang pakar Jerman,
Profesor Rossler berkata, Pertubuhan Eropah Untuk Penyelidikan Nuklear mengaku
bahawa projek itu akan mewujudkan lubang hitam.
Wakil kumpulan saintis
yang mencabar uji kaji itu, Otto Rossler berkata, mesin itu akan mewujudkan
beberapa lubang hitam kecil tetapi dalam tempoh empat tahun ia akan mengembang
sehingga menelan bumi. - Agensi