Fw: Isu gelang bermagnet/berubat

1 view
Skip to first unread message

Hajar Mohamed

unread,
May 28, 2008, 10:43:42 PM5/28/08
to asas...@googlegroups.com, kid...@yahoo.com, SSA...@maxis.com.my, stat...@yahoogroups.com

----- Forwarded by Hajar Mohamed/PAHANG/UiTM on 05/29/2008 10:54 AM -----

Wan Asmadi Tuan Bakar/PAHANG/UiTM

05/26/2008 10:59 AM

To
UiTM Pahang Users
cc
Subject
Isu gelang bermagnet/berubat




Berita Barian 26/05/08
 
Pemakaian menyerupai perempuan, daripada emas adalah haram: Ketua Penolong Mufti Perak

IPOH: Pemakaian gelang bermagnet yang dikatakan mempunyai unsur perubatan dan menjadi trend kini adalah harus sekiranya memenuhi empat syarat yang ditetapkan, kata Ketua Penolong Mufti Perak, Zamri Hashim.

Beliau berkata, syarat pertama ialah pemakai gelang bermagnet itu tidak beri'tiqad (kepercayaan atau keyakinan di dalam hati) bahawa gelang itu memberi kesan kerana yang memberi kesan adalah Allah.

"(Kedua) Tidak berniat memakai gelang itu kerana menyerupai wanita dan bukan bertujuan untuk bermegah-megah kerana semakin lahir kebelakangan ini trend menghiasi gelang dengan aksesori seperti perhiasan wanita. Haram memakai gelang yang diperbuat daripada emas," katanya di dalam satu kertas kerja ringkas yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Perak di sini.

Beliau berkata, syarat seterusnya ialah gelang bermagnet itu mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa.

"Bukti itu mestilah datang daripada doktor atau ahli sains yang amanah lagi thiqah (boleh dipercayai). Tidak memadai hanya dengan penerangan jurujual saja," katanya.

Zamri berkata, syarat terakhir ialah jika pemakaian gelang itu menimbulkan fitnah terhadap maruah mereka yang memakai, maka lebih baik pemakai gelang bermagnet itu memakai baju berlengan panjang yang dapat menyembunyikan pemakaian gelang berkenaan.

Beliau mengakui ada dua pandangan berkenaan isu pemakaian gelang bermagnet iaitu pandangan pertama menyatakan ia haram dipakai kerana menyerupai perempuan, manakala pandangan kedua ia harus dipakai kerana bertujuan berubat dengan masing-masing mengemukakan dalil mereka.

"Oleh kerana perkara itu telah menimbulkan perselisihan pandangan antara ilmuan, maka kaedah yang dicadangkan oleh Imam As Suyuti iaitu keluar dari khilaf (keliru) adalah digalakkan," katanya.

Beliau berkata, kertas kerja ringkas itu sekadar membawakan penghujahan kedua-dua pihak dan cuba membuat kesimpulan sekadar yang mampu supaya masyarakat mendapat gambaran terhadap perbincangan yang berlaku.

"Perbincangan ringkas ini masih boleh diberi pandangan oleh pembaca dengan membawa dalil dan hujah tetapi jangan sampai memanjang-manjangkannya sehingga terlupa kepada isu yang lebih penting," katanya. – Bernama



Berita Barian 26/05/08




====================
Wan Asmadi Tuan Bakar
Juruteknik Komputer
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages