At-Taubah (1-129)

3 views
Skip to first unread message

Norma Husain

unread,
Sep 25, 2012, 12:56:39 AM9/25/12
to AL-B...@googlegroups.com

AL-BARAAH’ (pemutus perhubungan).

AT-TAUBAH (pengampunan).

Dengan nama Allah, pemurah, penyayang.

 

 

1. (Ini satu) pemutusan – perhubungan dari Allah dan Rasul nya kepada orang-orang musrikin yang kamu telah adakan perjanjian.

2. Oleh kerana itu bolehlah kamu berjalan-jalan dibumi empat bulan dan ketahuilah bahawa kamu tidak akan terlepas (dari seksaan) Allah dan (ketahuilah) bahawa Allah akan hinakan orang-orang yang kafir.

3. Dan (ialah) satu pemberitahu dari Allah dan rasulnya kepada manusia pada hari Haji yang besar, bahawa Allah dan Rasul nya memutuskan perhubungan dari orang-orang musrikin, oleh kerana itu, jika kamu taubat, maka adalah baik bagi kamu, dan jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa kamu tidak bisa terelepas dari (seksaan) Allah, dan khabarkan lah kepada orang-orang kafir akan azab yang pedih.

4. Kecuali mereka yang kamu adakan perjanjian dari orang-orang musrikin, kemudain mereka tidak cederakan janji kamu sedikit pun, serta mereka membantu seorang (yang melawan kamu). Maka sempurnakan lah kepada mereka perjanjian mereka seperti (habis) diwaktunya, kerana Allah suka kepada orang-orang yang memelihara (perjanjian).

5. Maka apabila luput bulan-bulan yang dihormati itu, maka bunuhlah orang-orang musrikin dimana sahaja kamu dapat mereka dan tawanlah mereka, dan kepunglah mereka, dan tunggulah mereka ditiap-tiap tempat penjagaan, tetapi jika mereka taubat dan mendirikan sembahayang dan mengeluarkan zakat, maka biarkan lah mereka, kerana sesungguhnya Allah itu, pengampun, penyayang.

6. Dan jika salah seorang dari musrikin minta keamanan kepada mu, maka berilah keamanan kepadanya, supaya ia dengar perkataan Allah, kemudian sampaikan lah dia ketempat keamanan nya, yang demikian lah ditempat keamanan nya, yang demikian  (ialah) kerana mereka itu kaum yang tidak tahu.

7. Bagaimana kah bisa ada perjanjian bagi kaum musrikin terhadap Allah dan Rasul nya ? kecuali orang-orang yang kamu adakan perjanjian di Masjidil Haram, maka selama mereka berlaku lurus kepada kamu, hendaklah kamu berlaku lurus kepada mereka, sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang memelihara (perjanjian).

8. Bagitulah (bisa jadi mereka jujur), pada hal jika mereka kalahkan kamu, mereka tidak akan perhatikan kerabat dan tidak perjanjian terhadap kamu ?, mereka sukakan kamu dengan mulut-mulut mereka (sahaja) tetapi hati-hati mereka tidak mahu, kerana kebanyakan dari mereka adalah orang-orang yang derhaka.

9. Mereka jual ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit, lantaran itu mereka halangi (manusia)  dari jalan nya. Sesungguhnya jelek apa yang mereka telah kerjakan.

10. Mereka tidak perhatikan kekerabatan dan tidak perjanjian terhadap seorang mukmin, kerana mereka ialah orang-orang yang melewati batas.

 

http://www.facebook.com/groups/172695852855937/doc/226994314092757

 

11. Maka sekiranya mereka taubat dan mendirikan sembahayang serta mengeluarkan zakat, maka mereka itu, saudara-saudara kamu dalam agama, dan kamu terang-terang kan ayat-ayat kami kepada kaum yang mahu mengetahui.

12. Dan jika mereka pecahkan sumpah-sumpah mereka sesudah mereka berjanji dan mereka cela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua kekufuran itu, (kerana) sesungguhnya mereka itu tidak ada sumpah bagi mereka supaya mereka mahu berhenti.

13. Apakah kamu tidak mahu memerangi orang-orang yang sudah pecahkan sumpah-sumpah mereka dan hendak keluarkan Rasul, pada hal mereka yang mulai (menggangu) kamu pada pertama kali ? Apakah kamu takut kepada mereka ? maka Allah lah yang lebih berhak kamu takut, jika memang kamu orang-orang yang beriman.

14. Perangi lah mereka, nescaya Allah akan seksa mereka dengan perantaraan kamu, dan ia akan hinakan mereka, serta menolong kamu melawan mereka dan ia akan memuaskan hati-hati kaum mukmin.

15. Dan ia akan hilangkan kejanggalan (panas hati) hati-hati mereka (yang mukmin) dan Allah akan meberi  taubat kepada siapa yang ia sukai, kerana Allah itu, mengetahui, bijaksana.

16. Apakah kamu sangka, bahawa kamu akan dibiarkan sahaja, pada hal Allah belum buktikan orang-orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang-orang yang tidak menjadikan selain dari Allah dan Rasulnya dan orang-orang mukmin itu sebagai sahabat kerabat ? dan Allah amat mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.

