Friendly Comparative Religion (FCR)
Kursus Perbandingan Agama (Fasa 1)
** Untuk Orang Islam Sahaja **
Tarikh/Hari:
18-19 Januari 2014 (Sabtu & Ahad)
Venue /
Tempat:
IIS Lecture Hall, 1-5-2, Prima Peninsula, Jalan Setiawangsa 11,
Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur
Yuran:
RM100 (Pelajar), RM120 (Bukan Pelajar)
Penceramah
Bro Shah Kirit bin Kakulal Govindji
Bro Engku Ahmad Fauzi bin Engku Mohsein
Untuk maklumat lanjut serta pendaftaran, sila hubungi:-
Bro Mas-Yuri Mahyiddin
013-6159030
Tentative FCR Phase 1
Sabtu
08.30am - 09.00am Pendaftaran
09.00am - 09.15am Pengenalan
09.15am - 10.30am Kewajipan Berdakwah
10.30am - 10.50am Rehat
10.50am - 11.50am Sejarah Kristian
11.50am - 01.00pm Asas Kepercayaan Kristian
01.00pm - 02.30pm Rehat & Solat
02.30pm - 03.30pm Kepercayaan Orang Cina
03.30pm - 04.30pm Hinduism
04.30pm - 05.30pm Bengkel Bible
Ahad
08.30am - 09.00am Imbasan Semula
09.00am - 10.40am Salah Faham Terhadap Islam
10.40am - 11.00am Rehat
11.00am - 12.00pm Pengalaman Bersama Paderi &
Gereja
12.00pm - 01.10pm Memahami Mualaf
01.10pm - 02.30pm Rehat & Solat
02.30pm - 03.30pm Quran & Sains Moden
03.30pm - 05.00pm Soal Jawab
05.00pm - 05.15pm Program Susulan
05.15pm - 05.30pm Penutup
Synopsis FCR Phase
1
Sesi 1 – Kewajipan Berdakwah
Peserta akan diterangkan perbezaan di antara Dakwah dan Islah. Ia diikuti dengan persoalan sama ada berdakwah kepada non Muslim itu adakah wajib ataupun sebaliknya. Di antara alasan yang paling kerap diberi untuk menafikan tanggungjawab berdakwah kepada non Muslim adalah seperti
berikut:-
· Masih belum cukup ilmu untuk lakukan dakwah.
· Diri sendiri masih teruk, belum lengkap, belum faham seluruh kandungan Quran.
· Kita perlu perbetulkan umat Islam dahulu, kemudian barulah berdakwah kepada non Muslim.
· Dakwah saya tidak akan berkesan.
· Bukankah Quran menyebut “Tiada paksaan di dalam agama”
· Bukankah Quran menyebut “Untukmu agamamu, untukku agamaku”
· Ada non Muslim yang akan mengatakan “jaga urusan kamu sendiri”
· Hubungan persahabatan dengan kawan non Muslim akan terputus disebabkan rasa sakit hati
apabila didakwah.
· Ayat 104 surah Ali Imran mengatakan bahawa hanya sebahagian sahaja yang perlu berdakwah.
Secara umumnya, peserta akan diterangkan mengenai Teknik Perbandingan Agama di dalam melakukan dakwah.
Sesi 2 – Sejarah Kristian
Peserta akan didedahkan mengenai sejarah kemunculan agama Kristian yang terbahagi kepada tiga zaman, iaitu:-
1. Era sebelum Jesus as dilahirkan - Di dalam era ini, peserta akan diterangkan bermula dari zaman Abraham, diikuti Isaac, Jacob, Moses hinggalah ke zaman kelahiran Jesus. Penyelewengan Bani Israel akan ditumpukan.
2. Era selepas Jesus as dilahirkan dan sebelum diangkat ke langit - Peserta akan didedahkan mengenai tentangan Bani Israel terhadap dakwah yang dibawa oleh Jesus.
3. Era selepas Jesus as diangkat ke langit - Peserta akan diperkenalkan dengan seseorang yang bernama “Paul” yang memulakan
penyelewengan ajaran Jesus. Ia akan diikuti dengan zaman sesudah Hawariyun, termasuklah zaman pembukuan Bible pada abad ke 4, dan zaman-zaman selepasnya.
Sesi 3 – Asas
Kepercayaan Kristian
Bagi memantapkan lagi teknik dalam melakukan dakwah kepada orang Kristian, doktrin-doktrin agama mereka perlu difahami. Kita perlu memahami asas-asas
kepercayaan mereka dari sudut pemahaman mereka sendiri. Dan untuk membezakan antara hak dan batil pula, maka Quran dan Hadis menjadi rujukan. Terdapat lima asas kepercayaan orang-orang Kristian iaitu:-
· Dosa Warisan
· Jesus itu anak tuhan
· Jesus itu tuhan
· Pensaliban Jesus
· Triniti
Peserta juga akan didedahkan tentang ayat-ayat Tauhid yang terdapat di dalam Bible serta persamaan antara amalan nabi-nabi di dalam Bible dengan amalan Muslim hari ini.
Sesi 4 – Kepercayaan Orang Cina
Peserta akan didedahkan mengenai asas kepercayaan dan juga perayaan kaum Cina di Malaysia. Ini akan membantu kita memahami perbezaan antara budaya, adat dan kepercayaan di dalam agama mereka dan seterusnya dapat memberi idea kepada kita berkenaan pendekatan terbaik di dalam melakukan dakwah kepada golongan ini. Selain daripada itu, peserta juga akan didedahkan mengenai perkara yang dibolehkan (Do) dan perkara yang dilarang (Don't) semasa berinteraksi dengan orang-orang Cina.
Sesi 5 – Hinduism
Dalam sesi ini, peserta akan dapat melihat bagaimana orang Hindu memahami konsep ketuhanan mereka sendiri. Peserta juga akan didedahkan mengenai perkara yang tidak masuk akal pada pandangan kita mengenai konsep ketuhanan mereka. Apakah panduan di dalam Quran untuk menangani perkara yang tidak masuk akal tadi? Adakah kita boleh mengejek dan merendah-rendahkan kepercayaan mereka ini? Bagaimanakah kita boleh membawa mereka supaya dapat membandingkan konsep ketuhanan yang ada di dalam Islam melalui pendedahan kalimah-kalimah Tauhid yang masih terpelihara di dalam kitab suci Hindu? Dan ini diikuti penerangan mengenai perkara Do and Don’t semasa
berinteraksi dengan orang-orang Hindu.
Sesi 6 – Bengkel Bible
Muslim kerap kali menyangkakan bahawa Bible itu adalah Injil yang sudah diseleweng, tetapi benarkah begitu? Jika kita andaikan Injil tersebut tidak pernah diseleweng, maka adakah ini bermakna INJIL = BIBLE? Kebanyakan Muslim juga terlalu mudah untuk menyatakan bahawa Bible itu
sudah diubah (Quran 2:79, 4:46), tetapi terlalu sedikit yang mampu membuktikan kenyataan tersebut. Oleh itu, di dalam sesi ini, para peserta akan diajar cara-cara membaca Bible dan seterusnya akan didedahkan tentang penyelewengan, ayat-ayat percanggahan di dalam Bible, dan cerita yang tidak sesuai untuk berada di dalam sebuah Kitab Suci.
Begitu juga seperti yang telah diterangkan di dalam sesi Asas Kepercayaan Kristian, maka di dalam sesi kali ini, peserta akan melihat dan membaca sendiri ayat-ayat Tauhid dan persamaan antara amalan yang dicatatkan di dalam Bible dengan amalan Muslim hari ini. Ini juga boleh membantu Muslim melakukan dakwah kepada orang-orang Kristian.
Akhir sekali, kebolehan membaca Bible serta sedikit pengetahuan mengenai kandungannya adalah penting apabila keadaan memerlukan, sebagai contoh, apabila kita berdepan dengan misionari atau individu-individu Kristian yang tidak mahu menggunakan Quran di dalam perbincangan antara kita dan mereka.
Sesi 7 – Imbasan Semula
Para peserta akan diminta mengulang semula SATU perkara (point) yang telah dipelajari semasa hari pertama dari sesi 1 hingga sesi 6.
Sesi 8 – Salah Faham Terhadap Islam
Semasa menyampaikan kebenaran Islam kepada non Muslim (malah sesama Muslim), kita tidak akan terlepas daripada mendengar 1001 persoalan serta salah tanggapan terhadap Islam. Di antara soalan-soalannya ialah:-
Isu umum
· Masuk Islam = Masuk
Melayu
· Islam agama susah (perlu solat 5 kali sehari, puasa, banyak pantang larang, tidak boleh makan babi, minum arak dll)
· Islam agama mundur
· Tuhan Islam tidak adil – kenapa cipta kafir, kenapa takdir ke syurga/neraka
· Semua agama sama
· Doa tidak terjawab
· Kafir yang baik ke neraka tapi Muslim yang jahat ke syurga
· Sains dan agama tidak selari
Isu keganasan
· Islam
agama ganas (9/11, suicide bombing)
· Islam disebar melalui mata pedang
· Negara Muslim suka berperang
Isu wanita
· Wanita tidak boleh jadi imam
· Saf solat wanita di belakang (ini kerap ditanya oleh pelancong asing yang datang ke masjid semasa Mosque Tour)
· Lelaki
dapat 2 kali ganda harta warisan daripada wanita (4:11)
· Kesaksian seorang lelaki menyamai kesaksian dua orang wanita (2:282)
· Wanita tidak boleh jadi pemimpin
· Lelaki
mempunyai satu darjat lebih tinggi daripada wanita (2:228)
· Suami boleh pukul isteri (4:34)
· Poligami
· Kenapa wanita tidak boleh kahwin 4 (poliandri)?
· Isu tudung
Isu bermusim
· Hudud
· Negara Islam
· Islam Hadhari
· Rogol isteri
· Tsunami
· Moral
· Artikel 11 (1A)
· Karikatur
Isu Nabi Muhammad saw
· Ramai isteri – 12 orang
· Nabi kahwin dengan budak 6 tahun - Pedophile
· Kahwin menantu sendiri
· Nabi boleh
membaca
Soalan dari missionary Kristian
· Jesus lebih hebat dari Muhammad sebab nama Jesus disebut 25 kali dalam Quran tapi nama Muhammad disebut 5 kali sahaja (3:144, 33:40, 47:2, 48:29, 61:6)
· Muhammad sudah meninggal tapi Jesus masih hidup
· Jesus tidak berbapakan manusia, maka Father lah bapanya
· Nabi akhir ialah Jesus sebab Jesus akan
turun sebelum kiamat
· Quran tiru Bible
· Quran hasil kerja syaitan
· Allah guna perkataan “Kami” dan ini bermakna trinity itu adalah benar
Soalan dari orang-orang Hindu
· Muslim sembah Kaabah
· Tuhan Linggam di dalam Kaabah
· Semua manusia sepatutnya Vegetarian
· Sembelihan haiwan cara Islam adalah kejam
· Berhala (Idol) bukan disembah tetapi ia hanya untuk tujuan penumpuan (concentration) kepada tuhan
Quran ada percanggahan?
· Satu hari di sisi Allah adakah bersamaan seribu tahun manusia (22:47, 32:5) atau limapuluh ribu tahun manusia (70:4)?
· Allah cipta langit dan bumi dalam enam hari (7:54, 10:3, 11:7, 25:59, 32:4, 50:38, 57:4) atau lapan hari (41:9-12)?
· Manusia dicipta daripada air (25:54), sperma (76:2) atau tanah (6:2)?
Sesi 9 – Memahami Mualaf
Pada peringkat awal, peserta akan diterangkan maksud mualaf dan mukalaf. Kemudian peserta akan didedahkan mengenai cabaran-cabaran yang dialami mualaf sebelum, semasa dan selepas mereka memeluk Islam. Pengetahuan ini amat penting supaya kita mampu membezakan antara
perkara yang perlu didahulukan serta perkara yang boleh dikemudiankan di dalam membantu mualaf menguatkan aqidah Islam. Di antara cabaran tadi ialah:-
Sebelum memeluk Islam
· Contoh buruk oleh Muslim
· Tiada bantuan/galakan daripada Muslim, malah ditakut-takutkan
· Tidak ada yang mahu menyampaikan Islam
· Tidak tahu siapa yang hendak dirujuk, dll