Maklumat ringkas mengenai program AEDP/Program Eksekutif Pembangunan Asatizah pada 31 Mac 2012

6 views
Skip to first unread message

ARS.GROUP

unread,
Mar 7, 2012, 3:42:12 AM3/7/12
to ars_...@googlegroups.com, fai...@pergas.org.sg
Assalamu'alaikum Wrth Wbth,

Semoga Ustaz/Ustazah berada di dalam keadaan sihat sejahtera, serta sentiasa di bawah 'InayahNYA di dalam menjalankan tugas seharian, insyaAllah.

Akademi MUIS dengan kerjasama PERGAS akan menganjurkan Program Eksekutif Pembangunan Asatizah atau lebih dikenali sebagai program AEDP.
 
Ia adalah diantara program WAJIB menyusuli peningkatan ARS.
 
Ustaz/Ustazah yang menghadiri akan mendapat 7 jam kredit. Ini bermakna, hanya perlu memenuhi baki 3 jam kredit
(untuk genapkan menjadi 10 jam kredit )
 
Berikut adalah butiran program tersebut:

Tarikh: 31 Mac 2012 (Sabtu)
Masa: 8:30 pagi - 5:00 petang (Jamuan pagi/tengahari/petang disediakan)
Tempat: Oditorium, tingkat 1
               Masjid Al-Mukminin
               271 Jurong East St 21
 

Objektif utama program adalah untuk mengetengahkan isu-isu perubahan lanskap dakwah dan tren-tren mendatang yang bakal mempengaruhi peranan asatizah dan dakwah di Singapura.

Program Pembangunan Asatizah (AEDP) ini dibuka untuk asatizah di bawah
ARS sahaja.
 
** Sila lihat lampiran poster AEDP
** Harap maklum terdapat beberapa perubahan pada pensyarah.

Daftar segera sebelum 24 Mac 2012!
Tempat terhad kepada 70 peserta sahaja!
Yang dahulu akan didahulukan. 
 
*Bagi asatizah yang sudah pernah hadiri program ini, tidak perlu hadir lagi.
Harap dapat berikan peluang bagi yang belum hadir. Walaubagaimanapun, jika ada tempat lagi, kami akan meraikan.

Sila RSVP kehadiran kepada Ustazah Noor Hidayah 63469346/ ars.secretariat@pergas.org.sg atau 
Ustaz Mohd Faisal 63469349.

Syukran Jazilan Wassalamualaikum Wrth Wbth
 
 
AEDP Poster R3 pdf.pdf
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages