Movie Premiere Evolusi Kl Drift 2, brought to you by IRC Carnival 2010

11 views
Skip to first unread message

Puteri Shazanna Zawiyah

unread,
Feb 16, 2010, 12:22:43 AM2/16/10
to ***afiq syg***, afif...@gmail.com, Maryam Farzanah, diAH cantik bgt, anti, Ce Nazz, PE Suria, tidjA cve, Dayang Nazariah, arai, arif amin, Sm Azfar, Sm Aqilah, Ce Fikri, laila sakinah CE, Ce Balqees, mark Sm, Sm Amirul, Sm Syazwin, maylin SM, atih Sm, semerak...@googlegroups.com, Sm Nuek, Sm Zaher, ane-iw...@googlegroups.com, Brunei Nina, Ce Acoi, Nadia Ezzaty PE, molly kueh, Sm Gori, aziz...@gmail.com, Siti Zubaidah Bt Jerai (REGISTRAR/UTP), lyam...@gmail.com, Ce Linda, Lilik PHP, linda iCt, Ikram, Ikhsan, Ikhwanul PE, Jerry CASFUMAL, Sh Sarah Sy Jalil, a.m.y.l.e...@gmail.com, aishah chemi, jayizajamil PHP, Luqman Hasan, PG Borg, a.wa...@gmail.com, ichad...@gmail.com, Me Khairin, Me Paan, ssaira267, amsyaz...@gmail.com, Indra
MOVIE PREMIER !!

For the first time, we are going to have a movie premiere HERE!
We are proudly bring you EVOLUSI KL DRIFT II
 

Date    : 23 FEB 2010 
Time   : 8 p.m. -11 p.m.
Venue : Chancellor Hall UTP
Fee     : RM12

 Why do you need to join?
 
-Standard movie premiere ticket is RM50
-Showing 1 month earlier  (cinema on 25th Mac)
-Red Carpet, Lucky Draw (VIP backstage pass), 30 door gift
-Special appearance by the actors & actress
-Limited Seats
-1st ever in UTP, priceless experience
-Collaborate with Skop n Grand Brilliance
  
Contact : Noraishah : 0195695246 
or any IRC Carnival 2010's committee
 
 
 
SINOPSIS (Bahasa Melayu)
 
Litar lumba kehidupan Zack dan Sham masih panas dengan geseran tayar-tayar episod cerita yang bertimpa pada iklim manusiawi yang sentiasa keras hati,sukar menunduk diri walau apa jua yang terjadi dalam diksi-diksi kompleksiti.

Status jaguh handalan pada litar perlumbaan haram sudah berubah menjadi jaguh lumba drift profesional bagi Zack.
Bagi Sham pula,cita-citanya untuk menjadi drifter telah terkubur setelah diragut oleh tragedi malang yang menimpanya sehingga dia menjadi tempang berteman tongkat sebagai bantuan. Denyut nadinya menghambat hangat membawa kenangan berdarah sebagai dinding pemisah jiwanya dan jiwa Zack.

Prasyarat agar diajarkan ilmu drift dijadikan sebagai persetujuan untuk Sara berkerja sebagai mekanik di bengkel Zack.

Joe terselamat dari kemalangan yang lepas tanpa diketahui sesiapa seawalnya. Saga dendam episod dua jelas tertera pada raut wajah Joe yang kini berparut.

Pihak polis gagal mencungkil rahsia yang mampu dijadikan bukti agar Carl ditahan dan dikenakan hukuman.Lantas dia dibebaskan dengan amaran keras dia akan dipantau pada setiap anjakan masa.

Joe dan Carl bersatu semula membina empayar dari keruntuhan silam.Dendam pada Zack dan Sham ingin segera dilunaskan namun mereka sedar,empayar perniagaan dadah di kota metropolitan Kuala Lumpur perlu dikuasai terlebih dahulu agar dengan kuasa yang mereka ada,mereka mampu menakluk semua strata masyarakat kota bagi memudahkan mereka untuk mendapatkan Zack dan Sham.

Beberapa kes pembunuhan telah dikenal pasti berlaku di beberapa lokasi yang disyaki merupakan ‘sarang’ aktiviti Joe dan Carl.Inspektor Azmi telah membuat penyiasatan terperinci dan semua bukti yang diperoleh seolah cebisan-cebisan gambar yang mampu disatukan,membentuk wajah kejam Joe dan Carl.

Hubungan Zack dan Sara makin intim.Dalam diam,Zack menaruh hati pada Sara.
Antara Zack dan Sham pula,hubungan mereka baik namun jelas masih ada rasa yang bersisa pada jiwa Sham yang masih tidak mampu diterka.Dia sering emosi dan mudah berkecil hati ekoran rasa cemburu pada kejayaan Zack menjadi jaguh lumba drift profesional.Tanpa jemu,Zack menggunakan pelbagai cara untuk mengambil hati dan meraih kepercayaan Sham pada dirinya semula.

Dalam masa yang sama,Inspektor Azmi cuba mendekatkan diri dengan Zack,dengan harapan agar Zack mampu membantunya dalam penyiasatan.Namun Zack sudah serik dengan semua insiden yang telah terjadi sebelum ini dan enggan memberikan kerjasama kepada Inspektor Azmi.

Tanpa dijangka,Zack telah diperangkap oleh Joe dengan penemuan dadah oleh pihak polis di bengkelnya.Tanpa berfikir panjang,Zack melarikan diri kerana takut dituduh bersalah.Sara menjadi pendamping setia Zack dalam semua keributan yang berlaku.

Sham diasak dengan pelbagai pertanyaan dalam siri soal siasat yang dilakukan oleh Inspektor Azmi.Dia menyebelahi Zack dan tidak memberi maklumat mengenai kehilangannya bersama Sara.Keadaan menjadi lebih cemas apabila Sham diculik oleh Joe dan Carl.Dia dibelasah teruk dan diseksa habis-habisan agar memberitahu di mana Zack sebenarnya berada.

Zack diburu oleh polis dan Joe..

Bagaimanakah kesudahan perlumbaan pada litar kehidupan mereka kali ini..

Adakah mereka mampu mencecah garis penamat tanpa sebarang komplikasi..
Sama-sama kita saksikan..

Ketatkan tali keledar anda dan rasai gegarannya dalam pusingan drift pada layar
EVOLUSI KL DRIFT II.

Pelakon-pelakon Utama EKLD 2:

Zack - Syamsul Yusof
Sham - Farid Kamil
Sara - Scha Al Yahya
Joe - Aaron Aziz
Carl - Shaheizy Sam
Inspektor Azmi - Remy Ishak

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages