Saya kurang faham dengan apa yang cik eyan nyatakan ni.
Cik eyan nak propose case study untuk CMS development menggunakan agile method dan mengalu-alukan pengalaman org org dari newsgroup ni?
Saya tak syorkan cik eyan develop CMS baru (melainkan dah tengok senarai-senarai CMS yang terdapat pada
http://www.cmsmatrix.org). Dan selepas tengok CMS-CMS tu.. cik eyan tahukah feature apa yang diperlukan dalam CMS yang nak buat development case study ni?
Kalau nak tau feature-feature yang terdapat pada CMS pada masa kini, boleh try tengok di cmsmatrix tu (click search, right side menu ada listing of criteria/feature). Teramatlah banyak.
Berkaitan dengan agile method, saya pun tak berapa mahir dan berpengalaman tentang tu, tapi yang pasti.. 'agile method' adalah suatu skop yang luas. Kebarangkalian untuk org menjawab soalan cik eyan amatlah tipis jika skop soalan nya terlalu besar (org punya pengalaman byk.. tapi takkan derang nak tulis semua? Haha). Maka, saya syorkan mengemukakan soalan yang lebih spesifik. Contohnya...
1. How do I start doing agile? (ni pun besar jugak skopnya)
- Soalan begini, org akan perlukan lebih banyak info, berapa banyak team member, experience, etc. Supaya boleh bagi suggestion XP ke.. Lean ke.. Scrum, etc.
2. How do I start with XP?
3. How do I start with Scrum?
dan pelbagai lagi soalan. Saya pun tak tau apa yang cik eyan tau. Harap dapat membantu cik eyan menulis persoalan yang lebih spesifik.
--
Regards,
MOHD KHAIRUL ANUAR
Software Developer