17. Tidak akan orang-orang musrikin itu ramaikan Masjid-Masjid Allah, pada hal mereka menyaksikan kekufuran diri-diri mereka sendiri, mereka itu orang-orang yang gugur amal-amal nya, dan dalam neraka lah mereka akan kekal.

18. Hanya yang akan ramaikan masjid-masjid Allah, orang-orang yang beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian serta medirikan sembahayang dan mengeluarkan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, lantaran itu, mudah-mudahan  merka jadi daripada orang-ornag yang terpimpin.

19. Apakah kamu anggap hal memberi minum orang haji dan mengurus masjid yang mulia itu, (sama)  seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari yang akhir serta bersungguh-sungguh dijalan Allah ? tidaklah mereka itu sama pada sisi Allah, dan Allah tidak akan pimpin orang-orang yang zalim.

20. Orang-orang yang beriman dan yang berhijrah dan yang berperang dijalan Allah dengan harta benda merka dan jiwa-jiwa mereka, (adalah bagi mereka) sebesar-besar pangkat disisi Allah, dan merekalah orang-orang yang berbahagia.

 

http://www.facebook.com/groups/365324593517812/doc/448090088574595

 

21. Tuhan mereka mengirangkan mereka dengan rahmat daripada Nya, dan keredaan dan syurga-syurga, bagi mereka didalam nya ada nikmat yang kekal.

22. Hal keadaan mereka kekal padanya selamanya, kerana sesungguhnya  Allah itu disisi nya ada  ganjaran yang besar.

23. Hai orang-orang yang beriman ! janganlah kamu jadikan bapa-bapa kamu dn saudara-saudara kamu sebagai ketua, jika mereka lebihkan kekufuran daripada iman, kerana barang siapa dari antara kamu jadikan mereka ketua, maka adalah mereka itu orang-orang yang zalim.

24. Katakan lah; “jika adalah bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri kamu dan keluarga kamu dan harta benda yang kamu dapati  dan perdaganan yang kamu takut mundurnya dan tempat-tempat tinggal yang kamu sukai itu, lebih tercinta kepada kamu daripada Allah dan Rasul nya (dan lebih tercinta daripadanya) bersunguh-sungguh dijalan nya, maka tunggulah, sampai Allah datangkan urusan nya, kerana Allah tidak akan pimpin kaum yang melewati batas.

25. Sesungguhnya Allah itu tolong kamu dibeberapa banyak tempat dan pada  peperangan hunain, tetakala kamu sombong dengan banyak nya kamu, tetapi tidak berpaidah bagi kamu sedikit pun, dan (jadi) sempit bagi kamu bumi yang putus itu, kemudian kamu berpaling sambil mundur.

26. Kemudian Allah turunkan keamanan nya atas Rasul nya dan atas orang-orang mukmin dan ia turunkan bala tentera yang kamu tidak lihat dia dan ia seksa orang-orang yang kafir, kerana yang demikian itu balasan bagi orang-orang kafir.

27. Kemudian Allah memberi taubat sesudah itu, kepada siapa yang ia kehendaki, kerana Allah itu, pengampun, penyayang.

28. Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya musrikin itu tidak lain, melainkan najis, lantaran itu tidak boleh mereka menghampiri Masjid yang melia sesudah tahun ini, dan jika kamu takut kepapaan, maka Allah akan cukupkan kamu dari kurnianya, jika ia mahu, kerana sesungguhnya Allah itu, mengetahui, bijaksana.

29. Pergilah orang-orang yang tidak mahu percaya kepada Allah dan tidak kepada hari kemudian dan yang tidak haramkan  apa yang telah diharamkan oleh Allah  dan Rasul nya, dan tidak beragama dengan agama yang benar, dari antara orang-orang yang diberi kitab, sehingga mereka bayar JIZYAH dengan tangan dalam keadaan merendah diri.

30. Dan berkata orang-orang yahudi; “uzair itu anak allah”, dan berkata orang-orang nasrani; “al-mashih itu anak allah”,  yang demikian itu adalah omongan mereka dengan mulut-mulut mereka, menyerupai perkataan orang-orang kafir yang dahulu, mudah-mudahan Allah binasakan mereka ! bagaimana kah mereka dapat dipalingkan  ? 

 

http://www.facebook.com/groups/308126302566/doc/10151161390942567

 

31. Mereka jadikan guru-guru mereka dan pendita-pendita mereka sebagai tuhan-tuhan mereka dan pendita-pendita mereka sebagai tuhan-tunah selain dari Allah, dan (jika) Al-Masih bin Mariam pada hal mereka tidak diperintah, melainkan supaya menyembah Tuhan yang satu, yang tidak ada  tuhan, melainkan Dia, maha suci Ia dari apa yang mereka sekutukan.

32. Mereka mahu padamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut mereka, tetapi Allah tidak mahu melainkan menyempurnakan cahayanya, walau  pun orang-orang kafir tidak suka.

33. Ialah yang mengutus Rasul nya dengan (membawa) pertunjuk dan agama yang benar untuk meninggikan dia atas semua agama, walau pun orang-orang musrikin tidak suka.

34. Hai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya kebanyakan daripada guru-guru dan pendita-pendita (nasara) memakan harta-harta manusia dengan (jalan yang) salah, dan mereka halangi (manusia) dari jalan Allah, dan orang-orang yang simpan emas dan perak dan tidak mereka belanjakan nya dijalan Allah, maka khabarkan lah kepada mereka akan azab yang pedih.

35. (Iaitu) pada hari yang dipangang (harta-harta) itu atas neraka jahanam, lalu diseterikakan dengan nya akan dahi-dahi mereka dan rusuk-rusuk mereka dan balakang-belakang mereka (sambil dikatakan); “inilah apa yang kamu timbunkan untuk diri-diri kamu, lantaran itu rasakan lah apa yang kamu timbun”.

36. Sesungguhnya bilangan bulan-bulan pada sisi Allah, dua belas bulan, (tersebut) dalam kitab Allah, pada hari ia jadikan langit-langit dan bumi, dari antara nya ada empat bulan yang dihormati, yang demikan, ialah agama yang lurus, oleh kerana nya janganlah kamu menganyanyai diri-diri kamu dalam bulan-bulan itu, dan perangilah orang-orang musrikin seumumnya, dan ketahuilah, bahawa Allah berserta orang-orang yang memelihara diri (daripada kezaliman).

37. Sesungguhnya memundurkan (larangan) itu tidak lain melainkan menambahkan kekufuran yang dengan nya tersesat orang-orang kafir, (iaitu) mereka halal kan dia dalam satu tahun dan mereka haramkan dia dalam satu tahun (lain), buat (hanya) genapkan bilangan (bulan-bulan) yang diharamkan oleh Allah, lalu mereka halalkan apa yang Allah haramkan. Dihiasi bagi mereka amal-amal mereka yang jelek, dan Allah tidak memimpin kaum yang kafir.

38. Hai orang-orang yang beriman ! mengapakah jika dikatakan kepada kamu; “berperanglah dijalan Allah”, kamu beratkan badan-badan kamu kebumi ? apakah kamu suka penghidupan didunia (lebih) daripada akhirat, pada hal penghidupan dunia terhadap akhirat itu, tidak lain, melainkan sedikit ?

39. Kalau kamu tidak pergi berperang ia akan azab kamu dengan azab yang pedih, dan ia akan gantikan satu kaum yang lain dari kamu, sedangkan kamu tidak bisa membahayai dari kami, sedangkan kamu   tidak bisa membahayai dia sedikit pun, kerana Allah itu berkuasa atas tiap sesuatu.

40. Jika kamu tidak mahu tolong dia, maka sesungguhnya Allah telah tolong dia, tetakala orang-orang kafir keluarkan dia, pada hal ia yang kedua dari yang dua, tetakalan dua-dua nya dalam gua, ketika ia berkata kepada kawannya; “janganlah engkau berdukacita, (kerana) sesungguhnya Allah bersama kita”, lalu Allah turunkan ketemteraman atasnya dan ia kuatkan dia dengan bala tentera yang kamu tidak lihat, serta ia jadikan kelimat orang-orang kafir dibawah, dan kalimat Allah ialah yang tinggi, kerana Allah itu gagah, bijaksana.

 

http://www.facebook.com/groups/280826962031483/doc/284576028323243

 

41. Pergilah dengan keadaan ringan dan berat dan berperanglah dengan hartabenda kamu dan jiwa-jiwa kamu dijalan Allah, kerana yang demikian, lebih baik bagi kamu, jika kamu tahu.

42. Jika seruan mu kepada satu benda yang dekat dan perjalanan yang pendek, nescaya mereka ikutmu, tetapi perjalanan itu jauh buat mereka, dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah; “jikalau kami bisa, tentu kami akan keluar bersama kamu”, mereka binasakan diri-diri mereka, tetapi Allah mengetahui bahawa sesunggunya mereka itu orang-orang yang dukacita.

43. Allah memberi  maaf kepada mu, mengapakah engkau izinkan mereka, sebelum nyata bagi mu orang-orang yang benar dan (sebelum) engkau tahu orang-orang yang berdusta ?

44. Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, tidak akan minta izin kepada mu, (buat mundur) daripada berperang dengan harta benda mereka dan jiwa-jiwa mereka, kerana Allah mengetahui orang-orang yang berbakti.

45. Hanya yang akan minta izin kepada mu itu, ialah orang-orang yang tidak percaya kepada Allah dan hari kemudian dan ragu-ragu hati mereka, lantaran itu, mereka akan bengong didalam keraguan mereka.

46. Dan kalau mereka mahu keluar, tentu mereka akan sediakan baginya persediaan, tetapi Allah tidak suka mereka keluar, lantaran itu, ia halangi mereka, sambil dikatakan; “tinggallah kamu bersama orang-orang yang tinggal”.

47. Kalau mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka tambah untuk kamu melainkan kerosakan, dan mereka akan bersegera masuk antara kamu sambil mengadakan fitnah buat kamu,  lantaran diantara kamu ada orang-orang yang suka dengarkan (hasutan) mereka, tetapi Allah mengetahui orang-orang yang zalim.

48. Sesungguhnya mereka telah adakan fitnah lebih dahulu, dan mereka bolak-balekkan  urusan-urusan bagi mu, sehingga datang kebenaran dan nyata urusan Allah, sedangkan mereka tidak suka.

49. Dan diantara mereka ada yang berkata; “izinkan lah aku (diam) dan jangan lah fitnahkan daku”, berkata dalam fitnah mereka telah jatuh ? dan sesungguhnya jahanam itu akan melingkungi orang-orang kafir.

50. Jika kebaikan mengenai mu, (hal itu) tidak menyenangkan mereka, dan jika kecelakaan mengenai mu, mereka berkata; “sesungguhnya kamu telah menjaga diri-diri kamu lebih dahulu”, dan mereka berpaling dalam keadaan girang.

 

http://www.facebook.com/groups/247391197929/doc/10151227868832930

 

51. Katakan lah; “tidak akan mengenai kami, melainkan apa yang telah ditakdirkan oleh Allah bagi kami, ialah penolong kami dan kepada Allah lah hendaklah orang-orang mukmin berserah diri”.

52. Katakan lah; “bukankah tidak kamu tunggu-tunggu buat kami, melainkan salah satu dari dua kebaikan ? sedangkan yang kamu tunggu-tunggu buat kamu ialah supaya Allah kenakan kamu azab dari sisi nya atau (kenakan azab) dengan (perantaraan)  tangan-tangan kami, oleh kerana itu, tunggulah, (kerana) sesungguhnya kami (juga) tunggu bersama-sama kamu”.

53. Katakan lah; “belanjakan lah (harta kamu) dengan reda atau dengan terpaksa, tetapi tidak akan diterima dia dari kamu, kerana sesungguhnya adalah kamu kaum yang melewati batas”.

54. Dan tidak ada yang menegah daripada diterima belanja-belanja mereka itu, melainkan kerana mereka tidak percaya kepada Allah dan Rasul nya, serta tidak mendirikan  sembahayang, melainkan dengan keadaan mereka malas, dan tidak mereka belanjakan, melainkan dalam keadaan mereka terpaksa.

55. Oleh kerana nya, janganlah menghairankan mu harta-harta mereka dan anak-anak mereka, (kerana) sesungguhnya Allah hendak menyeksa mereka dengan (harta dan anak-anak) itu dalam penghidupan dunia (ini) dan supaya hilang jiwa-jiwa mereka, sedangkan mereka didalam kekufuran.

56. Dan mereka bersumpah dengan nama Allah bahawa sesungguhnya mereka dari golongan kamu, pada hal mereka tidak dari (golongan) kamu, tetapi mereka itu satu kaum yang penakut.

57. Jikalau mereka dapat tempat  berlindung atau gua-gua atau (lubang) tempat masuk, tentu mereka berpaling kepada nya dalam keadaan mereka bersegara.

58. Dan sebahagian dari mereka ada yang mencela mu tentang sedekah (zakat), iaitu, jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka merasa senang, dan jika tidak diberi sebahagian daripada nya, tiba-tiba mereka marah.

59. Dan alangkah baiknya jika mereka reda dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata; “cukuplah Allah bagi kami, ia dan Rasulnya akan beri kepada kami kurnia nya, sesungguhnya kepada Allah lah kami menuju”.

60. Sedekah-sedekah itu tidak lain, melainkan untuk fakir-fakir dan miskin-miskin, dan pengurus-pengurus sedekah, dan orang-orang yang dijinaki hati-hatinya, dan untuk memerdekakan hamba-hamba, dan orang-orang yang berhutang, dan (keperluan) dijalan Allah, dan orang-orang pelarian, (yang demikian itu) satu kewajiban dari Allah, kerana Allah itu mengetahui, bijaksana.

 

http://www.facebook.com/groups/203282963121984/doc/273085912808355

 

61. Dan diantara mereka ada orang-orang yang menyakiti nabi sambil mereka berkata; “iaitu pendengar”, katakanlah; “(ia itu) pendengar kebaikan bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan (percaya) kepada orang-orang mukmin, dan (adalah ia) satu rahmat bagi orang-orang yang beriman dari antara kamu, dan orang-orang yang menyakiti Rasul Allah, adalah bagi mereka azab yang pedih.

62. Mereka akan bersumpah dengan nama Allah kepada kamu untuk menyukakan kamu, pada hal Allah dan Rasulnya lebih patut mereka sukakan, jika (betul-betul) mereka beriman.

63. Tidak kah mereka tahu, bahawa barang siapa melawan Allah dan  Rasulnya, mereka sesungguhnya adalah baginya neraka jahanam, dengan keadaan yang kekal didalamnya  ? yang demikian itulah kehinaan yang besar.

 64. Orang-orang munafik itu takut, kalau-kalau akan diturunkan atas mereka satu surat yang mengkhabarkan mereka tentang apa yang ada dalam hati-hati mereka. Katakanlah; “perolok-olok kan lah, kerana sesungguhnya Allah akan hadirkan apa yang kamu takut”.

65. Dan jika engkau bertanya kepada mereka, tentu mereka akan jawab; “kami hanya bergurau dan bermain-main”. Tanyalah; “apakah (patut) Allah dan ayat-ayatnya dan Rasul nya kamu perolok-olok kan?”.

66. Jangan kamu unjukkan alasan, (kerana) sesungguhnya kamu telah kufur sesudah beriman, jika kami maafkan segolongan dari kamu, tentu kami akan azab segolongan (lain), kerana adalah mereka itu orang-orang yang berdosa.

67. Laki-laki yang munafik dan perempuan-perempuan yang munafik, sebahagian dari mereka (sama)dengan  sebahagian nya, (iaitu) mereka suruh (manusia) berbuat kejahatan dan larang (mereka) dari mengerjakan kebaikan, dan mereka gengam tangan-tangan mereka, mereka lupa kepada Allah, lantaran itu, Allah pun lupakan mereka, sesungguhnya munafikin, adalah orang-orang yang melewati batas.

68. Allah telah janjikan bagi laki-laki dan perempuan-perempuan yang munafik dan orang-orang kafir akan neraka jahanam dan keadaan mereka akan kekal padanya iaitu (ganjaran yang) cukup bagi mereka, Allah melaknat mereka, dan adalah bagi mereka azab yang tetap.

69. Seperti orang-orang sebelum kamu, adalah mereka lebih kuat daripada kamu dan lebih banyak harta dan anak cucu, oleh kerana itu mereka telah bersenang-senang dengan bahagian mereka maka kamu pun telah bersanang-senang dengan bahagian kamu, sebagaimana bersenang-senang orang-orang yang sebelum kamu dengan bahagian mereka, kamu telah permainkan seperti (permainan) yang dipermainkan oleh mereka, mereka itu orang-orang yang gugur amal-amal nya didunia dan diakhirat, dan mereka itu lah orang-orang yang rugi.

70. Tidak kah telah datang kepada mereka khabar orang-orang yang sebelum mereka, (iaitu) kaum Nuh dan Aad, dan Samud dan kaum Ibrahim dan  penduduk-penduduk Madyan dan negeri-negeri yang sudah dibinasakan ? telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan (membawa) keterangan-keterangan, kerana tidak  sekali-sekali Allah menganyanyai mereka, tetapi mereka, telah menganyanyai diri mereka.

 

http://www.facebook.com/groups/177838595587679/doc/445487558822780

 

71. Dan orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, sebahagian dari mereka, adalah penolong bagi sebahagian, mereka menyuruh kerjakan kebaikan dan melarang dari perbuatan jahat, serta mendirikan sembahayang dan mengeluarkan zakat, dan taat kepada Allah dan Rasul nya, mereka itu Allah akan beri rahmat, kerana Allah itu gagah, bijaksana.

72. Allah telah berjanji kepada mukmin laki dan perempuan akan syurga yang mengalir pada nya sungai-sungai, hal keadaan mereka kekal padanya, dan tempat-tempat  yang baik dalam syurga yang kekal, sedang keredaan dari Allah adalah lebih besar, yang demikian itulah satu kemenangan yang besar.

73. Hai Nabi ! perangilah kafir-kafir dan munafik-munafik, dan berlaku gagahlah atas mereka, dan tempat mereka ialah jahanam, dan jelek tempat kesudahan itu. 

74. Mereka akan bersumpah dengan nama Allah, bahawa mereka tidak berkata, pada hal sesungguhnya mereka telah dzahirkan kalimat  kufur,  dan mereka kufur sesudah mereka Islam, dan mereka mahu apa yang mereka tidak bisa dapat, dan mereka tidak benci, melainkan kerana Allah dan Rasulnya  __!__  merka dengan kurnianya. Tetapi jika mereka taubat, adalah baik bagi mereka dan jika mereka berpaling, Allah akan azab mereka dengan satu azab yang pedih didunia dan diakhirat, dan tidak ada bagi mereka pembantu dibumi dan tidak ada penolong.

75. Dan diantara mereka ada orang yang berjanji kepada Allah; “sesungguhnya jika ia beri kami kurnianya, tentu kami akan sedekah kan dan tentu kami jadi daripada orang-orang yang biak-baik”.

76. Tetapi tetakala Allah beri kepada mereka kurnia nya, jadilah mereka bakhil pada (mengeluarkan)nya dan mereka membalik balakang dalam keadaan berpaling.

77. Maka Allah menimbulkan kemunafik kan pada hati meraka sampai hari mereka bertemu dia, lantaran mereka menyalahi janji Allah yang mereka telah janjikan (kepada) nya dan lantaran mereka berdusta.

78. Tidaklah mereka tahu, bahawa Allah mengetahui rahsia dalam mereka dan omongan rahsia mereka, dan bahawa Allah itu amat mengetahui perkara-perkara yang ghaib? .

79. Orang-orang yang mencela kaum mu mukmin yang benar sedekah dengan kemahuan nya sendiri dan yang telah dapat (bersedekah) melainkan sekadar kekuatan nya, serta mengejek-gejek  mereka itu, Allah akan balas mengejek-gejek mereka, dan adalah bagi mereka azab yang pedih.

80. Mintakan lah ampun bagi mereka atau jangan engkau minta kan ampun bagi mereka, jika engkau mintakan ampun bagi mereka (walau pun) tujuh puluh kali, maka tidaklah Allah akan ampunkan mereka , yang demikian itu, kerana mereka tidak percaya kepada Allah dan Rasul nya, dan Allah tidak akan memimpin kaum yang melewati batas.

 

http://www.facebook.com/groups/tam4.mpaj/doc/506949212666980

 

81. Orang-orang yang tinggalkan itu girang dengan ketinggalan mereka dibelakang Rasul Allah, kerana (memang) mereka tidak suka berjihad dengan harta-harta mereka dan diri-diri mereka dijalan Allah, dan mereka berkata; “janganlah kamu pergi waktu pantas”. Katakanlah; “api neraka lebih panas lagi”, jika mereka mengerti.

82.  Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan hendaklah merka menangis banyak, sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan.

83. Maka sekiranya Allah kembalikan mu kepada satu golongan dari antara mereka, lalu mereka minta izin kepada mu buat kaluar, maka katakanlah; “kamu tiak akan keluar bersama ku selamanya dan kamu tidak akan memerangi musuh bersama ku, kerana sesungguhnya kamu telah suka duduk mula-mula nya, oleh kerana itu, duduklah (sekarang) bersama orang-orang yang tinggal”.

84. Dan jangan sekali-sekali engkau sembahayangkan seorang dari mereka yang mati, dan jangannlah engkau berdiri atas kuburnya, kerana sesungguhnya mereka itu tidak percaya kepada Allah dan Rasulnya, dan mereka mati pada hal mereka orang-orang yang melewati batas.

85. Dan janganlah menghairankan mu harta-harta  mereka dan anak-anak mereka, kerana sesungguhnya Allah hendak seksa mereka dengan itu didunia, dan (ia hendak) supaya hilang jiwa-jiwa mereka pada hal mereka kufur.

86. Dan apabila diturunkan satu surat (bahawa) hendaklah kamu beriman kepada Allah dan berjihad bersama Rasulnya, maka orang-orang yang kaya dari antara mereka, minta izin kepada mu sambil mereka berakta; “tinggalkan lah kami, bersama orang-orang yang duduk”.

87. Mereka suka supaya mereka (tinggal) bersama-sama orang-orang yang tinggal kerana telah ditutup hati-hati mereka, lalu mereka tidak mengerti.

88. Tetapi Rasul dan mereka yang beriman bersamanya, berjihad dengan harta-harta mereka dan jiwa-jiwa mereka, dan mereka itu akan mendapat beberapa kebaikan dan mereklah orang-oranng yang bahagia.

89. Allah telah sediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir padanya beberapa sungai, hal keadaan mereka kekal padanya, yang demikianlah kemenangan yang besar.

90. Dan datang orang-orang yang telidur (orang padang pasir)dari antara arab-arab gunung, supaya diberi izin kepada mereka, tetapi tinggal lah orang-orang yang mendustakan Allah dan Rasulnya, akan mengenai orang-orang yang kufur dari antara mereka satu azab yang pedih.

 

http://www.facebook.com/groups/244995018924116/doc/348153168608300

 

91. Tidak ada kesalahan atas orang-orang yang lemah dan atas orang-orang yang sakit dan (juga) tidak atas orang-orang yang tidak mempunyai sesuatu buat dibelanjakan, apabila mereka ikhlas kepada Alah dan Rasulnya, tidak ada jalan atas orang-orang yang berbuat baik, dan adalah Allah itu pengampun, penyayang.

92. Dan  tidak (ada kesalahan) atas orang-orang yang tetakala datang kepada mu, untuk engkau beri kepada mereka kenderaan, (lalu) engkau berkata; “aku tidak dapati kenderaan yang akan aku berikan kepada kamu”, maka berpalinglah sambil mata-mata mereka mengalirkan air mata, kerana dukacita, bahawa mereka tidak mempunyai kemampuan yang mereka (bisa) belanjakan.

93. Hanya ada jalan atas orang-orang yang minta izin kepada mu, pada hal mereka kaya, mereka suka, supaya mereka tinggal bersama-sama orang-orang yang tinggal, lalu Allah tutup hati-hati mereka, tetapi mereka tidak tahu.

 

JUZUK 11. 

 

94. Mereka akan unjukkan uzur kepada kamu, tetakala kamu kembali kepada mereka, katakan lah; “jangan kamu unjukkan uzur, kami tidak akan percaya kepada kamu, kerana sesungguhnya Allah telah terangkan kepada kami hal-hal kamu, dan Allah serta Rasulnya akan buktikan amal kamu, kemudain kami akan dikembalikan kepada yang mengetahui barang azab dan yang hadir, lalu ia akan khabarkan kepada kamu, apa yang kamu sudah kerjakan.

95. Mereka akan bersumpah dengan nama Allah kepada kami apabila kamu kembali kepada mereka, supaya kamu berpaling dari mereka, lantaran itu, berpalinglah dari mereka, kerana sesungguhnya mereka itu kotor, dan tempat kambali mereka (ialah neraka) jahanam, sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan.

100. Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula dari antara Muhajirin dan Ansar dan orang-orang yang turut mereka dalam kebaikan itu, Allah suka kepada mereka dan mereka suka kepadanya, serta ia sediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir padanya beberapa sungai, dengan keadan mereka kekal padanya, kerana yang demikianlah kemenangan yang besar.

 

http://www.facebook.com/groups/356955924345124/doc/464641186909930

 

101. Dan diantara orang-orang sekeliling kamu dari Arab-Arab gunung ada beberapa munafikin, dan (bagitu juga) sebahagian dari penduduk Madinah, mereka telah bisa didalam kemunafikan. Engkau tidak tahu mereka, kami kenal mereka, kami akan azab mereka dua kali, kemudain mereka akan dikembalikan kepada azab  yang besar.

102. Dan yang sebahagian lain nya mengakui akan dosa-dosa mereka, mereka campurkan amal yang baik dengan yang jelek, mudahan Allah ampunkan mereka, kerana sesungguhnya Allah itu pengampun, panyayang.

103. Ambillah dari harta-harta mereka sedekah-sedekah yang engkau bersihkan mereka dan sucikan mereka dengan nya, dan doakan lah mereka, kerana sesungguhnya doa mu (adalah) satu ketenteraman bagi mereka, kerana Allah itu mendengar, mengetahui.

104. Tidak mereka tahu, bahawa Allah menerima taubat dari hamba-hamba nya dan ia mengambil sedekah-sedekah, dan bahawa sesungguhnya Allah itu, ialah penerima taubat, penyayang ? 

105. Dan katakan lah; “ beramallah, kerana nanti Allah dan Rasul nya dan  mukmin buktikan amal kamu, dan kamu akan dikembalikan kepada yang tahu barang ghaib dan barang yang hadir, lalu ia terangkan kepada kamu apa yang kamu sudah kerjakan.

106. Dan orang-oranng yang lain itu, dimundurkan kepada urusan Allah, mahu pun ia azab mereka atau pun ia beri ampun kepada mereka, kerana Allah itu mengetahui, bijaksana.

107. Dan  (bagitu juga) mereka yang adakan masjid untuk menganggu, kerana kufur dan untuk memecah belahkan mukmin dan sebagai tempat intipan bagi orang yang dahulu telah memerangi Allah dan Rasul nya, tetapi mereka akan bersumpah; “tidaklah kami mahukan, melainkan  kebaikan” pada hal Allah saksikan, bahawa sesungguhnya mereka itu, orang-orang yang berdusta.

108. Janganlah engkau sembahayang padanya selamanya (kerana) masjid (mu) yang didirikan atas (dasar) takwa pada mula-mula nya, lebih patut engkau sembahayang padanya, didalam nya ada beberapa orang laki-laki yang suka supaya mereka jadi bersih, dan Allah suka kepada orang-orang yang bersih.

109. Maka apakah orang yang diberikan pendirian (masjid) nya atas (dasar) takwa kepaaa Allah dan (kerana) keredaan itu, lebih baik, ataukah orang yang diberikan pendirian nya atas tepi jurung yang dalam, lalu pendirian itu membawa dia jatuh kedalam api neraka ? dan Allah tidak akan  pimpin orang-orang yang zalim.

110. Sentiasa pendirian mereka yang mereka dirikan, (jadi) ragu-ragu dalam hati-hati mereka, kecuali (apabila) hancur hati-hati mereka, dan Allah itu mengetahui, bijaksana.

 

http://www.facebook.com/groups/134310056599882/doc/479418432089041

 

111. Sesungguhnya Allah telah mebeli dari mukmin jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka dengan (balasan), bahawa adalah bagi mereka syurga, (iaitu hendaklah) mereka berperang dijalan Allah, lalu mereka membunuh dan terbunuh, sebagai satu  perjanjian yang benar ditentang itu (yang tersebut) dalam Taurat dan Injil dan Quran, kerana bukankah tidak ada yang sempurna janjinya lebih daripada Allah ?  lantaran itu, bergembiralah dengan perjanjian kamu yang kamu janjikan kepadanya, kerana yang demikian, ialah bahagia yang besar.

112. (Iaitu) orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang mengembara, yang rukuk, yang sujud yang menyuruh berbuat kebaikan, dan yang melarang daripada kejahatan, dan yang menjaga batas-batas (larangan) Allah, dan gembirakanlah mukmin.

113. Tidak boleh Nabi dan orang-orang yang beriman, mintakan ampun bagi musrikin, walau pun mereka itu kaum kerabat yang hampir, sudah terang bagi mereka, bahawa mereka (yang musrikin) itu ahli neraka.

114. Dan tidaklah ada astarafal (minta ampun) Ibrahim buat bapanya, melainkan kerana perjanjian yang ia janjikan kepadanya, tetapi tetakala ternyata baginya, bahawa bapanya musuh bagi Allah, maka ia berlepas diri daripadanya, sesungguhnya  Ibrahim itu, pengasihan, sabar.

115. Dan tidak sekali-kali Allah menyesatkan sesuatu kaum, sesudah ia pemimpin mereka, kecuali setelah ia terangkan kepda mereka apa yang  mesti jauhi (lalu mereka langar), kerana sesungguhnya Allah mengetahui taip-tiap sesuatu.

116. Sesungguhnya Allah, baginya lah kerajaan langit-langit dan bumi, ia menghidupkan dan mematikan, dan tidak ada bagi kamu selain dari Allah, penjaga dan tidak penolong.

117. Sesungguhnya Allah tidak ampunkan Nabi dan Muhajirin dan Ansar yang ikut dia pada waktu kesusahan, sesudah hampir terbalik hati-hati segolongan dari mereka, kemudian Allah terima taubat mereka, kerana sesungguhnay ia pengasih, penyayang kepada mereka.

118. Dan (Allah ampunkan juga) orang yang ditinggalkan hingga diwaktu sempit bumi ini bagi mereka, pada hal ia bagitu luas, dan sempit (pula) atas mereka hati-hati mereka, serta mereka sangka, bahawa  tidak ada tempat lari dari Allah, melainkan kepadanya, kemudian Allah terima taubat mereka, supaya mereka kembali (berbuat baik), kerana sesungguhnya Allah, ialah penerima taubat, penyayang.

119. Hai orang-orang yang beriman ! berbaktilah kepada Allah dan masuklah dalam golongan orang-orang yang benar.

120. Tidak (patut) penduduk Madinah dan orang-orang yang  sekeliling mereka dari Arab-Arab gunung, ketingalan dari Rasul Allah, dan tidak (patut) mereka jauhkan diri-diri mereka dari dirinya, yang demikian (ialah) kerana tidak akan mengenai mereka dahaga dan tidak penat dan tidak lapar dijalan Allah dan tidak mereka menginjak tempat yang bisa membikin orang-orang kafir marah dan tidak mereka dapat apa-apa kepayahan dari musuh, melainkan ditulis bagi mereka, lantaran itu, (ganjaran) amal yang soleh, kerana sesungguhnya Allah tidak sia-sia kan ganjaran orang-orang yang berbuat kebaikan.

 

http://www.facebook.com/groups/190877754380195/doc/190878451046792

 

121. Dan tidak mereka belanjakan satu belanja yang kecil dan tidak yang besar dan tidak  mereka melintas satu lembah, melainkan ditulis (ganjaran) bagi mereka, kerana Allah mahu balas mereka dengan (balasan) yang lebih baik dari  apa yang mereka kerjakkan.

122. Dan tidak patut orang-orang mukmin keluar semuanya, tetapi alangkah baiknya jika keluar sebahagian (sahaja) dari tiap golongan dari mereka supaya mereka menerima pelajaran tentang agama, lalu mereka ancam kaum merkea apabila mereka kembali kepada mereka supaya mereka bisa hati-hati.

123. Hai orang-orang yang beriman ! perangilah mereka yang sekeliling kamu dari kafir-kafir, dan hendaklah mereka dapati ada kekerasan pada kamu, dan ketahuilah, bahawa seusngguhnya Allah bersama orang-orang yang berbakti.

124. Dan apabila diturunkan satu surat, maka dari antara mereka (yang munafik), ada yang bertanya; “siapakah dari antara kamu yang ditambah imannya oleh (surat) ini ?” maka adapun orang-orang yang beriman, bertambahlah iman mereka, sambil mereka merasa girang.

125. Dan ada pun orang-orang yang dalam  hati-hati mereka ada penyakit, maka bertambah kekotoran atas kekotoran mereka itu, dan mereka mati, pada hal mereka tidak percaya.

126. Dan tidak mereka perhatikan, bahawa mereka dicoba pada tiap-tiap tahun, sekali atau dua  kali, kemudain mereka tidak (juga) mahu taubat dan tidak mereka mahu ingat ?

127. Dan apabila diturunkan satu surat, maka sebahagian dari mereka melihat kepada sebahagian (sambil berkata); “adakah siapa-siapa melihat kamu ?” kemudian mereka berpaling pergi, Allah palingkan (pula) hati-hati mereka, kerana sesungguhnya mereka itu satu kaum yang tidak mengerti.

128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu  seorang Rasul dari antara kamu, berat baginya apa yang kamu susahkan, (ia)  sangat inginkan kebaikan bagi kamu, (ia) pengasih, panyayang kepada mukmin.

129. Maka sekiranya mereka berpaling katakanlah; “cukup Allah bagiku, tidak ada tuhan melainkan dia, kepadaNya lah aku berserah diri, dan ia itu yang mempunyai aras yang besar.

 

http://www.facebook.com/groups/390375001034992/doc/390376091034883

 

 

.  
Al-Baraah @ At-Taubah (1-129),
[FB] http://www.facebook.com/groups/156047524425170/doc/511429765553609
Al-Baraah @ At-Taubah (1-129),
[FB] http://www.facebook.com/groups/446774695333678/doc/502309806446833
Al-Baraah @ At-Taubah (1-129),
[FB-download] http://www.facebook.com/groups/280484722049997/318881808210288
[FB-download] http://www.facebook.com/download/406785486041961/9QuranAl-Baraah129.pdf

 

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages