---------- Forwarded message ----------
From:
myUAE Times <myuae...@gmail.com>
Date: 2010/1/17
Subject: [myUAE-PRO 09-10] [MY-UAE Times] Sekalung Tahniah
To:
myuae...@gmail.comAssalamualaikum dan selamat sejahtera semua warga myUAE,
Pertamanya ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan Yang Terutama Dato Yahya Abdul Jabbar, Duta Malaysia ke UAE, YBhg. Dato Professor Dr Rani, Pengerusi Tetap MY-UAE, Tuan Syed Mohd Hasrin Aidit, Consulate General Malaysia di Dubai, dan semua warga Malaysia yang telah hadir di majlis penutup temasya sukan Ambassador Cup 2010 (AC2010) semalam. Pihak penganjur juga memanjangkan ucapan terima kasih kepada penaja-penaja Diamond, PP land4 sale, Modern Technology, MCM, Bukit Kiara, Al Ahli Sport Club, Rams Sport Club, KHIND, Khalifa bowling center, Movenpick dan Pro Shop yang telah sudi menaja Ambassador Cup 2010.
Alhamdulillah kesemua acara yang diadakan di Ras Al Kaimah, Dubai dan Abu Dhabi telah berlangsung dengan jayanya. Walaupun terdapat sedikit rintangan, namun dengan semangat yang tinggi dari semua pihak dugaan tersebut dapat di tempuhi. Saya juga ingin memberi penghormatan kepada ketiga-tiga Chef De Mission En Sirajul Adly, En Rusli Leman dan Ir Zuhairi Yusuf serta kesemua ketua-ketua pasukan Asri, Fahruddin, Redza, Shahrul, Tuan CG, Norhefny, Marzuki, Nik, Zhahrul dan semua ahli jawatan kuasa sampingan sukaneka yang telah berkerja keras untuk menjayakan AC2010. Tanpa sumbangan anda semua temasya sukan AC2010 tidak dapat direalisasikan.
Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua warga Malaysia yang telah meluangkan masa untuk menjayakan Ambassador Cup 2010 yang julung julung kali di adakan. Sesungguhnya dengan penglibatan, sokongan dan galakan dari segenap lapisan masyarakat Malaysia, akan memberi perangsang dan kekuatan kepada exco-exco sukarelawan myUAE untuk manjayakan acara-acara sepertinya.
Keputusan rasmi kejohanan AC2010 dan pertandingan bowling di AUH:
Kedudukan Keseluruhan:
JUARA : Abu Dhabi = 22 point (8 bolasepak + 7 volleyball + 7 bowling)
KEDUA : Dubai = 20 point (4 bolasepak + 7 volleyball + 9 bowling)
KETIGA : Ras Al Kaimah = 16 point (6 bolasepak + 7 volleyball + 3 bowling)
Keputusan Bowling:
Pingat Emas = DXB = 9 = (2 point + 3 point + 3 point + 1 point (highest pin)
Pingat Perak = AUH = 7 = (3 point + 2 point + 2 point)
Pingat Gangsa = RAK = 3 = (1 point + 1 point + 1 point)
Saya mewakili pihak penganjur ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam acara kali ini. Pihak kami berbesar hati sekiranya mendapat ulasan dan maklum balas dari seluruh rakyat malaysia untuk kami perbaiki kelemahan dari segi penganjuran. Segala ulasan yang bakal diterima akan kami pertimbangkan untuk Ambassador Cup yang akan datang.
Sirih Junjung Sirih Pinang,
Sirih kami susuh bertingkat,
Adat dijunjung pusaka dikenang,
Bangsa berbudi hidup muafakat.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Terima kasih daun keladi,
Lain kali berjumpa lagi.
Sekian, Terima kasih.
Ahmad Firdaus Mansor
- Program Director Ambassador Cup 2010
- Exco Sukan myUAE 09-10
MY-UAE Times
Malaysians in UAE community news
--
Posted By myUAE Times to MY-UAE Times at 1/17/2010 08:03:00 AM--
myUAE Forum at
http://myuae-forum.activeboard.com