8 Jalan Pasiran

0 views
Skip to first unread message

Analisa Wack

unread,
Aug 4, 2024, 7:50:34 PM8/4/24
to asglocatkber
SebelumSir Stamford Raffles mendarat di Singapura pada tahun 1819, telah pun wujud beberapa perkampungan di bawah penguasaan pemerintah Temenggung Abdul Rahman. Dianggarkan terdapat 1,000 penduduk iaitu kira-kira 500 Orang Kallang, 200 Orang Seletar, 150 Orang Gelam mendiami kawasan Sungai Singapura dan 200 Orang Laut di daerah Keppel Harbour.1

Sebelum kedatangan Inggeris, pendatang-pendatang perlu mendapatkan izin Temenggung untuk membuka penempatan baru, berkebun atau mengusahakan hasil mahsul tanah. Kuasa Temenggung ini berterusan hingga termeterainya perjanjian 1819 dengan Kompeni Inggeris melalui Surat Perjanjian bertarikh 26 Jun, mengenai Pembahagian Hak dan Kedudukan Penduduk.2


Professor Madya Hadijah Rahmat dalam bukunya, Kilat Senja telah menyenaraikan lebih 90 perkampungan yang pernah wujud di Singapura.3 Kebanyakan perkampungan Melayu terletak di persisiran pantai timur dan barat lantaran corak ekonomi berasas laut serta faktor kemudahan dan pengangkutan masa itu. Selain itu tersenarai juga beberapa kampung lain yang terletak di kawasan tengah Singapura seperti Kampung Cantek, Kampung Tempe, Kampung Woodleigh dan Kampung Pasiran.


Dari simpang Newton Circus ke Kampung Pasiran yang bersaiz 10 ekar tanah, perjalanan kaki mengambil masa kurang dari 5 minit sejauh lebih 1 km. Pada awal tahun-tahun 1920an terdapat dua buah kolam ternak ikan dan udang milik seorang taukeh Cina, Ah Seng.4


Cikgu Kader Suradi, 73 tahun (cicit Haji Latib Samydin), penduduk asal kampung itu mengimbau bahawa ibunya, Hajah Siti Haji Siraj (Wak Siti) lahir di Kampung Pasiran pada tahun 1910. Dari tarikh kelahiran ini dapat dirumuskan bahawa Kampung Pasiran telah wujud sebelum awal abad ke 20 lagi.


Lantaran tarikan ekonomi untuk berkerja di estet keluarga Alsagoff ini, pendatang-pendatang baru dan penduduk dari kampung lain (seperti Kampung Haji Alias di Coronation Road) datang ke Kampung Pasiran dan Bukit Tunggal. Justeru, keluarga Alsagoff memainkan peranan yang penting dalam penempatan awal Kampung Pasiran kerana ia telah memberi ruang dan peluang ekonomi sekali gus membaiki taraf kehidupan orang orang kampung di kawasan itu.


Pada awalnya terdapat kurang dari 10 pintu rumah-rumah papan setingkat beratapkan zink didirikan di situ. Setiap unit rumah yang dapat menampung lebih 18 ahli keluarga dari 3 generasi mempunyai 3 hingga 4 bilik tidur, bilik tamu, bilik makan, dapur dan bilik air tersendiri. Penduduk kampung yang berkemampuan telah membina rumah-rumah bersebelahan rumah induk mereka dan disewakan dengan harga 5 hingga 6 dollars sebulan (termasuk kos bekalan api dan air pada tahun-tahun 1950an. Sewa rumah ini kemudian meningkat kepada $50 (sebulan di tahun-tahun 1970an).


Bekalan air minum dan masak adalah dari sebuah perigi bersebelahan sebuah kolam sedalam lebih 10 kaki ini yang dikatakan tidak pernah kering dan tidak diketahui siapa penggali kolam itu.6 Selain itu setiap rumah mempunyai perigi mereka sendiri yang digunakanuntuk pembersihan. Mereka menggunakan lampu minyak tanah dan dapur kayu untuk memasak dengan memungut kayu-kayu dari estet kawasan sekitaran.


