Fwd: [srcutp 2009/10] Election 07/10/2010 (Today); Interview with President of SRCUTP 2009.10

1 view
Skip to first unread message

ahmad umair

unread,
Oct 6, 2010, 9:18:20 PM10/6/10
to utp_civi...@googlegroups.com, marsyaiw09, halal-...@googlegroups.com, Expo of Halal Fest 09, ane-iw...@googlegroups.com


---------- Forwarded message ----------
From: hanIf humam <han...@gmail.com>
Date: 2010/10/7
Subject: [srcutp 2009/10] Election 07/10/2010 (Today); Interview with President of SRCUTP 2009.10
To: srcutp-200910- <srcutp-...@googlegroups.com>, Izzuddin <izz...@gmail.com>, Hasmadi <digita...@gmail.com>, utpclubp...@googlegroups.com, class-rep <clas...@googlegroups.com>


Salam/hi,


Who don't understand Bahasa, please find the attachment for english version.


Please spread to others, lets raise the awareness of election and improve the percentage of voters.

___________________________________________________________________________________________________


Temuramah bersama Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi PETRONAS


logo new copy.png


hanif.jpg


Hari ini UTPress berkesempatan menemuramah seorang pemimpin mahasiswa yang tidak asing lagi di bumi UTP, iaitu saudara Muhammad Haniff bin Humam yang merupakan mantan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar MPPUTP sesi 2009/2010. UTPress mengambil kesempatan ini sebagai peluang yang terbaik untuk mendapatkan input perkongsian dan saranan beliau kepada para pelajar UTP bersempena Pilihanraya Kampus yang akan berlangsung esok.


S1:  Saudara Haniff, tamat sudah sepenggal saudara memegang jawatan sebagai  Presiden MPPUTP malah ini merupakan kali kedua saudara menerajui kerusi Majlis Tertinggi MPPUTP, apakah yang mendorong saudara untuk bergiat dengan serius sebagai MPPUTP?


J1:  Bagi saya perkara ini merupakan suatu yang sangat suka untuk saya kongsikan. Perlu diingatkan bahawa yang pertama sekali, menjadi MPPUTP bukanlah suatu perkara yang mudah malahan secara jujur, perkara yang pahit lebih banyak daripada perkara yang menggembirakan. Bagi saya menjadi MPP bermaksud ‘sudah bersedia’. Sudah bersedia ini adalah mengorbankan segala jenis kegembiraan kerana dihadapan kita ada suatu tanggungjawab yang besar yang tidak boleh tidak mesti dilaksanakan. Tanpa mengira apa jua bentuk pengorbanan tidak kiralah tenaga, wang, masa dan kadangkala secara jujur akademik juga menjadi korban. Kadang-kadang saya dapat rasakan apabila berada di dalam kelas, ramai yang cuba untuk mengelak daripada menjadi ahli kumpulan projek atau tugasan dengan saya kerana gara-gara takut saya tidak dapat memberi komitmen dengan baik. Kadang-kadang terpaksa naik turun ke Kuala Lumpur dan lokasi lain bagi menghadiri persidangan dan mesyuarat bersama MPP universiti lain. Namun, sebenarnya saya mempunyai beberapa matlamat disebalik minat menjadi MPP yang sentiasa mendorong saya untuk kuat menghadapi perkara sebegitu. Yang pertama adalah perjuangan menegakkan kebajikan pelajar dan yang kedua ialah mengangkat martabat Majlis Perwakilan Pelajar UTP setaraf dengan universiti-universiti lain.  Dua matlamat inilah yang menjadi prinsip perjuangan dalam MPPUTP.


S2: Mungkin saudara Haniff boleh terangkan dengan lebih lanjut istilah perjuangan dan mengangkat martabat MPP sebentar tadi. Kerana rata-rata pelajar UTP sebenarnya merasakan tidak perlu ada MPP untuk perjuangkan hak mereka. Malah ada yang mengatakan MPP ini hanya sekadar boneka Pihak Pengurusan.


J2:  Soalan cepumas yang saya rasa sudah menjadi asam garam sebagai MPP. Pada suatu sudut yang lain, saya sebenarnya meraikan kritikan-kritikan seumpama ini kerana apabila lebih ramai orang memerhati MPP, maka MPP akan menjadi lebih baik. Inilah pegangan politik yang saya pegang iaitu Participatory Democracy yang mewujudkan suasana yang terbuka dan luas untuk mengkritik dan membuat keputusan. Pernah dahulu, ada cadangan untuk menutup shoutbox di UTPress tapi saya tidak benarkan kerana biarlah pelajar mengkritik, mereka perlu diberi ruang yang luas. Jika kita sebagai kerajaan mahasiswa membantah ruang itu, apatah lagi pihak pengurusan dan kerajaan yang tidak pernah memahami perasaan pelajar-pelajar. Cuma bahasa yang digunakan perlulah diperbaiki. MPPUTP 2009/10 bagi saya suatu era yang mengembalikan kedudukan sebenar MPP sebagai pejuang berteraskan kebajikan. Kami bermula dengan suatu isu sangat dekat dengan para pelajar iaitu isu kafetaria. Mungkin ini adalah ruang untuk menceritakan beberapa babak dalam isu ini. Pihak maintenance yang menguruskan kafetaria menggelarkan kami pasukan penyiasat. Mana tidaknya, kami selidik sehingga ke peringkat dokumen-dokumen tender pihak kafetaria dengan UTP. Kami membuat pertemuan beberapa pihak antaranya pertemuan bersama Trios (Western, Al-Quds dan Water World),De Jernih dan Maintenance dan sebagainya sehingga ke lewat malam. Alhamdulillah, akhirnya geng Trios dapat kembali ke UTP. Antara isu lain yang kami cuba bawa pada sesi kali ini ialah kemudahan fasiliti terutamanya sukan. Kami telah membawa isu basketball ring dan dewan badminton yang tidak cukup. Walaupun isu  basketball ring menimbulkan konflik suatu ketika dahulu kerana ada pihak mengatakan bukan MPP yang perjuangkan, cuba dipertahankan oleh MPP melalui EXCO saya suatu ketika dahulu yang membalas semula bahawa Tn Hj Md Noor sendiri telefon dihadapan mata mereka lalu keesokan harinya basketball ring tersebut telah berganti. Namun, itu semua tidak penting dan bagi saya apabila isu tersebut sudah selesai, maka siapa yang berjasa itu tidak penting. Selain itu juga ada isu kontroversi berkenaan Penajaan PETRONAS. Saya pasti masih ada segelintir yang tidak berpuas hati dengan cara MPP menangani isu terbabit. Bagi kami, segalanya telah kami buat yang terbaik sehingga isu ini dibawa melalui pembentangan kepada Naib Presiden PETRONAS, Pn Juniwati dahulu. Namun, fakta hitam putih itu menjadi tembok pemisah antara kehendak dan kebenaran. Mengenai martabat menaikkan MPP ke suatu tahap yang sama dengan IPT-IPT lain sememangnya menjadi target kami terutama pada semester kedua. Antara perkara yang telah kami perbuat ialah memenuhi jemputan rancangan Suara Siswa RTM1 dan menjadi pembentang kertas kerja Mesyuarat Perundingan Pelajar Kebangsaan di hadapan Timb Perdana Menteri 1. Untuk Suara Siswa, pada tahun ini sahaja kita telah masuk 3 kali sebagai panel dan memberikan pandangan mengenai isu-isu yang rancak berlaku di dalam negara. Di peringkat MPPK, kami menjadi satu-satunya pembentang dikalangan IPTS seluruh negara dengan mengangkat isu alam sekitar. Tajuk pembentangan kami ialah Transformasi Drastik ke Arah Melahirkan Masyarakat yang Cakna dengan Isu Alam Sekitar. Kali ini juga kami berjaya membuat dua konferens yang disertai oleh mahasiswa Malaysia iaitu Intellectual Convention dan Green Future Conference. Walaupun banyak perkara yang perlu diperbaik, bagi saya ia sudah cukup baik untuk menjadi permulaan kita ke arah menasionalkan MPPUTP.


18022010641.jpg

pix_gal0.jpg


S3:   Banyak rasanya sudah dikongsikan oleh saudara Hanif. Soalan kedua terakhir, apakah kenangan yang paling manis sepanjang saudara berada dalam MPPUTP?


J3. Saya lebih suka untuk menceritakan pengalaman paling menarik kerana dengan itulah yang memotivasikan kita dalam banyak perkara. Ambil sahaja contoh pada baru-baru ini iaitu Green Concert yang diadakan pada 5 Oktober 2010. Ini kerana, kita seringkali mendengar bahawa terdapat dua jenis golongan di UTP iaitu golongan Masjid dan golongan penggemar muzik yang tidak ‘ngam’ dari dulu. Selari dengan peredaran zaman, konsert hijau ini bagi saya suatu pengalaman yang menarik untuk menyatukan dua golongan ini. Keterbukaan kedua-dua pihak dalam memahami keadaan pihak yang lain menjadi suatu tanda aras semangat toleransi sesama pelajar UTP. Konsert ini saya kira telah melalui pelbagai mehnah dan tribulasi antaranya mendapat tentangan daripada Rakan Masjid sendiri pada peringkat awal. Setelah melalui beberapa siri perbincangan, akhirnya konsert ini dapat dibuat dengan kehadiran dua-dua belah pihak. Pemisahan penonton lelaki dan perempuan  dan pemilihan tema yang tidak melalaikan menjadi perkara yang menjadi toleransi kedua-dua pihak. Usaha sebegini perlu diteruskan dengan memperbaiki elemen-elemen yang dirasakan tidak perlu.


Backdrop Green Concert.jpg


S4:  Bersempena pilihanraya MPPUTP 2009/10 yang bakal berlangsung esok, apakah saranan saudara Haniff kepada semua warga kampus?


J4. Undi pada hari ini akan menentukan nasib pada hari esok. Jika kita fikir ia tidak akan menguntungkan diri kita, maka fikirlah untuk kebaikan orang lain. Semester hadapan akan menjelma dengan pelbagai cabaran yang saya kira sangat berat antaranya perubahan sistem akademik UTP iaitu 7 semester belajar (termasuk Internship Sem) bagi Engineering kepada 8 semester belajar (tidak termasuk Internship Sem), PETRONAS  yang bakal mengurangkan jumlah tajaan dari sudut tajaan pelajaran dan tajaan aktiviti-aktiviti pelajar dan kekurangan kemudahan fasiliti sukan dan makmal bakal digalas oleh MPP baru. Undi pada hari esok tersangat penting dan setiap dari pelajar perlu beri perhatian dan menjalankan tanggungjawab mengundi. Undilah calon kerana kredibiliti yang ada pada diri mereka. Hanyalah tidak sampai 5 minit untuk anda menjalankan tanggungjawab mengundi di kafetaria Village masing-masing. Mereka inilah nanti yang akan menyuarakan suara pelajar ke peringkat atasan.


vote copy.jpg


S5:  Soalan terakhir buat saudara Haniff, wajarkah hasil temuramah ini kami siarkan kepada semua warga kampus UTP?

J5:  Tentunya sekali boleh dan saya mengharapkan lebih dari itu supaya sesiapa yang beroleh perkongsian daripada temuramah untuk menyebarkannya kepada rakan-rakan yang  lain jika mereka bersependapat dengan saya bahawa pentingnya agar semua warga kampus turun untuk mengundi calon dedikasi mereka esok. Marilah kita bersama-sama membangkitkan kesedaran mengundi dalam kalangan warga kampus.


Jadi UTPress menyeru kepada semua masyarakat kampus UTP supaya menjalankan tanggungjawab anda untuk memilih kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2010/2011. INGATLAH, JIKA IA TIDAK BERMAKNA UNTUK ANDA, SEDARLAH IA BERMAKNA UNTUK ORANG SEKELILING ANDA.





--
PURSUING TOGETHERNESS

Muhammad Haniff Bin Humam
President,
Student Representative Council,
Universiti Teknologi PETRONAS 2009/10


srcutp election ii.jpg






--
"PURSUING TOGETHERNESS"

Ahmad Umair Bin Zubir
Vice President 1,
SRCUTP 2009/2010,
Universiti Teknologi PETRONAS.








Backdrop Green Concert.jpg
18022010641.jpg
vote copy.jpg
hanif.jpg
pix_gal0.jpg
logo new copy.png
srcutp election ii.jpg
Interview with the President of Student Representative Council UTP Rev 2.pdf
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages