Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh,
Ustaz/Ustazah yang dihormati,
KALENDAR LATIHAN BAGI PENINGKATAN SKIM PENGIKTIRAFAN ASATIZAH (ARS)
Semoga Ustaz/Ustazah berada di bawah ‘inayah Allah SWT dalam
menjalankan tugas seharian, insyaa Allah.
1. Seperti yang sedia maklum mengenai peningkatan skim ARS melalui
media sejak akhir-akhir ini, skim peningkatan ARS ini telah
dilancarkan secara rasmi oleh Sohibus Somahah, Mufti Negara Dr. Fatris
Bin Bakaram pada 11 Feb 2012 di oditorium Hab Islam Singapura. Ia
tercetus hasil maklum balas dari para asatizah ARS dan juga orang
awam. Keperluan untuk peningkatan skim ini menjadi lebih ketara dalam
lanskap dakwah yang senantiasa berubah dimana ia memerlukan asatizah
yang berkemampuan, berkelayakan dan juga berakhlak mulia. Melalui
peningkatan skim ini, asatizah senantiasa di dalam proses peningkatan
dari segi pengetahuan am, kemahiran dan etika profesionalisma.
2. Dengan bermatlamat sedemikian, kehadiran Ustaz/Ustazah dalam
penyertaan latihan diwajibkan. Ustaz/Ustazah dikehendaki untuk
memenuhi sekurang-kurangnya 10 jam latihan setiap tahun mulai 2012.
3. Buat pendaftaran latihan, sila hubungi Ustazah Siti Noor Hidayah
Binte Abdul Ghani di talian 6346 9346, faks 6346 3450 pada waktu
pejabat atau email
hid...@pergas.org.sg.
Sokongan dari Ustaz/Ustazah ke atas skim ini serta kerjasama didahului
dengan Syukran Jazilan.
Wassalamualaikum Wrth Wbth.
Salam hormat,
Siti Noor Hidayah Binte Abdul Ghani
Pegawai Eksekutif ARS
ARS Sekretariat
PERGAS