Kampung Pasiran tidak menyimpan banyak peristiwa dengan askar-askar Jepun kerana hubungan baik penduduk kampung dengan askar Jepun. Askar-askar Jepun juga dikatakan sentiasa memantau kampung itu khususnya kegiatan pemuda-pemuda kampung dengan meronda kawasan itu terutama waktu malam. Ada juga penduduk Kampung Pasiran yang mempunyai pertalian keluarga di Johor telah melarikan diri kerana khuatir dijadikan buruh paksa pembinaan jalan kereta api maut di sempadan Siam-Burma. Hajah Satimah Mohd. Said, 81 tahun (bekas penduduk asal kampung) mengimbau ingatan hubungan penduduk kampung dengan askar-askar Jepun yang saling hormat menghormati walaupun tentera Jepun sering mengambil air dari perigi dan ubi kayu, keledek serta keladi atau meminta telur ayam penduduk kampung itu tidak dengan paksaan.


Pengalaman pahit di tahun-tahun pendudukan Jepun telah membangkitkan semangat bantu diri dan kerjasama ekonomi di kalangan penduduk-penduduk Kampung Pasiran. Semangat gotong royong dan harapan untuk mempertingkatkan taraf hidup telah mencetuskan idea penubuhan Syarikat Kampung Pasiran pada 3 Disember 1946, syarikat kooperatif jimat cermat melalui simpanan tetap dari gaji ahlinya setiap bulan. Selain dapat berbangga dengan kejayaan syarikat ini meningkatkan taraf ekonomi ahlinya, ia juga merupakan di antara kooperatif kampung yang masih aktif hingga sekarang.9


Di tahun-tahun lima puluhan, penduduk Kampung Pasiran terus membangun dan bersaing untuk kemajuan. Hasil peningkatan taraf pelajaran anak-anak mereka, ramai yang menjadi usahawan sendiri, berkerja sebagai guru, pegawai polis, dan pegawai pemerintah.


Sementara itu suri rumah mengambil peluang berniaga kecil-kecilan dari rumah (seperti kuih muih dan kerepek pisang), membuka warung-warung makanan di tepi jalan dan menyediakan khidmat pembekal makanan untuk majlis-majlis. Mereka menjadikan usahaniaga makanan sebagai sumber pendapatan menyarai kehidupan keluarga.


Lazimnya masjid berfungsi sebagai pusat masyarakat Melayu/Islam kerana peranan agama, sosio-ekonomi dan sosio budayanya. Tidak terkecuali Masjid Abdul Hamid Kampung Pasiran yang dibina dari hasil usaha dan peninggalan penduduk asal kampung itu. Ia mengambil sempena nama Haji Abdul Hamid Ahmad Marang, hartawan Marang, Terengganu yang membiayai pembinaannya. Beliau berasal dari Kampong Jagoh (Telok Blangah, Singapura).


Menurut sejarahnya, beliau datang ke Kampung Pasiran pada tahun 1931 untuk membeli tanah dan berjumpa Haji Abdul Latib bin Samydin. Sejurus mengetahui niat Haji Abdul Hamid ingin mendirikan masjid di atas tapak tanah yang bakal dibelinya, Haji Abdul Latib lantas mewakafkan tanahnya yang berukuran 189,45 kaki persegi di tapak tanah nombor unit 10 dan 12, Gentle Road sebagai tapak masjid kampung itu.


Sebagai pusat sosial selain fungsi keagamaan, Ustaz Haji Amir Rais yang pernah bertugas di masjid itu bukan sahaja mengajar ilmu agama malah mentadbirkan kelas-kelas tiusyen bagi pelajaran sekular seperti Matematik dan Bahasa Inggeris sebelum diambil alih oleh pihak MENDAKI kemudiannya.


Sebuah sekolah yang terkenal di persekitaran itu dan kekal terpahat dalam ingatan generasi lama pada tahun-tahun 1960an hingga 1970an ialah Sekolah Rendah Perempuan Melayu Bukit Tunggal (SPMBT) yang pernah berdiri di Simpang Gilstead Road dengan Gentle Road (di tapak bangunan Revenue House).


Tahun-tahun 1960an menyaksikan banyak sekolah-sekolah Melayu dibuka termasuk bangunan dua tingkat Sekolah Rendah Perempuan Melayu Bukit Tunggal (SPMBT) ini yang dibina di tapak bekas kolam Kampung Pasiran dulu.


Sekolah ini dibuka pada awalnya kepada penuntut-penuntut perempuan darjah satu. Pelajar-pelajar darjah 2 hingga 6 adalah yang dipindahkan dari Sekolah Perempuan Melayu Scotts Road pada 3 Januari 1961. Ia dibuka dengan rasminya pada 30 Julai 1963 oleh Setiausaha Parlimen (Pendidikan) Encik Lee Khoon Choy dan dihadiri oleh Menteri Pendidikan, Encik Yong Nyuk Lin.


Di bawah kepimpinan guru besar sekolah ini, Cikgu Aishah Murkani dari tahun 1961 hingga 1974 yang dibantu oleh penolong-penolong guru besar termasuk Cikgu-cikgu Marhamah Mohd Zain, Buang Mohd Amin, Sukinah Abu dan Jumaiyah Masbin, sekolah ini telah melahirkan ramai pelajar-pelajar perempuan cemerlang di lapangan masing-masing.


Setiap bilik darjah dilengkapkan dengan sebuah almari kecil berbentuk buku yang boleh dikatup bila tamat waktu sekolah. Ia dapat menampung hingga 40 buku yang disediakan oleh pihak sekolah serta sumbangan dari guru-guru dan pelajar-pelajar.


Perpindahan penduduk-penduduk kampung ini ke estet perumahan moden dan penjualan tapak dan tanah rumah pusaka untuk pembangunan rumah-rumah mewah seawal tahun-tahun 1970an telah membawa perubahan kepada kawasan dan masjid itu. Dengan penjualan rumah sebandung keluarga Melayu terakhir di situ pada tahun 2008 dengan harga $6.5 juta, maka tamatlah penempatan penduduk Melayu selama lebih seabad di Kampung Pasiran. Pembangunan kawasan berdekatan pula dirancakkan dengan terbinanya Stesen MRT Novena, Hospital Tan Tock Seng, kompleks pusat membeli belah canggih dan beberapa bangunan komersil lain.


Pastinya, Kampung Pasiran dan Bukit Tunggal kekal mewarnai sejarah masyarakat Melayu di Singapura dan kenangan kehidupan di sini akan terus tersemat dalam ingatan bekas penduduk-penduduknya di manapun kini mereka menetap. Namun begitu generasi muda bekas penduduk kampung ini diharapkan dapat melanjutkan usaha menggali dan merakamkan sejarah kampung ini dengan lebih meluas lagi agar mereka dapat mengenali jati diri masing-masing dan mengabadikan warisan generasi lama.


Hadir dalam kegiatan tersebut diantaranya Lurah Pasiran Andreas Aan S.Ak, Bhabinkamtibmas Kelurahan Pasiran Bripka Efesus, S.H., Babinsa Kelurahan Pasiran Serda Darmaji dan Serda Safwan Rizal, Staf Kelurahan Pasiran, Ketua RT.01 dan RT.59 serta warga sekitar, Karang Taruna Bhineka Pasiran.


Selain memperbaiki jalan, kegiatan ini juga menjadi ajang untuk mempererat hubungan antara Tiga Pilar Pemerintahan dengan masyarakat. Melalui kerja bakti ini, masyarakat dapat berpartisipasi aktif dalam pembangunan dan merasakan manfaat langsung dari hasil kerja mereka.


Warga masyarakat juga merasa senang dan terbantu dengan adanya kegiatan ini. Mereka merasa bahwa pemerintah dan Tiga Pilar Pemerintahan peduli terhadap kondisi lingkungan mereka. Selain itu, kegiatan ini juga memberikan rasa kebersamaan dan solidaritas antara warga setempat.


Diharapkan kegiatan kerja bakti jalan swadaya ini dapat terus dilakukan secara rutin oleh Tiga Pilar Pemerintahan dan warga masyarakat Kelurahan Pasiran. Hal ini bertujuan untuk menjaga kondisi jalan yang baik dan nyaman serta menciptakan lingkungan yang bersih dan sehat di wilayah tersebut.(Cs)


PELITARIAU, Inhu - Saat musim penghujan, badan jalan yang berada di satuan permukiman pasiran jalan hang lekir gang sempurna, Kelurahan Kambesko, Kecamatan Rengat, Kabupaten Indragiri Hulu (Inhu) terendam banjir. Akibatnya aktifitas warga terhambat sebab semenisasi gang sempurna yang ada sekarang tidak sampai ke tepi sungai.

3a8082e126
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages